Piano.

Haaa kenapa plak dengan piano ni. Ermmm actually piano is one of the music thingy that I really want to learn other than guitar and violin. But…hahaha it will never ever happen in this life. Why u said so, Dira??? Yelaaa, dulu pernah pinjam gitar adam bawa balik rumah,kengkonon nak belajar masa cuti sem. At last tak sampai seminggu pinjam dah kena pulangkan balik. Ayah marah aku nak leka dengan alat muzik. Adehhh. Sempat belajar bape not je untuk lagu Jeslina Hashim-Ku Intai Cinta Dalam Rahsia. Susah jugak belajar woii.

So, dah alang-alang tak bole main this thingy, aku pun suka la duk berangan tiapkali dengar lagu instrumental. Kononnya kalau la ada seseorang yang nak pikat aku, dia hadiahkan aku persembahan dia main piano lagu-lagu yang macam “ohhh so sweet”. Ahhh masa tu jugak aku cair terima je dia. Hahahah.

Setakat ni artist yang aku boleh layan macam Kenny G, Kitaro, Maxim. Da lama tak dengar, dulu masa sekolah menengah, layan jeee. Yang terbaru namanya Robert Mendoza. Orang cakap Mozart mahaguru piano, tapi aku not sure ada ke tak lagu dia yang aku minat.heee. Aku pernah tengok sekali je persembahan Malaysian Philharmonic Orchestra kat Petronas Twin Tower. Cikgu bawa dulu. Memang aku tercengang. It’s so uh-may-zink!

Kalau piano, aku suka dengar lagu yang cintan-cintun yang dibuat instrumental like you’re the answer to a guy like me(Leessang), ku intai cinta dalam rahsia(Jeslina Hashim), all my life(kc & jojo), a thousand years(christina perri) and banyak la lagi. Haaa kalau la dia sanggup belajar piano main salah satu lagu tu, best nyaaa. Mesti dia tu lelaki yang romantik. Eh? Haha.

Tapi kalau dia tak reti main piano, petik gitar sambil nyanyi pun dah cukup baik. Yela, mostly lelaki reti main gitar biarpun tunggang langgang! Hahaha. At least ada effort di situ. Piano an macam susah and tak ramai orang yang sanggup/reti main.

Aahhhh aku ni memang kuat berangan la, nak yang macam-macam tapi aku sendiri tak reti nak main semua tuuu, nyanyi lagi la boleh beku taik telinga orang yang dengar. Hahahaha.

Ermmm pape pun, kalau dia tak reti semua tu asalkan dia boleh mengaji pun dah kira Alhamdulillah. Boleh la dia tolong mengaji dodoikan aku sebelum tidur. Hahaha berangan lagi!

“I am falling in love with a guy who plays the piano.”

Leave a comment