Dear Heart, Why Him?

I don’t know when.

I don’t know why.

I don’t know how.

I don’t know
But I think I may be fallin’ for you
Dropping so quickly
Maybe I should keep this to myself
Waiting ’til I know you better

Aku tak pernah kenal pun dia, apatah lagi berborak.Hanya pernah dengar nama dan terpandang wajah beberapa kali je. (yelaa masa tu kan tengah makan hati berulamkan jantung pisang dicecah sambal tempoyak. hurmm) Tak pernah terfikir langsung hari ni akan tiba. Asyik terngiang-ngiang dalam kepala aku ni lepas Adam sebut nama dia di satu masa dahulu. ooemjiee.

Bermulalah episode aku ter-follow dia kat instagram, ter-dm dia dan tersuka tanpa sengaja. So impossible everything was about TER, tiap yang berlaku mesti dengan niat kita sendiri dan niat aku memang nak kenal dia. Mulanya memang takut dan macam mengarut plak diusia aku sekarang ni nak kenal-kenal seseorang. Yela waktu ni aku tengah sibuk kumpul duit nak pergi bercuteyy. Tapi takpelah, nak kenal je kan macam kawan-kawan yang lain. Cumanya istilah kenal yang ni, upgrade sikit la. Istimewa.

Tengok gaya dia macam tak berminat dengan aku, tapi takpe.

P/s Awak, saya takkan mengalah. Saya tahu ada sesuatu yang istimewa pada awak yang buat hati saya asyik echo nama awak je.

Advertisements

Tentang Sesuatu.

aa

Sejak akhir-akhir ni, masa aku dalam LRT nak pergi kerja atau turun ke KL  tiapkali terpandang kakak yang dukung anak ke, suami isteri yang bawa anak-anak keluar jalan, mulalah dalam hati tu berangan “macam tu ke aku nanti ye?” , “agaknya suami aku sama-sama tolong jaga anak-anak macam lelaki tu tak?” , “kalau aku nanti, aku marah-marah anak kat depan public tak?” dan ianya berterusan sampailah aku sampai ke destinasi aku. Memanglah kasih aku sekarang ni semuanya pada Kakak & Adik & anak2 sahabat aku but still satu sudut dalam hati ni nak ada zuriat yang lahir dari rahim aku sendiri, insyAllah. Selagi situasi tu ada depan mata aku, selagi tu lah macam-macam persoalan dalam kotak fikiran aku. Pernah sekali aku tunggu ma kat luar washroom dalam Sogo, sorang kakak ni jalan pegang tangan anak lelaki & adik/kakak dia pegang lagi sorang anak perempuan. Dorang lalu depan aku lah kiranya, si anak lelaki ni tak tahu la merengek nak apa lepastu si emak ni pulak mungkin letih ke tak sihat ke terus tengking anak dia supaya tak mengada-ngada lepastu dia cubit ke pukul bahu anak lelaki tu. Aku hanya mampu pandang jela dan berfikir patut ke tak patut macam tu. Yang aku pernah baca, mak ayah tak sepatutnya marah ataupun hukum anak-anak depan public sebab boleh menjatuhkan tahap self-esteem dan keyakinan si anak bila meningkat besar. Hurmmm… lepas tu terus aku tanya ma, dulu masa ma bawa aku dengan nabil keluar pernah tak ma marah-marah kami atau pukul kami depan public… aku memang tahu dah jawapannya sebab seingat aku ma tak pernah pukul atau tengking anak-anak bila kat kawasan public. Paling tak pun ma besarkan mata je bagi warning ataupun tak layan kerenah kami. Dan kami pun faham-faham sendiri laaa. Huhuhu… ok berbalik pada jawapan ma, sebelum ma bawa kami keluar memang akan alas perut dulu kat rumah so that takdelah kami mengamuk sebab lapar atau merengek. Dan ma akan pesan kat masing-masing yang kita keluar ni tak nak beli apa-apa, keluar jalan je atau keluar beli apa yang perlu je. Ye aku ingat semua tu tapi aku tahu aku masih lagi merengek minta itu ini bila keluar. Ayah selalu je cakap “kalau bawa dirah keluar, semua nak beli. Kalau boleh satu Jaya Jusco tu dia nak.” Hahahaha kenangan sangat.

Semua tu hanya angan-angan aku entah bila akan tertunai. Only Him knows when is the right time for me. Lagi beberapa hari aku akan masuk ke tahun 26, tapi masih lagi tak ada teman istimewa. Semuanya tak menjadi, tak sampai sebulan dah bawa haluan masing-masing. Aku tak tahulah samada perempuan yang sama situasi macam aku lalui ni, terfikir atau tak hal ni. Tapi aku boleh katakan hampir 80% akan berfikir yang sama sebab fitrah manusia yang ingin berpasang-pasangan, yang ingin dikasihi dan mengasihi, yang menginginkan perbualan serius mengenai masa depan bersama, yang ingin membina keluarga hingga ke syurga dan sebagainya. Tiap orang berlainan definisi kahwin mereka. Ada yang kahwin kerana cinta, ada yang kahwin kerana ingin membahagiakan orang sekeliling, ada yang kahwin kerana harta dan mungkin ada juga yang kahwin kerana takut keseorangan memandangkan orang keliling dia dah berteman/berkeluarga. Aku tak tahu apa sebenarnya definisi kahwin bagi aku, yang aku tahu aku inginkan seorang pasangan yang akan menjadi teman suka duka aku, teman pemberi semangat aku, teman pembawa aku ke jalan Allah SWT dan aku inginkan dia sebagai imam aku didunia dan akhirat. Dan aku ingin menjadi bidadari dia didunia dan akhirat. insyaAllah…

“Jangan memilih seseorang kerana dia sempurna. Tapi pilihlah seseorang yang akan buat diri kau rasa sempurna apabila bersama dia.”

Kadang-kadang orang keliling aku kata aku penakut, aku tak boleh move on, aku jual mahal, aku memilih dan macam-macam lagi. Tapi yang sebenarnya aku memang penakut, aku takut untuk kecewa. Aku takut untuk mencuba. Aku takut sebab hampir 11 tahun aku dengar cerita kawan-kawan yang putus cinta, baca mengenai perpisahan/penceraian. Semuanya hampir sama iaitu lelaki tersebut ada teman yang baru. Memang betullah hati manusia mudah untuk berubah, yang kita mampu hanyalah berdoa semoga Allah tetapkan hati kita pada perkara yang baik dan semoga hati kita tidak menghancurkan hati orang lain. Bila aku selalu diomokkan cerita-cerita sedih dan sakit ni, secara automatik aku tutup hati aku supaya tak mudah terima seseorang dalam hidup aku. Bila aku cakap kat ma, takutlah kalau nanti bila dah kahwin tup tup lelaki tu ada orang lain dalam hidup dia ataupun lelaki tu ada sejarah penyakit gila yang suka pukul orang. Ataupun lelaki tu sebenarnya orang jahat yang berpura-pura. Tapi ma pesan supaya sentiasa DOA. Berdoa supaya Allah jauhkan kita dari orang yang dengki, supaya kita jauh dari orang tak baik. Berdoa supaya Allah hadirkan seseorang atau mereka yang baik mengelilingi kita.

How can I love when I’m afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow. – A Thousand Years by Christina Perri

Bila difikirkan balik, aku sanggup ke untuk berpisah dengan ayah ma bila aku dah kahwin nanti? Buatnya aku kena pergi jauh dari keluarga untuk hidup dengan suami, mampu ke aku untuk kuat sendiri? Aku pernah baca satu artikel ni, kalau suami isteri hidup jauh dari keluarga atau kenalan, hubungan keduanya akan lebih kukuh sebab masing-masing akan berpaut sesama sendiri dan tolerate kerana keduanya yang akan sentiasa bersama semasa jatuh bangun dalam membina keluarga mawaddah wa rahmah. Semoga sang suami akan kekal menjadi nakhoda yang jujur dan penyayang, manakala sang isteri akan kekal menjadi anak kapal yang setia dan lemah lembut.

23 Tahun.

Assalamualaikum. kali ni aku dedikasi post ni buat insan tersayang yang gaduh la macam mana pun, berbalas mulut, sepak terajang pun tetap darahdaging dan akan kekal begitu hingga akhirat.

Nabil,

Kalau sehingga post ni kau terbaca semasa aku masih hidup, anggaplah ianya sebagai luahan hati dan harapan seorang kakak. Tetapi jika aku dah meninggal, anggaplah ianya sebagai wasiat. Sesungguhnya aku pun hanya manusia biasa yang banyak khilaf dan tidak sempurna.

Aku tak adalah nak bercerita panjang, tapi cuma nak share sikit perspektif aku sebagai seorang kakak yang dah hidup dengan kau hampir 23 tahun (despite of being apart 3 4 years during further our study). Aku harap kita dapat menjadi manusia yang sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan dan sama-sama tegur menegur jika tersalah laku. Aku juga berharap perkara ini berlaku dalam keluarga kita, insyaAllah dalam situasi yang aman dan bertolak-ansur.

Nabil, sebenarnya selama yang aku kenal kau sebagai seorang kakak (kawan pun boleh) kau ni seorang adik dan anak yang baik. Suka menolong. Mendengar kata. Tak buang masa dengan perkara yang negatif (kecuali merokok. ini dikira negatif hokay sebab bahayakan kesihatan kau sendiri dan orang keliling!) Kau jarang nak marah. Kau annoying suka buat lawak dan lawak bang-ang *blergghh* Banyak lagi tapi aku malas nak taip sampai 4 5 muka surat. Walaupun ada masa angin taufan kau datang, muka ketat kau akan terpampang dan bahasa kau sangat tajam tapi aku bersyukur sebab punyai adik lelaki yang tak menggunakan tangan dan kaki sebagai penyelesaian. maksud aku kau bukan jenis yang sepak terajang orang. Aku harap akan kekal begitu selama-lamanya melainkan untuk self-defense.

Aku tak kisah kalau kau nak berkasar bahasa dengan aku mahupun oranglain walaupun aku ada jugak terasa hati, tapi aku harap sangat kau boleh kawal diri daripada berkasar bahasa dengan ayah dan ma. kawal dan jaga intonasi bila bercakap, kalau ada yang kau rasa tak setuju ataupun nak protes diamkan diri dahulu dan bercakap dengan intonasi terkawal. cubalah untuk jaga riak muka dari masam dan benci kerana ia boleh buat oranglain terasa hati. Macam tu jugak kalau kau rasa nak marah/naik angin. Seboleh-bolehnya diam dan tarik nafas, Istighfar sebab itulah yang paling mujarab untuk lenyapkan api syaitan dari buat kau terus melontarkan kata-kata yang mengguris hati. Berbudi dengan ayah dan ma, walaupun kau malas nak layan kerenah aku tapi sekurang-kurangnya kau layankan ayah dan ma. Hanya dengan berbalas text/call yang dibuat ayah dan ma, pun akan buat mereka rasa senang. Kau umpamakan macam mana kau nak jaga hati kekasih kau, macam tu jugaklah kau buat pada ayah dan ma. Kau kena sentiasa ingat, bila akhirnya ditakdirkan Allah SWT ‘jemput’ semula ayah dan ma, selepas itu kau tak akan dapat atau jumpa seseorang yang sama macam mereka. Kata-kata mereka yang seumpama nasihat walaupun ada yang kau tak setuju. Pesanan mereka. Kasih sayang mereka walaupun hanya dengan berkata “Nabil makan apa tadi?” “Bila nak balik rumah?” “Bawak motor tu molek sikit, Nabil.” Aku tahu mungkin kau akan rasa rimas, tapi anggaplah semua itu adalah macam mana mereka nak tunjukkan kasih pada anak.

Nabil, apa yang aku sampaikan ini bukan semata-mata nak mengajar kau tapi lebih kepada tarbiyyah iaitu mengajak orang lain berbuat sesuatu kebaikan sekaligus mengingatkan diri sendiri jugak. Ye, aku tahu diri aku sendiri kadang-kadang terlepas berkata kasar dan tersalah laku pada ayah dan ma. Aku jugak kadang kala terlepas emosi negatif sedangkan aku tahu berdosa besar melakukan perkara yang akan memberi tanggungan beban pada ayah dan ma, tapi aku sendiri masih dan akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk membuat apa yang telah aku pesan pada kau tadi. Aku tak nak dan tak suka kalau diri aku hanya melayan baik dan bercakap lembut pada orang lain sedangkan pada ayah dan ma, aku melakukan sebaliknya. Begitu jugak aku tak nak terjadi pada kau. Sepatutnya kita lebihkan perasaan ayah dan ma daripada orang lain, tapi masih lagi dalam zon yang sama iaitu melakukan kebaikan.

Aku tak nak satu hari nanti bila aku dah bersuami, atau kau mempunyai isteri situasi yang hampir sama sebelum dan selepas kahwin berlaku membuatkan hati ayah dan ma terguris. Contoh, sebelum kahwin kau sebagai bujang selalu protes kalau ma ajak makan makanan yang dimasak tapi lepas kahwin, isteri masak je selalu habis licin padahal isteri kau masak masin gile! Kalau betul pun kau dah kenyang tapi ma da masak, cakaplah elok-elok yang kau dah kenyang ataupun jamah sesuap dua untuk jaga hati dan lelah ma dah masak fav food kau. Ataupun pesanlah jangan masak banyak sebab kau dah makan kat luar. Contoh lain pulak, sebelum kahwin kau sebagai anak tak pernah nak ucap kasih dan sayang pada ayah dan ma. Kau jelik nak peluk cium ayah dan ma tapi lepas kahwin, kemahen kau ucap kasih sayang 24jam kat pasangan. Tak cukup kat text, siap bagi voice note bagai. Lepas tu cium pipi tu sampai nak terkeluar air liur tu. Sepatutnya kau belajarlah dulu jaga hati dan hargai ayah dan ma, InsyaAllah bila dah kahwin kau pun tak rasa kekok untuk pasangan dan takde lah rasa menyesal dulu tak layan ayah dan ma macam sekarang.

Tapi apapun yang berlaku, aku tahu dalam sudut hati kecil kau dan aku semestinya ada kasih dan sayang yang infinity buat ayah dan ma cuma kadang-kadang ego kita yang membataskan kita untuk melahirkan secara lahiriah.

IMG_7490

Lots of ♥,

NNNA

 

Sunyi atau Sendiri?

Sunyi : Sepi

Sendiri : Sisih

Sebenarnya sekali faham, sama je keadaan untuk kedua-dua perkataan tu tapi bila baca bebetul maksud dan tahu contoh situasi, ianya membawa maksud yang berlainan.

Is it okay to feel lonely? Is it okay to feel alone? Kalau ikutkan keadaan aku, aku takdelah rasa sendiri sebab masih dikelilingi insan-insan yang aku sayang dan yang menyayangi aku (probably.. Haha) tapi dalam waktu tu, I feel lonely. Sadis kan? Maksud aku dalam waktu aku bersuka ria, hati ni masih lagi ada rasa tak cukup lengkap. Mungkin sebab aku belum mempunyai kekasih untuk mengisi kekosongan di hati. Atau Mungkin sebab aku masih lagi belum cukup dekat dengan Tuhan? Tiapkali aku dengar kisah cinta kawan-kawan, tengok video kahwin kat Youtube, baca update kehidupan berumahtangga selebriti, kadang-kadang terdetik rasa cemburu. Masih ada rasa bahagia sebab aku tahu walaupun aku masih belum layak untuk merasai apa yang mereka lalui tapi aku bernasib baik dikelilingi insan-insan yang sudi berkongsi bahagia, bukan hanya diwaktu susah saja 😍

Aku masih lagi seperti insan yang lain, punya perasaan dan naluri untuk menyukai seseorang padahal hanya terserempak beberapa kali ( dalam bas sebagai contoh. Hahaha) tapi bak kata Filipino, KILIG NAN AKO (it’s killing me!) haha ok salah maksud. Aku tahu perasaan itu hanya sekejap sekejap sahaja sebab bila tak terserempak, aku ok je tanpa rasa ‘suka’. Nak buat macam mana, anak muda 😌

Walaupun aku tahu sakit untuk mengingati dan sakit juga untuk melupakan. Asal sahaja sesuatu yang mengingatkan pada dia, bibir pasti tersenyum dan akan mula terasa sakit rindu. Eh? Sepatutnya sekarang ini aku dah berjaya lepaskan dia & kenangan dari hati aku. Tapi aku tahu akan tiba satu saat yang aku dengan rela hati akan menyayangi seseorang bernama lelaki bila Allah mengizinkan. InsyaAllah, biarlah lelaki itu bakal suami & menjadi suami aku.

Bila tengok pasangan kekasih yg masih remaja, aku mesti fikir nak tegur mereka. Terlalu awal untuk bercinta. Tak tahu kalau parents tengok anak-anak mereka bercinta seawal zaman persekolahan, samada tidak kisah atau sedih. Bagi aku berkawan rapat mungkin ok tapi jangan sampai berjanji. Melainkan kau betul-betul mahukan yang terbaik untuk masa depan bersama. Jawapannya, usaha sehabis baik. Jaga pergaulan, jaga hati, kejar cita-cita untuk bercinta apabila sampai waktu yang baik.

Anyhow, I will just follow the flows. Every story will have their own ups and downs, sweet and sad moments. That is how you gone to face the real life in this world. Struggle now and hopefully you will earn benefits in hereafter. 😇😊😍

Harga Sebuah Penyatuan.

Hanya aku isterinya di dunia dan mungkin juga di akhirat, selagimana aku mampu menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan mampu memberi zuriat.

Memadailah dia menyintaiku seadanya dengan setiap udara yang dia sedut tanpa melebihi ketaatan dia kepada Allah, Rasul dan kedua ibubapanya. Itulah Mahar Cinta ku.

Jadikan Amalan.

Perkataan amalan ni sama je maksud dengan setiap perbuatan atau ucapan yang kita lakukan berulang kali. kalau bukan setiap masa, boleh jadi berkala. Amalan yang aku nak coretkan ni mestilah sesuatu yang positif atau yang mendatangkan kebaikan.

Sebagai contoh, lepas aku masuk SMK (P) Air Panas iaitu selepas UPSR, ingat lagi tiap kali salam ma aku akan cium tangan serta kedua pipi dan ma akan balas cium pipi aku semula. tapi bila sampai kat ayah, aku hanya salam cium tangan sahaja. SEGAN hokey nak cium pipi ayah. aku dah besar kot, malu lah. (itu apa yang telintas dalam hati akuwaktu itu). sampai satu ketika, kalau tak silap aku lepas dengar ceramah kat sekolah berkenaan hargai kedua ibubapa ketika mereka masih ada. bagi sesiapa yang dah tak punyai ayah/ibu atau keduanya, sentiasalah berbuat baik & mendoakan kesejahteraan rohnya… the thing is, aku terfikir pasal kenapa aku nak jarakkan diri aku dengan ayah walaupun aku dah besar sikit which is anak dara uolls, ayah kita tetap ayah kita nak segan kenapa plak kan. tapi kenalah bersopan atau beradab sikit sebab kamu tu dah anak dara jangan hu ha hu ha macam budak darjah 1. dulu ayah selalu pegang tangan aku bila nak lintas jalan, ayah selalu gendong aku, ayah peluk aku tapi bila dah masuk Form 1, kenapa aku nak jadikan perkara-perkara tu sebagai larangan. seolah aku jadi orang asing bila dengan ayah… mesti ayah terasa seolah-olah macam “aku ni bukan ayah dia ke?” …

mulai waktu tu, tiap kali nak pergi memana yang jauh sikit dari rumah aku akan salam cium tangan dan pipi ayah juga selain ma. memula tu kekok yang amat! mesti ayah fikir buang tebiat ke anak aku ni. hihihi tapi lantaklah. aku nak tunjukkan pada ayah yang aku kasih dan cinta pada dia juga selain dari ma. selagi mereka hidup, aku akan cuba buat yang terbaik dan hargai keduanya sebab aku beruntung masih punyai kedua ibubapa walhal ramai kawan-kawan yang merindui arwah ibu/ayah yang dah pergi mengadap Ilahi. so, apa salahnya selagi mereka hidup aku tunjukkan sayang aku.

“Hearts are often broken by words left unspoken.”

Sehingga sekarang aku jadikan kebiasaan nak pergi jauh sikit dari rumah aku akan salam cium tangan pipi ayah ma. kadang-kadang ayah malas nak layan kerenah anak dia ni, tapi aku tunggu je hulur pipi biar ayah cium balik. hahaha gedik betul aku ni… kadang-kadang aku peluk ayah ma. walaupun aku dah dewasa, aku tetap anak dorang kan. 🙂

Semalam plak, aku terbaca artikel berkenaan jika mahukan hati yang tenang selalulah meminta maaf dan memaafkan. bila aku fikir sebaik mungkin, aku jarang minta maaf dari ayah ma atau adik-beradik. sebab aku berfikiran, walau macam mana teruk perangai aku, dorang mesti maafkan. yela darah daging sendiri, dah kenal sangat perangai. even macam tu, kenapa tak jatuhkan ego untuk meminta maaf juga? sepatutnya dengan merekalah yang paling kita kena jaga hati, bukan hati kawan-kawan atau orang luar je. takkan sekali setahun je minta maaf (masa hari raya je). jadi, aku amik langkah pertama untuk jadikan amalan meminta maaf sebelum tidur.

Semalam aku start dengan ma, sebelum tidur aku salam ma dan minta maaf. ma pun pelik agaknya tengok gelagat aku. tapi takpe, nanti dah terbiasa dah tak pelik pun. heee… so, lepas ni boleh ikuti dengan ayah plak pastu ajar Qasseh & Raisha bila dorang tidur rumah nenek. at least, sebelum tidur hati masing-masing tiada sedih dan tiada perasaan marah. nak tidur pun rasa tenang & insyaAllah diredhai Allah SWT…

Pandang Tepi Pandang Depan Selalu. Pandang Belakang Jika Perlu.

“Past is past.”

Sebenarnya aku tak nak coretkan sesuatu yang dah lepas atau yang tinggalkan kenangan tak berapa manis, tapi tak apalah. Mungkin ini untuk dijadikan salah satu topik dalam beribu topik sepanjang hidup NIK NADIRAH BINTI NIK AZLI. Ada je cerita lepas yang manis untuk dikenang 🙂

Hari ni boleh dikatakan genap 10 hari aku mula kerja baru. Jauh dari bidang yang aku belajar dulu. Jauh dari impian ayah & jauh dari rumahlah, semestinya. (still in KL la tapi…)

Aku sendiri tak tahu apa yang sesuai untuk diri aku. Selama hampir 8 bulan aku kerja dalam bidang yang aku belajar masa diploma, macam serba tak kena je. tak tahu sama ada sebab karier tu tak sesuai untuk aku atau aku sendiri yang tak boleh terima beban kerja.

Cuma sekarang ni aku tengah adapt diri aku untuk kerja yang lebih kepada duduk dalam ofis, hanya kontrak 6 bulan je tapi tengoklah keputusannya nanti untuk perbandingan. (tapi aku tengah tunggu November, nak apply pramugari kat Jeddah. shhh)

Banyak jugak kesilapan yang aku buat sepanjang 8 bulan yang lalu. Aku tak tahu apa yang mendorong aku untuk jadi seperti tu. Allah… Sekarang ni aku cuba untuk plan apa yang aku nak buat untuk sepanjang 4 bulan lagi dalam tahun 2015 ni. Itupun tak tahu masihkah sempat aku tunaikan dulu hasrat aku tu sebelum ajal sampai. Mungkin nanti aku dah boleh senaraikan & simpan kat sini. So that, senang aku nak refer bila terlupa. Sekarang ni aku cuma nak rancang yang terbaik untuk masa-masa hadapan dan yang pastinya nak libatkan sekali mereka yang berada di keliling aku. Keluarga & Kawan.