“Luruh Hatiku” ke Aussie. (Melbourne)

Assalamualaikum Lady D! Allahu hampir 3 bulan baru sempat nak tampal kenangan dalam ni. Sibuk naw naw, asal dapat free time je aku lebih rela tidur atau scroll Instagram untuk rehatkan diri. Huhu paling syok kalau tidur, ganti rugi setelah 5 hari keje non-stop.  Takpelah, yang penting kenangan tu masih segar dalam ingatanku dan insyaAllah hingga ke mati.

Holiday kali ni pun sama macam sebelum ni, 2 bulan sebelum tarikh baru plan. Sepatutnya bulan 7 selepas raya tapi itulah, perancangan Allah paling tertinggi. Aku amik masa 2 bulan tu lah buat research & prepare segala keperluan. Alhamdulillah kali ni pun masih lagi atas sebab yang sama iaitu ‘kerja’ dan dengan izin-Nya, kos untuk aku ditanggung semua kecuali duit shopping la pepandai aku simpan duit gaji. Huhu… takdelah nak research sangat sebab booked dengan ejen kat sana, rakyat Malaysia so semuanya ditanggung beres. Hanya perlu sediakan tenaga & mental 😉

Sebulan sebelum tarikh, timbul isu cuti staff kena freeze sebab e-Tanah nak GoLive seminggu selepas tarikh aku berangkat. Nak minta cuti pun memang tak diluluskan, siap kena bagi attachment untuk surat mohon cuti tu. Aku memang dah down gile sbb tiket semua dah beli kottt! Berlalulah hari-hari kat ofis dengan wajah yang sugul. Muahaha… akhirnya dapat kata putus, GoLive tarikh dalam bulan Ramadhan nanti. Maka berangkatlah segerombolan manusia ke Melbourne, Australia. Details :

Tarikh : 07/05/2017-11/05/2017

Lokasi : Melbourne, Australia

Matawang : 1 AUD = RM3.28

Musim : Luruh

Suhu : 10’c ~15’c

Beza waktu antara Oz dan Malaysia, sana cepat 2 jam so takdelah aku jet-lagged sangat. Cuaca sangat indah & nyaman, tak perlu pakai jaket tebal sangat tapi aku tetap bawa satu incase aku tak tahan sejuk & satu jaket sederhana tebal untuk hari-hari biasa. Suhu masa tu dalam 10-15’c tapi tak sesejuk kat Jepun haritu, daun-daun Maple yang kekuningan ada sikit je kat beberapa tempat but then alhamdulillah got the chance to experience it and touch the leaves as I always dream about that Mohabbatein Bollymovie. Hahaha mulalah lagu-lagu dalam cerita tu berkumandang kat telinga aku ni.

Melbourne got so many tourist attractions but time constraint. Hence, we do not have much time to cover all… It’s okay babe, at least I had that opportunity. In fact, Oz has been always in my list since I can’t pursue my study there in 2008. (It’s for free guys! Just study and baby-sits 2 kids. But Allah knows best) Oklah, sambung semula cerita di Melbourne. Tempat tinggal memang selesa! 5 bintang! Apartment 2 bilik siap dengan ruang tamu, dapur, tandas. Ada balkoni mengadap pemandangan bandar yang cantik tapi sayang satu gambar pun aku tak snap. “A crystal vision in the heart of Melbourne, Marco Melbourne” (42-48 Balston Street Southbank Melbourne, Victoria Australia)

Trip yang aku discover sepanjang 5h 4m tu, antaranya :

1.       Phillip Island

2.       Great Ocean Road

3.       Melbourne City

Untuk hari pertama, 08/05/2017 ke Phillip Island. Tempat pertama yang dituju adalah Chocolate Factory. Dari Southbank hampir 2 jam jugaklah. Terus makan tengahari, aku makan chicken curry + rice. Memang berbeza sangat rasa karinya. Hahaha tapi telan jela harga RM30 kot, tak habis sebab perut sebu. Teruskan perjalanan ke Churchill Island Heritage Farm, The Nobbies, Penguin Parade, Cowrie Beach, Cowes & Summerland Scenic Route. Tak sempat masuk Phillip Island Wildlife Park sebab tutup 5pm, kami sampai dalam 5.30pm. sedih tak dapat bermesra dengan kangaru.

IMG_6281

Happy birthday kakak! May Allah shower you His blessing and mercy upon you sayang Tiya.

Hari kedua 09/07/2017, jenjalan kat Melbourne City, destinasi pertama adalah Queen Victoria Markets untuk beli souvenirs yang diidamkan sebab takut tak sempat kalau shopping hari terakhir. As usual, I bought fridge magnets, key chains and coin purse for them in Malaysia. Lepastu breakfast kat taman ala piknik katanya. Huhu.. Teruskan perjalanan ke Federation Square, Shrine of Remembrance (pic below), naik trem tapi tak ingat dari stesen apa ke stesen apa, Flinders Street Railway Station. Hari kedua ni relax sikit tak terburu-buru sebab kawasan nak lawat adalah sekitar bandar je. Waktu malam kat sini cepat pukul5 dah start gelap sebab masuk Maghrib, tapi orang Melbourne still lepak kat kawasan bandar tu sepanjang area Yarra River. Ada singgah ke Direct Factory Outlet Essendon tapi aku terlupa gilaaa waktu pagi atau petang *sigh*.

IMG_4075

Hari terakhir berjalan adalah trip ke Great Ocean Road.  Trip ni mencabar mental dan fizikal sebab perjalanan yang terlalu lama, nasib baik tak drive sendiri duduk saja pun letih weh apatah drive!!! Mula perjalanan jam 8pagi sbb takut tak sempat sampai airport untuk check-in pukul 8 malam. Sepanjang perjalanan GOR, tanah lapang penuh dengan lembu, kangaroo. Senang sangat nak nampak tapi tu lah, mungkin liar. Wallabi pun ada kat padang besar tu, kecik sikit dari kanggaru. Bila dah sampai kat destinasi, sepanjang jalan tu lautan yg luas dan biru. Dah sama macam langit. Subhanallah puas hati lepas penat makan tidur hampir 3 jam dalam van. Sesekali melayan keletah anak-anak kecil, hilang bosan 🙂 sehingga 7 malam baru sampai kat destinasi akhir iaitu GOR Memorial Arch. Turun sikit kat tepi pokok-pokok tu, terus sampai ke pantai pasir putih & halus. Senja plak tu, tengok matahari terbenam. Terus ke Melbourne Airport, Victoria. (formerly known as Tullamarine Airport). Tak silap aku, tour guide iaitu En. Amir & En. Ganteng ada cerita sikit pasal airport ni sebenarnya gantikan Essendon Airport yang dah jadi kawasan untuk aircraft yang besar je. Jadi kawasan kargo alaa macam LCCT kan sekarang dah berpindah jadi KLIA2. It is the second busiest airport in Australia.

1-Day-GreatOceanRoadTour-Route-Map

(Google)

IMG_1072

Loch Ard Gorge (ihsan dari Isma)

Begitulah percutian kali ni, pengalaman baru, negara dan musim yang berlainan, serta kenalan yang baru. Alhamdulillah rezeki aku. *tears* kali ni aku tak shopping banyak. Hanya untuk mereka yang dekat sahaja, lebih kepada menikmati masa lapang. Memula nak beli something untuk dia, tapi bila fikir balik “ahhh tak payah nak beria la Nadirah!” hurmm.

FCUN4058

I love the touch of ocean breeze on my skin

 

Breakdown kali ni tak sempat nak simpan, dah lama sangat hilang ingatan dah. huhu… Tapi kali ni aku tukar duit Malaysian Ringgit banyak jugak dalam RM2,000.00 tapi belanja sikit je. Dapat balik RM1,200 di mana aku shopping + BLD dalam RM800.00 sahaja.

Aussie – checked √

Kangaroo – checked √

Maple + Autumn – checked √

 

Hello Kitty @ Hello Johor.

Lama sangat baru nak post bercuti kat Johor Darul Takzim. Sebenarnya takde la bercuti pun, lebih kepada idea nak bawa Kakak & Adik pergi Hello Kitty Town je. Kebetulan one of my officemates buat majlis sanding kat Pontian, singgah sebentar la. Tengok adat orang Johor buat “tol” utk rombongan pengantin lelaki. hehe interesting! Lepas tu terus ke hotel untuk check-in. Alhamdulillah Hotel Ariana @ Iskandar sangat selesa and affordable. Booked without deposit at booking.com and the best part, free-cancellation in case tak jadi pergi. 23/12/2016-25/12/2016 tarikh yang dipilih sebab cuti free Isnin tu, why not? 🙂

Macam biasa, bercuti sambil menikmati lazatnya makanan tradisi/popular kat kawasan tersebut. Kononnya kena try ZZ Sup Tulang, tapi tak tahulah kenapa yang kat belakang hospital tu tutup. Samada tutup atau pindah kedai. Pusing punya pusing, masing-masing dah lapar, singgah je kat Malay Village Restaurant. Quite popular jugak sebab masa ktorang masuk macam takde orang sangat tapi lepas beberapa ketika, makin ramai group of people singgah makan. Makanan pun sedap & servis pantas. Waktu malam, pergi Kilang Bateri katanya tempat membeli belah tapi bagi aku takde apa yang best pun. Kedai baju macam kat Times Square je, kalau best pun kat food court ada banyak kedai makan yang unik. Tapi sebab padat dengan manusia, ktorang hanya beli makanan yang boleh dibawa pulang je. Terperasan jugaklah kedai Chicken Chop sedap tu, panjang betul Q nya tak sampai hati hakak nak join the line. hahaha…

Hari kedua, keluar awal pagi sarapan kat kedai yang terdekat lepastu gerak terus ke Puteri Harbour untuk grab the early bird tickets. Takut jugak kalau sold out, merajuk laaa dua anak kecik tu tak dapat masuk Hello Kitty Town. huhu… Alhamdulillah we managed to get the lower price for the package! Instead of one theme, we got both with only RM60+/person. Sangat murah banding kalau beli online. Hampir 4 jam jugaklah dalam tu dengan activities, photoshoots, shows, etc. Macam tak percaya aku masuk Hello Kitty Town padahal bukan minat pun tempat-tempat macam tu. Haritu kat Jepun pun, tak sangka masuk Disneyland. huhu rezeki. Petang tu terus pergi Johor Premium Outlet padahal takde lah nak shopping pun. Lebih kepada jalan-jalan amik angin orang Johor. Malam tu terus tuju kedai makan, cari jugaklah kedai yang recommended untuk try sup gearbox tapi tak ingatlah nama kedai tu. Sebelum balik hotel singgah Pasar Karat tapi biasa je macam uptown kat KL. Jumpa jugak roti pelangi yang teringin sangat tu. hahaha rasa sama je macam roti buku biasa tu cumanya colourful. Beli sampai 2 bungkus bawa balik tapi akhirnya tak makan habis.

Sepatutnya, bercuti 2H 1M je tapi sebab nak masukkan jugak Forest City dalam senarai, aku & Tasha extend lagi satu malam padahal aku dah start demam selesema. Sepanjang kat Johor Bahru, memang selalu hujan tapi tak lebat lah. Entah macam mana aku boleh terlembik plak kali ni kena hujan sikit-sikit tapi terus demam. huhu Allahu… Check-out hari ketiga awal sikit sebab nak pergi sarapan kat Medan Selera Bomba Larkin, nak try Kacang Pool Haji. fuuhhh memang sedap lah, rasa macam nak beli lagi tapi sebab tekak tak best tu yang terpaksa kuburkan niat. Terus ke Forest City yang kat penghujung Semenanjung tu. Mengantuk. Best jugak pergi sana, semuanya berunsurkan environmental friendly. Tengok mock-up yang dipamerkan tu, memang besar kawasan untuk ditambak dan banyak sangat rumah landed/strata yang akan dibina. Tapi rasa macam kolaborasi antara Johor-China. Entah, tak habis research pasal Forest City tu. Sebelum balik, Tasha ajak masuk 3D art gallery. Pusing dan pusing, jumpa jugak Kuso Trick Art, harga tiket dalam RM20+ tak ingat jugak. hahaha… Mula-mula tak berminat, but yeaah it’s not bad either.

Sampai rumah dalam 10 lebih, badan dah penat sangat dan akhirnya EL esoknya sebab tak boleh nak angkat kepala. Melepek lah kat rumah seharian, tidur bagi hilang penat dan pening.

IMG_9987

ummi dan cik temah & cik joyah

IMG_3001

Boleh saya jadi bidadari awak? hiks

 

Johor Bahru – checked √

Kacang Pool – checked √

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Alhamdulillah. Syukur teramat sangat, tak sangka rezeki untuk pergi ke Pulau Perhentian akhirnya tercapai. Mulanya rancang untuk 2018 nanti masa reunion dengan geng diploma, tak sangka seawal ini dapat pergi. Huhuhu… sebenarnya perancangan awal, hanya aku tasha elin & mira. Geng the girls la ni nak release stress kat bandar, tup tup jadi percutian geng bujang sebab nabil adam amier & syazwan pun ikut sekali. All sponsored by ciksu jon sebab nak the boys ikut sekali jadi bodyguards. Hahaha… Ciksu sponsor tiket flight & pakej yang aku booked kat agensi.

Lepas aku survey kat pakcik Google, aku pilih Perhentian Kecil untuk tempat yang dituju sebab sesuai untuk backpackers yang tentunya harga murah untuk accomodation (banyak chalet), pantai yang cantik biru hijau wehhh. Paling tepat, aku nak hiking ke Windmill Station sebab dari atas boleh nampak lautan hijau biru yang macam dekat pulau-pulau mahal kat obersi sana tuh.

Survey punya survey, aku amik pakej dari @perhentiankravers yang popular kat instagram tu, aku check semua gambar yang bagi good feedback lepastu whatsapp nombor yang ada tu untuk tanya harga. Kami pilih tarikh 6-8 Mei 2015, memandangkan semua free waktu tu tapi harga antara yang mahal sebab tarikh tu dah masuk peak season. Tiap hari selama sebulan dari tarikh, asek dok sembang pasal perhentian je dalam group bujang tu. Hahaha semua dah macam angau je, especially hakak laaaa. Asek screenshot gambar kat pantai simpan jadikan idea nak snap kat Perhentian nanti. 😀

Itinerary

5 Mei 2016

9.30pm

Berkumpul kat Terminal Bersepadu Selatan, naik bas ke Jeti Kuala Besut. So, dalam 5 minit je jalan dari stesen bas ke jeti.

Harga tiket RM48.00 (Mahligai Express)

6 Mei 2016

6.30am

sampai di stesen bas Kuala Besut, cuci muka & solat kat surau yang berhampiran.

7.10am

sarapan. Fuuh sedapnya makan nasi dagang ganu. RM3.00 je amik kuah gulai ayam.

8.15am

jumpa jahid (@perhentiankravers) untuk naik bot ke pulau. Rupanya kawan nabil.

9.30am

sampai kat pulau, tapi check-in chalet pukul12. 2 jam duduk lepak kat kedai makan tepi  tu. Panas, melekit badan tak yah cerita laaa. Dah la mengantuk lagi.

12noon

check-in terus tido tapi dah inform semua 2.30pm berkumpul kat pantai nak pergi hiking. Kalau lambat naik nanti lambat turun plak. The girls keluar 1.30pm sebab nak pergi lunch dulu, malangnya tak dapat nak contact the boys sebab coverage memang tak okay + tak tahu bilik dorang kat mana.

3.00pm

baru start hiking ke Windmill Station. Mengikut research yang aku buat, katanya hiking tu kejap dalam 30 minit je. Yep memang betul kejap je, tapi azab nak mendaki tu hanya Allah je yang tahu. *crying* gile penat + menyesal + semput!!! Tapi bila dah sampai ke atas, subhanallah cantik sangat view dari atas tu ke lautan perhentian tu. *crying+joy*

6.00pm

Dah sampai semula ke pantai setelah berjam duduk selfie kat Windmill Station tu. Dah penat, tak mampu nak buat pape. Yang nak pergi kayak, dorang pergi sendiri. Yang tak, saja berjalan dipesisiran pantai amik angin petang sambil tunggu sunset.

8.30pm

Dinner kat tempat yang ada wi-fi sambil main game werewolf. Sepanjang kat perhentian ni, selain makan game ni yang menyatukan kitorang. Walaupun sakit hati main game ni asek kalah tapi yang best nya sebab banyak ketawa macam tak ada masalah je semua. Bising satu hal. Hahaha…

9.30pm

Lepak kat Long Beach sebab lifestyle kat belah sana ‘hidup’ sampai ke tengah malam. Mungkin sebab situ banyak mat salleh yang duk lepak kat bar, ada fireshow sebagai aktiviti malam. Kat belah chalet kitorang Coral Bay ni kebanyakan kedai makan tutup 10pm dan tak ada aktiviti malam.

11.45pm

Semua masuk bilik memasing untuk berehatkan badan yang seharian penat, esok ada aktiviti yang lagi memenatkan. Snorkeling!!!

7 Mei 2016

9.15am

Sarapan kat Sunset Corner lepas tu terima arahan seterusnya untuk pergi ke snorkeling point. Dalam pakej yang aku amik ni, dapat 5 points untuk snorkeling but still bergantung pada masa ke semasa kalau ada kejadian yang tak dapat dielakkan macam hujan atau semua dah penat.

10.00am

Snorkeling time!!!! 3 points sebelum lunch, berhenti lunch + solat kat Kampung Nelayan, sambung lagi 2 points sampai petang. Aku hanya mampu buat 2 points sahaja itupun setelah dipaksa. Yes i did it *sigh* aku tak suka berenang, not my thing. Hahaha… Aku nak pergi Perhentian pun sebab nak rehatkan diri jalan-jalan tepi pantai tengok sunrise, sunset. Tapi akhirnya aku berjayalah jugak melawan takut tu. Fuuuh pukul 6.30pm baru sampai semula ke Coral Bay setelah seharian berenang-renang di tengah lautan cinta Ilahi.

8.30pm

Dinner time. Makan seafood bbq kat Sunset Corner sambil main game lagi. Hahaha…

10.30pm

Lepak kat Ombak Cafe, salah sorang pekerja situ kawan Nabil jugak. Alahai adik, tahulah dulu pengerusi kolej perhentian. Kat pulau ni pun ada membe kau jugak eh.

8 Mei 2016

8.30am

Breakfast kat Sunset Corner lagi buat kali terakhir. Lepastu balik bilik kemas bag semula, ready nak pergi ke jeti untuk balik ke darat semula. Tinggallah semua syurga dunia untuk pulang semula ke realiti. Macam tak cukup je cuti 3H 2M kat perhentian tapi apakan daya, ada tanggungjawab yang sedang menanti. Lagipun kalau cuti lama-lama kat tempat yang sama je, bosan jugak. Lainlah kalau pergi merayau ke tempat lain pulak kat Terengganu tu. Mencari makanan yang sedap. Kihkihkih

4.15pm

Dah ada kat airport KB untuk bersiap sedia check-in untuk fly semula ke KL. Aku suruh tasha beli tiket 5.20pm sebab taknak terlalu awal nanti rushing, semua badmood. So, ngam ngam sampai KLIA2 dalam 6.30pm dan berpecah ke haluan masing-masing. Aku sampai rumah dalam 8.00pm terus keluarkan baju kotor untuk dibasuh. Dah bau hapak dah.

 IMG_7002

IMG_7053

IMG_7085

 

 

.

.

.

Budget ke Pulau Perhentian Kecil :

Pakej               RM300.00/pax

Tiket bas          RM48.00/pax

Tiket flight       RM69.00/pax (if i’m not mistaken)

Fridge mag.     RM14.00 (4 ketul)

Miscell.           RM150.00

 

 

So, it is….

 

Pulau Perhentian – checked √

Snorkeling – checked √

Tiya To Tokyo. #part2

Harapnya boleh settle kan semua intipati untuk Tokyo trip ni. hahaha lagi banyak aku post, lagi banyak gambar yang aku letak. hewhewhew…

4th Day (Harajuku & Shibuya)

Inilah saat yang paling aku nantikan, untuk berada dalam kawasan yang penuh dengan manusia berbaju gelap. hahaha… Seriously kat area ni memang akan nampak ramai manusia tapi dorang sukakan baju yang gelap especially kat Shibuya. Geli hati aku bila fikir kenapalah dorang semua berbaju hitam. Tour guide kata, senang nak matching. erkk memanglah hitam itu menawan, tapi kan cantik kalau berwarna-warni baju sejuk tu. hahaha (itu aku jela yang suka dengan warna pelangi)

Kat Harajuku, pergi ke Takeshita Street. Lebih kurang macam Petaling Street, ada jual souvenir tapi aku tak borong lah. Beli sikit-sikit je, harga macam biasalah. Mahal jugak. Kami banyak jalan dan perhatikan manusia je. Tapi aku  ada beli fridge magnet sikit ¥950, t-shirt 2 helai ¥3,800, tote bag ¥1,000. Itu pun dah habis ¥5,750 (RM215).

Bila sampai Shibuya, kitorang jalan-jalan petang sambil pergi Preloved Shop untuk tengok apa lagi yang boleh dibeli. hahaha…

IMG_6158

(Gambar kat Shibuya aku tak sempat snap sebab ralit record kejadian kat Shibuya Crossing – Tokyo Drift kehkehkeh)

…………………

5th Day (Asakusa)

Final day to explore Tokyo before we were gone back to Malaysia!!! Tempat yang dituju semestinya tempat tradisional masyarakat beragama Shinto ni iaitu Sensoji Temple a.k.a Asakusa Kannon Temple (the oldest and the most popular temple in Tokyo), kau akan nampak di mana sahaja orang berpakaian Yutaka a.k.a Kimono. Aku tak pakai sebab nak sewa tu mahal woo kalau tak silap dalam RM200 duit Ringgit Malaysia.

Kat Asakusa ni barulah jumpa ramai orang kampung & jiran kampung sebelah. hahaha… Bila jumpa je, senyum pastu lega rasa hati dapat jumpa orang kampung. hahaha mengada tau! Kat sini banyak deretan kedai jual souvenir macam cookies, keychain, purse, t-shirt , dll yang ternyata lebih murah daripada Takeshita Street. hahaha terkena plak kita. Takpe lah, bukan selalu dapat shopping sesuka hati. Mana yang jumpa dulu, berkenan terus beli sebab nanti tak patah balik dah tempat tu.

IMG_6207

IMG_6246

IMG_6245

Singgah lunch kat kedai Muslim, tapi tak tahu samada owner Malaysian atau Pakistan sana. Memang ramai pelancong Muslim yang rasanya Malaysian jugak, beratur tunggu turn untuk penuhi perut yang kosong. Sedap weh ramen & chicken tu! Berbaloi makan sampai kenyang!

IMG_6240

.

.

.

Sekian sudah post untuk percutian di Tokyo, Jepun. Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang telah dibuang dalam atur cara (Tokyo Tower, Tokyo Skytree, Odaiba, Tokyo Cruise, Tokyo Camii Mosque & Akihabara Electronic Town) sebab kesuntukan masa. So, mungkin ada rezeki untuk pergi dilain kali. huhu insyaAllah… Tapi yang aku respek, susah nak jumpa tong sampah melainkan kalau ada vending machine barulah ada tong sampah kat sebelah tu. Makanya beg masing-masing jadi tempat buang sampah sementara.

Breakdown perbelanjaan untuk trip ke Tokyo, Jepun :

All the tickets (transport pass+disneyland+tour guide ),Guesthouse (5D 5N)

= ¥97,400 (RM3,652.50)

Return Airasia X flight ticket

= RM1,856.10

Shopping + BLD

= ¥35,000 (RM1,312.50)

Balik Malaysia kena banyakkan puasa lunch & outing untuk cover balik duit. hahaha… Takpe pengalaman manis & belajar budaya negara orang., itu yang penting.

okay, moh la kerja overtime selalu ye! hahaha…

Jepun – checked √

Snow – checked √

Tiya To Tokyo. #part1

Alhamdulillah berjaya untuk up kan part 1 ke Tokyo ni. Huhu kena betul-betul free baru syiok untuk menaip dengan kencang!

Currency waktu aku tukar duit kat Malaysia, dari RM3.56 (¥100) hinggalah jadi RM3.80 pada tarikh 23hb. Mendadak kau naik. Jadikan cerita, aku memang berjimat cermat lah masa keluarkan duit nak beli pape kat Tokyo tu. Dah dapat pergi pun kira baik sangat, tak perlulah aku nak shopping sakan. Hewhewhew… Suhu sepanjang kat Tokyo average 0’c up to 10’c… sangat sejuk untuk aku yang tak biasa guna aircond.

Aku dan Akmal memang amik cuti siap 23hb hingga 29hb, jumpa kat KLIA2 dalam 11pagi untuk check-in apa semua sebab flight kami ke Haneda Airport jam 1440 23hb waktu Malaysia. Sejujurnya ini 2nd time aku ke luar negara & 1st time pergi jauh dari Malaysia, sehari dua sebelum tarikh kejadian memang dah rasa nervous tapi bila dah sampai ke Jepun, haruslah happy sakan ^_^

Dijangka sampai ke Haneda Airport jam 2230 waktu Jepun tapi pilot kata sampai awal 15 minit, so tunggu jela sementara dia nak takes turn kat bay. Jumpa tour guide bernama Rasydan (Dan), kami pun amik bas airport untuk ke guesthouse. Tambang tiket bas tak pasti berapa. Dalam jam 0000, 24hb Feb 2016 waktu Jepun sampai ke guesthouse kami yang terletak di Gyotoku, Chiba. Dekat sangat dengan train, so memang sepanjang kat sana naik train jela nak ke mana-mana kecuali ke Fuji, naik kereta sewa sebab jauhnya dalam 2 jam lebih. So, straight to the point …

1st & 2nd Day (Disneyland & Disney Sea)

Selama aku hidup, rasanya aku hanya tertarik dengan cerita-cerita terbitan Disney tapi tak pernah terfikir untuk ke tempat yang dikatakan syurga kanak-kanak (orang tua pun eksaited tau!). Even USS yang paling dekat tu pun aku tak terfikir nak pergi, membazir kata haku. Tapi bila ada peluang untuk pergi ni, kita pun enjoy sama la tak kira lah umur tu nak masuk 3 series pun. Hahaha…

Naik train dari Gyotoku tu sampai ke Nishi-Funabashi, tukar train plak untuk ke Hasama iaitu stesen ke Disneyland/Disney Sea. Berselirat jugaklah aliran train kat Jepun. Pening aku nak faham. Kalau pergi sendiri tanpa faham bahasa Nihongo, mahu aku menangis je tiap kali nak merayau. Hahaha…

Sampai je kat Disneyland/Disney Sea, tergamam dan terharu sangat. Tak sangka dapat jejakkan kaki ke situ. Dan seperti biasa, terpaku tengok awek-awek Nihongo yang tak reti tahan sejuk ke denga hanya berskirt pendek. Omaiii. Aku ni yang berlapis pakai t-shirt dan winter jacket dan muffler lagi tetap rasa sejuk, dorang buat relax je. Tabiklah kat awek-awek tu!

Fare for 2-day passport = ¥12,400 (RM465)

Tak semua tempat kami masuk sebab besar sangat & sejuk plak tu, memang banyak duduk & rehat perhatikan banjiran manusia berkulit putih. Hahaha

Disebabkan currency mahal, aku bawa bekal makanan ringan untuk penuhkan perut. Aku memang bawa dari Malaysia sebab takut tak sempat nak cari bila sampai kat Tokyo. Tapi tup tup kedai runcit keliling je kat kawasan guesthouse tu. Harga minimum untuk sepinggan makan adalah ¥450 (RM17). Erkkk makan kat KL jela nanti. Hahaha… tapi nasib baik sebab Akmal bukan jenis makan makanan luar, jadinya share dengan dia jela kalau nak try pape makanan.

Lagi satu masalah aku masa mula sampai sini, restroom! Aduuuh canggih sangat toilet kat Jepun! Aku bingung sangat bila waktu nak weeweee. Haha sanggup tahan weeweee kat rumah walaupun sama je design tapi sekurangnya aku dapat elakkan dari lencun seluar kalau terpancut air. Hahaha

 

IMG_5789

Belanja gambar kat Disneyland & Disney Sea 🙂

 

 

IMG_5893

IMG_6013

 

 

3rd Day (Fujiyama)

Awal pagi aku dah bangun dengan Akmal nak buat bekal untuk ke Fujiyama. Sebabnya long journey, so bawalah bekal untuk dimakan dalam kereta. Bawa nasi goreng, nasi putih + sardin + sambal hitam & sandwich kaya (specially made by Madi Dharina. hihi). Jam 0830 dah nak gerak sebab amik masa dalam 2 jam untuk sampai.Naik Kachi Kachi Yama Ropeway (kereta kabel) dari Kohan Station to Fujimidai Station to see everything from the mountain summit to the base. You can see a magnificent view of Mt. Fuji and Lake Kawaguchi. It is said that Mt. Fuji is a mountain of religion and art. (need to research about it!)

Fare ¥720 (RM27) — tapi ada discount kalau 15 orang atau lebih, dapat ¥620

 

 

Aku ada baca pamplet yang ada kat stesen tu, kat atas bukit yang kami naik ni ada la beberapa tarikan macam Tanuki Chaya (jual Tanuki dumplings a.k.a racoon. erkkk), The bell of Tenjo (power spot yang kalau kita ring the bell while watching Mt. Fuji, your wish will come true especially for love and health), Usagi Shrine (berkenaan rabbit yang dalam cerita tradisional Jepun tajuk “Mt. Kachi Kachi”), Kawarake throwing ( baling Kawarake a.k.a auspicious pottery ke dalam bulatan tali tu, pastu dorang percaya akan dapat good match. huhu nasib aku tak cuba. kalau tak, mahu berpuluh kali aku campak. hahaha)

IMG_6046

IMG_6091

IMG_2678

my first snowman

Singgah ke Gotemba Premium Outlet. Fuuhhh Johor Premium Outlet pun aku tak sampai lagi, ini dah sampai yang Jepun punya. huhu… Kalau aku ni suka shopping, mungkin aku boleh hargai perbezaan harga yang dekat mall & dekat Premium Outlet ni. So, aku tak kisah sangat kalau tak shopping pun. Cuma belikan jam Swatch untuk Nabil & Kakak sebab ada sale. Kalau tak, aku mampu tengok jelah. Aku mencari jugak jenama Fossil tapi malangnya tiada. *uhuk uhuk*

Sebelum balik guesthouse, pergi makan grilled meat!!! Aduhaaiii terasa lagi kat lidah dok mengunyah daging Wagyu yang lembut dan sedap dan menggiurkan.

 IMG_6296

to be continued…

2016.

Alhamdulillah, masih Allah berikan peluang hidup hingga waktu ini. Semoga tahun 2016 memberi banyak memori yang manis untuk diingati 🙂

Permulaan 2016 ni saja dah bagi kenangan kat diri aku. huhu syok sangat sebab akhirnya berjaya unlocked pencapaian yang kononnya aku nak capai.

1. Rooftop, One City

Sempena cuti tahun baru, kononnya nak shopping untuk diri sendiri kat Bangi Sentral tu dengan Tasha. Penat tawaf keliling tu tapi banyak je yang tak berkenan. huhu akhirnya bawa balik 1 helai shawl je. Tasha bawa pergi One City, USJ  dekat kawasan Puchong tu saja cabar diri lalu kat glass floor yang terletak di ting. 10 weh! Naik lif tak gayat la tapi bila realiti lalu kat lantai tu, pwehhh ketar lutut rasa jalan atas angin je bila pandang ke bawah.

2. Victoria Station, Kota Damansara

Kebetulan sangat. Aku memang teringin nak makan steak dari beberapa minggu lepas, masa family gathering akhirnya ke restoran steak haluan kami. Pwehhh bila kira gross total ada dalam 1k makan untuk 18 kepala. Menangis tengok resit… Alhamdulillah dah lama tak berkumpul, update cerita masing-masing sambil makan sedap. heee… Aku memang tak lepaskan peluang order Rib Eye Steak (medium well) RM70++

3. Giant Bubbles at Setia City Mall

Tasha bawa jenjalan kat Setia City Mall, fuuhh besar jugak macam Mid Valley sikit. Takpun macam Alamanda. Mula nak main bowling tapi ramai plak, kena Q nama. Akhirnya ke padang luar tu, main giant bubbles. hihihi best nya!!!!! Dah lama teringin nak main kat Taman Layang-Layang tapi sampai sudah tak berkesempatan. Jakun. Sangat jakun & perangai automatik berubah jadi childish.

Akhir kata, dalam masa 3 hari tu permulaan kenangan yang buat aku gembira untuk tahun 2016 ni. Setelah melalui kemelut 2015, aku tahu masih ada lagi kekosongan dalam hidup aku untuk diisi dengan perkara-perkara yang menyenangkan hati. Syukur Ya Allah.

Pusat Peranginan Impian.

Haaa inilah kisahnya kalau puan pengarah ada meeting/bengkel/kursus kat luar ofis, aku amik la peluang yang ada untuk hapdet diari ni. Hikhikhik… sepanjang hampir sebulan kerja kat sini, aku boleh kira berapa kali je jumpa pengarah. Busy sebab mungkin division baru lagi, banyak yang kena diaturkan. Tapi kengkadang takut jugak kalau pengarah ada, tak senang usus perut aku sebab cuak punya pasal. Huahaha…

Kali ni aku nak coretkan pasal pusat peranginan impian yang aku teringin nak pergi. insyaAllah, one day. Mungkin dengan family atau sahabat rapat atau mungkin juga seorang diri. Tengok keadaan. Tapi aku rasa kebanyakannya pulau dalam Malaysia. Bak kata pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.” Takpe, ada jugak tempat yang aku nak pergi di luar Negara, tapi apa salahnya aku explore dulu dalam Malaysia barulah pergi ke luar Negara. Ermmm ikut keadaan la. Aku nak pergi tempat-tempat semua tu pun sebab nak camwhore. Nak tangkap gambar dgn background tu laaa. hahaha

Aku cerita ikut turutan la, dari yang paling aku nak sampai ke yang aku nak. Bezanya PALING je pun. Aduyaiii bahasa apa yang aku guna niii. Banyak yang aku google je sebab tak tau nak cari dari mana, kalau rujuk buku rasanya sampai sudah aku tak buat. Asek beli novel je, tak sanggup nak habiskan duit kat buku yang lebih berguna. Hikhik.

1. Pulau Perhentian
Destinasi honeymoon aku niii. Eh. Hahaha itu apa yang aku impikan, belum tentu terjadi. Hanya boleh berangan jelaaa. Tapi sebenarnya sebelum habis Part 6 hari tu, aku ada buat ikrar dengan classmatesss QS6D. kalau kita reunion 5 tahun lepas habis belajar, aku yg akan tolong setting semuanya tapi kena kat Pulau Perhentian for 1st destination. Kalau nak kat tempat lain, aku minta orang lain la yang adjust. Heee. So, kita tunggu jela ye apakah ianya akan berlaku atau tidak dalam tahun 2018 nanti. Tapi sebenarnya tak kisah la nak tahun bila, Cuma 1st destination kalau betul Pulau Perhentian, semua setuju biarlah aku yg tolong adjust. Semangat woii.

Aku pun tak tahu kenapa lah aku suka sangat dengan PP tu. Tapi mungkin sebab kecantikan view yang ada kat situ buat aku tertarik sangat sangat nak pergi. 😀 lagipun banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sana. Contoh, snorkeling, scuba-diving, swimming. Ermmm tapi semua tu tak suit dengan aku sebab aku TAK RETI BERENANG!!! Hahaha. Tapi nak buat macam mana, aku terlalu nak sangat lakukan semua tu jika diberi kesempatan. Tapi yang pastinya dengan diawasi oleh mereka yang pakar laaa. Hopefully tercapai 🙂

http://www.perhentian.com.my/

perhentian-islands-beach-815x458

2. Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
Haaa ni plak destinasi yang aku sesaja nak berjalan tenangkan fikiran. Suasana ye yang macam suam-suam kuku, nyaman dengan cuaca sejuk, pemandangan yang cantik. Makes me feel like I’m in my own world. Haha cehhh macam la dah pernah pergi & merasainya an an an. tempat ni macam inspired by French villages. Tak dapat pergi Perancis, pergi Bukit Tinggi jela. Ramai yang kata bosan kat sana, tak ada mende. Makanan mahal, tempat nak berjalan pun kecik je tak ada banyak yang boleh di explore. Tapi bagi aku, selagi aku tak alami & rasainya sendiri, aku taknak la komen lebih lanjut. Nak try jugak pergi Japanese Village, macam spa kot.

p/s mungkin ni tempat yang aku akan tuju kalau aku bergaduh dengan suami. Hihi shhh…

http://www.colmartropicale.com.my/

cd74

 

3. Pulau-pulau di Sabah
Sabah lah negeri yang paaaaaaling banyak pulau yang cantik-cantik. Waaaaa rasa macam nak berjalan kat sana sampai habis semua pulau aku jelajah. Tapi kena duit kertas tebal la kaaann. Banyak tu kos nak kena ada. Huhu… takpe la, sikit-sikit la kumpul duit. Tak semua tempat, at least ada 2 3 tempat yg aku berjaya jejakkan kaki  inilah salah satu sebab kenapa aku nak pindah ke Sabah kalau betul nak bawa diri. Nak bawa diri dari siapa pun aku tak tahu lah. Just in case kalau aku nak pindah mulakan hidup di kawasan baru. Semestinya bawa family laaa. Hahaha.

pulau pulau sabah

4. The Lakehouse, Cameron Highlands
Aku dah pernah pergi CH tapi bukan menginap kat hotel ni la. Inap kat apartment yang area pasar malam tu, tak ingat la nama ye apa. Dah lama dah pergi, ikut sepupu semua. Kak long belanja buat teman Julia. Tak silap masa tu akhir tahun 2009 kot. Seriously tak ingat bila. Heee factor umuuuurrr. Memanglah nak pergi ke CH tu masak jugak la. Rasanya habis isi perut aku keluar semua sebab jalan yang simpang siur kalah ular, tapi sanggup nak pergi lagi semata nak rasa pengalaman inap kat The Lakehouse tu. insyaAllah… suasana ye mengikut google, macam sama je dengan CT kat Bukit Tinggi tapi bak kata pepatah “lain padang lain belalang”, so kena la rasa pengalaman jugak kedua-duanya then buat comparison.

http://www.lakehouse-cameron.com/index

lake house

haaaa tengok gambar je dah rasa amazed apatah lagi kalau pergi ke sana kan kan kan. moga Allah permudahkan apa yang aku impikan. hihi