Iftar 2016.

Alhamdulillah menjadi jugak spontaneous plan untuk ber-iftar sesama geng diploma. Dalam seminggu discuss dan akhirnya decided untuk perempuan je. no boys are allowed. hahaha lagipun open plan haritu dorang dah join masa Ariff belanja iftar kat Kg. Baru, tapi aku tak join la. So, dah alang-alang Hanim ajak iftar sesama aku pun ajaklah Yuni & Munirah sekali. Ajak geng kat Shah Alam jugak.

Semuanya yuni yang aturkan, akhirnya makan dan berkumpul kat restoran Thai kat Seksyen 12 kot (lupaa). Makanan dia boleh tahan sedap dan ramai jugak yang berbuka kat situ. Steamboat style tapi kitorang amik ala carte je takut tak habis, tank memasing tak muat makan banyak bulan Ramadhan ni. Tapi insyaAllah akan datang semula untuk try. 😉

Yang bagusnya, dekat dengan toilet dan surau. This one i’ll give extra credit to the area!!!

Dah sudah makan dan solat dan sembang kosong, menuju ke I-city bawa Hanim & adik dia jalan-jalan tengok lampu jelaaa. Pusing punya pusing, pukul 1 jugaklah sampai rumah. nasib safika & aishah nak tolong hantar balik. huhu me love you both!

IMG_7700

IMG_7793

Nak Jadi Artis.

Hahahaha tajuk macam spekulasi je padahal tak ada bakat pun!

Actually kalau ikut yang aku faham, Artis ni bukan saja maksudnya selebriti/pelakon. Apa saja seni yang kau buat tu boleh dipanggil artis. Kalau kau pelukis pun dipanggil artis jugak. So, istilah artis yang aku guna untuk tajuk ni aku nak jadi pelukis muka. Muka sendiri jela, nak tonyoh alat solek kat muka. hihihi

Keinginan nak belajar seni make-up ni dah lama ada sejak setahun dua yang lalu tapi hanya mampu tengok video kat youtube dan tengok gambar orang lain jela. Nak try memang tak ada seni dan tak ada pun barang-barang, yang ada dalam simpanan aku hanyalah seketul lip balm, seketul lipstick, seketul bedak kompak, seketul olay, seketul mascara dan eyeliner. semua tu aku beli 2 3 tahun sekali (kecuali olay dan mascara, cepat habis sebab selalu guna). bagi aku macam tak berbaloi habiskan duit kat alat solek walaupun aku memang suka pergi Sephora. itupun saja cuci mata. duit tu baik habiskan kat makan, lagi berbaloi. hahahaha

Tapi bila dah selalu sangat survey harga untuk kelas make-up, akhirnya aku decided untuk join. kebetulan tasha dan nabilah nak join kelas @pinboxcereal sebelum raya haritu, aku pun on lah sama. padahal raya tahun ni aku tak prepare apa-apa pun, baju raya pun pakai yang buat untuk pergi kerja. hahaha…

Bila dah joined the class, dah faham what to dos’ & don’ts untuk make-up kat muka. ada jugaklah ilmu yang aku dapat walaupun aku rasa macam rugi je. hahaha bazir duit. tapi takpelah, once in a lifetime (think positive, pls)

IMG_7855

IMG_7854

Tooth Fairy.

Ingat tak filem yang The Rock berlakon jadi pari-pari comel sebab selama ni pelakon perempuan yang bawa watak pari-pari comel curi/ambil gigi orang untuk ditukarkan kepada mimpi yang baik-baik? Alaaa itupun sebab Derek Thompson didn’t believe that such thing bila anak dia simpan gigi bawah bantal. Bila satu pagi tu dia bangun tidur, muncul plak sayap pari-pari tu. dan bermulalah cerita yang buat orang kering gusi asek tergelak je.

Takde, sebenarnya nak cerita yang akhirnya aku pergi klinik gigi untuk cuci gigi atau bahasa tinggi dipanggil Dental Scaling or Scaling Teeth buang segala plaque (karang) and tartar kat celang gigi dan gusi tu. Serik nak pergi klinik kat Bangunan Suria tu sebab punya lama aku tunggu giliran, tup tup kejap je doktor tu check lepastu kata tak perlu cuci. terus aku trauma nak pergi klinik gigi. hahaha

Survey punya survey klinik kat Kg. Baru la, kat Sri Rampai la. Akhirya kat Presint 8 ni sendiri dah ada klinik gigi, so memang tak buang masa terus aku msg nombor hp yang ada untuk tanya harga & buat appointment. Nama klinik dan logo comel jeee, buat hati hakak terkinja-kinja tak sabar nak pergi.

Alhamdulillah doktor yang bertugas masa tu Dr. Hafizah, sangat peramah dan sembang-sembang terangkan apa yang aku kena buat. Pembantu dr. masa tu aku dengar nama Baya dan Mega pun baik, senyum je takdelah aku cuak sangat. tapi yang sebenarnya masa first round treatment tu aku dah menangis sebab tahan ngilu. bukan nangis, tetibe mengalir sendiri air mata tu. hahahaha. Rezeki bulan Ramadhan, aku dapat diskaun untuk consultation and dental checkup. RM100, dapat 30% less kena bayar RM70 sahaja.

Gambar tak sempat snap sebab pertama kali lepas 6 tahun, cuak + sedih je dalam otak ni. mengada sangat! So, gambar ihsan facebook klinik ni jelaa

Klinik Pergigian Toothie Tales

https://www.facebook.com/toothietalesputrajaya/?fref=nf

toothie tales

Dip & Dip with loved ones.

Setelah dua hari terkurung kat rumah jaga kakak & adik bersama Acu, akhirnya kak bila mai amik lepas Zohor bawa keluar ke Mall. IOI City Mall yang dituju. hahaha mengikut destinasi aku lah sebab nak makan dip & dip semata-mata.

Sebenarnya dua hari tu ada je keluar, Acu bawa naik motor jalan amik angin petang.

Berpusing jugaklah cari cafe dip & dip tu, akhirnya jumpa jugak dan tak ramai orang. huhu…

Pilihan aku, pakai order je sebab tak tahu apa yang kena dengan selera aku sebab first time kan. Pakai tembak jelaaa…

Overall, manis macam biasalah. kan dessert, haruslah manis leting. Aku yang habiskan semuanya sebab dorang semua tak nak makan dah. haiihh nasib baik Acu yang belanja. Lepas ni kalau pergi lagi Dip & Dip, kena try yang lain plak. Tapi buat masa ni, cukuplah dulu. Dah nak masuk Ramadhan Kareem. ^_^

 IMG_7584

 

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Alhamdulillah. Syukur teramat sangat, tak sangka rezeki untuk pergi ke Pulau Perhentian akhirnya tercapai. Mulanya rancang untuk 2018 nanti masa reunion dengan geng diploma, tak sangka seawal ini dapat pergi. Huhuhu… sebenarnya perancangan awal, hanya aku tasha elin & mira. Geng the girls la ni nak release stress kat bandar, tup tup jadi percutian geng bujang sebab nabil adam amier & syazwan pun ikut sekali. All sponsored by ciksu jon sebab nak the boys ikut sekali jadi bodyguards. Hahaha… Ciksu sponsor tiket flight & pakej yang aku booked kat agensi.

Lepas aku survey kat pakcik Google, aku pilih Perhentian Kecil untuk tempat yang dituju sebab sesuai untuk backpackers yang tentunya harga murah untuk accomodation (banyak chalet), pantai yang cantik biru hijau wehhh. Paling tepat, aku nak hiking ke Windmill Station sebab dari atas boleh nampak lautan hijau biru yang macam dekat pulau-pulau mahal kat obersi sana tuh.

Survey punya survey, aku amik pakej dari @perhentiankravers yang popular kat instagram tu, aku check semua gambar yang bagi good feedback lepastu whatsapp nombor yang ada tu untuk tanya harga. Kami pilih tarikh 6-8 Mei 2015, memandangkan semua free waktu tu tapi harga antara yang mahal sebab tarikh tu dah masuk peak season. Tiap hari selama sebulan dari tarikh, asek dok sembang pasal perhentian je dalam group bujang tu. Hahaha semua dah macam angau je, especially hakak laaaa. Asek screenshot gambar kat pantai simpan jadikan idea nak snap kat Perhentian nanti. 😀

Itinerary

5 Mei 2016

9.30pm

Berkumpul kat Terminal Bersepadu Selatan, naik bas ke Jeti Kuala Besut. So, dalam 5 minit je jalan dari stesen bas ke jeti.

Harga tiket RM48.00 (Mahligai Express)

6 Mei 2016

6.30am

sampai di stesen bas Kuala Besut, cuci muka & solat kat surau yang berhampiran.

7.10am

sarapan. Fuuh sedapnya makan nasi dagang ganu. RM3.00 je amik kuah gulai ayam.

8.15am

jumpa jahid (@perhentiankravers) untuk naik bot ke pulau. Rupanya kawan nabil.

9.30am

sampai kat pulau, tapi check-in chalet pukul12. 2 jam duduk lepak kat kedai makan tepi  tu. Panas, melekit badan tak yah cerita laaa. Dah la mengantuk lagi.

12noon

check-in terus tido tapi dah inform semua 2.30pm berkumpul kat pantai nak pergi hiking. Kalau lambat naik nanti lambat turun plak. The girls keluar 1.30pm sebab nak pergi lunch dulu, malangnya tak dapat nak contact the boys sebab coverage memang tak okay + tak tahu bilik dorang kat mana.

3.00pm

baru start hiking ke Windmill Station. Mengikut research yang aku buat, katanya hiking tu kejap dalam 30 minit je. Yep memang betul kejap je, tapi azab nak mendaki tu hanya Allah je yang tahu. *crying* gile penat + menyesal + semput!!! Tapi bila dah sampai ke atas, subhanallah cantik sangat view dari atas tu ke lautan perhentian tu. *crying+joy*

6.00pm

Dah sampai semula ke pantai setelah berjam duduk selfie kat Windmill Station tu. Dah penat, tak mampu nak buat pape. Yang nak pergi kayak, dorang pergi sendiri. Yang tak, saja berjalan dipesisiran pantai amik angin petang sambil tunggu sunset.

8.30pm

Dinner kat tempat yang ada wi-fi sambil main game werewolf. Sepanjang kat perhentian ni, selain makan game ni yang menyatukan kitorang. Walaupun sakit hati main game ni asek kalah tapi yang best nya sebab banyak ketawa macam tak ada masalah je semua. Bising satu hal. Hahaha…

9.30pm

Lepak kat Long Beach sebab lifestyle kat belah sana ‘hidup’ sampai ke tengah malam. Mungkin sebab situ banyak mat salleh yang duk lepak kat bar, ada fireshow sebagai aktiviti malam. Kat belah chalet kitorang Coral Bay ni kebanyakan kedai makan tutup 10pm dan tak ada aktiviti malam.

11.45pm

Semua masuk bilik memasing untuk berehatkan badan yang seharian penat, esok ada aktiviti yang lagi memenatkan. Snorkeling!!!

7 Mei 2016

9.15am

Sarapan kat Sunset Corner lepas tu terima arahan seterusnya untuk pergi ke snorkeling point. Dalam pakej yang aku amik ni, dapat 5 points untuk snorkeling but still bergantung pada masa ke semasa kalau ada kejadian yang tak dapat dielakkan macam hujan atau semua dah penat.

10.00am

Snorkeling time!!!! 3 points sebelum lunch, berhenti lunch + solat kat Kampung Nelayan, sambung lagi 2 points sampai petang. Aku hanya mampu buat 2 points sahaja itupun setelah dipaksa. Yes i did it *sigh* aku tak suka berenang, not my thing. Hahaha… Aku nak pergi Perhentian pun sebab nak rehatkan diri jalan-jalan tepi pantai tengok sunrise, sunset. Tapi akhirnya aku berjayalah jugak melawan takut tu. Fuuuh pukul 6.30pm baru sampai semula ke Coral Bay setelah seharian berenang-renang di tengah lautan cinta Ilahi.

8.30pm

Dinner time. Makan seafood bbq kat Sunset Corner sambil main game lagi. Hahaha…

10.30pm

Lepak kat Ombak Cafe, salah sorang pekerja situ kawan Nabil jugak. Alahai adik, tahulah dulu pengerusi kolej perhentian. Kat pulau ni pun ada membe kau jugak eh.

8 Mei 2016

8.30am

Breakfast kat Sunset Corner lagi buat kali terakhir. Lepastu balik bilik kemas bag semula, ready nak pergi ke jeti untuk balik ke darat semula. Tinggallah semua syurga dunia untuk pulang semula ke realiti. Macam tak cukup je cuti 3H 2M kat perhentian tapi apakan daya, ada tanggungjawab yang sedang menanti. Lagipun kalau cuti lama-lama kat tempat yang sama je, bosan jugak. Lainlah kalau pergi merayau ke tempat lain pulak kat Terengganu tu. Mencari makanan yang sedap. Kihkihkih

4.15pm

Dah ada kat airport KB untuk bersiap sedia check-in untuk fly semula ke KL. Aku suruh tasha beli tiket 5.20pm sebab taknak terlalu awal nanti rushing, semua badmood. So, ngam ngam sampai KLIA2 dalam 6.30pm dan berpecah ke haluan masing-masing. Aku sampai rumah dalam 8.00pm terus keluarkan baju kotor untuk dibasuh. Dah bau hapak dah.

 IMG_7002

IMG_7053

IMG_7085

 

 

.

.

.

Budget ke Pulau Perhentian Kecil :

Pakej               RM300.00/pax

Tiket bas          RM48.00/pax

Tiket flight       RM69.00/pax (if i’m not mistaken)

Fridge mag.     RM14.00 (4 ketul)

Miscell.           RM150.00

 

 

So, it is….

 

Pulau Perhentian – checked √

Snorkeling – checked √

Meet Nur Adni Humaira.

Tiya ziarah Adni Humaira kat rumah! yeaayyy!!! tapi sebenarnya lebih kepada teman ummi adni yang bosan kat rumah tu. huhuhu

Seharian dengan adni, geram je layan kerenah dia. sakat adni menangis. dukung-letak-dukung adni. hahaha

Tak sangka budak kecik tu adalah zuriat my very bestest friend. *terharu+sebak*

Dulu tiya dan ummi adni tukang menyakat anak-anak jagaan nenek ani, sekarang ni sakat adni jela. hehehe

 

Nur Adni Humaira

second day

IMG_7420