Wisdom is not really ‘wise’.

Kali ni masuk dua kali dalam seumur hidup aku kena ujian sakit dibahagian geraham bongsu/geraham bijaksana/impacted tooth/wisdom tooth. Aku panggil geraham bongsu je. First time, raya tahun lepas. Tak silap aku raya ketiga start sakit, masa tu dah nak balik KL dari Kelantan. Aku expect waktu tu sakit geraham B sebab banyak makan ayam dan daging. Biasalah, raya je aku akan mengunyah rendang tak henti. Sebelum ni Alhamdulillah sihat, tapi mungkin tiba waktu aku untuk hadapi ujian sebab selama geraham B aku tumbuh, aku tak hadapi masalah melainkan tumbuh senget dan orang keliling plak mengadu sakit geraham B nak tumbuh sampai demam bengkak muka.

Rupanya sakit tu bukan sebab geraham B semata, gusi yang tutup separuh gigi geraham B aku tu bengkak. Mungkin akibat terlalu banyak kunyah dalam sehari. selama dua tiga hari tu aku ingatkan daging/sisa ayam yang tersekat celah gigi Sakit tambahan, sakit tekak walaupun masa nak telan air liur dan sakit telinga kepala masa nak tidur. Sampaikan Che Ha bagi painkiller pills aku habiskan 5 biji tu dalam seminggu tiapkali nak tidur. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

wisdomteeth

inilah yang terjadi. mungkin sebab aku banyak makan dalam sehari, sisa makanan sekitar gigi geraham B tu ada lagi tu yang bakteria buat gusi aku bengkak

Aku ada baca sikit info pasal impacted tooth itupun lepas dah sakit gini cara.hahaha nangis Kiranya ni kali kedua waktu raya jugak! Akibat makan rendang dan sate banyak sangat haritu!!! Sakit sebelah kiri je, bersyukur sangat sebab last year kena both sides memang berdenyut rahang dan kepala tiapkali kepala aku kat lantai. Sakit yang sama la, gusi tutup separuh gigi geraham B tu bengkak, tekak sakit nak telan air atau makanan.Siap pakai koyok kat pipi tapi tak jadi apa pun, sakit masa nak tarik keluar habis rambut muka aku! Ada banyak jenis jugak cara wisdom tooth ni keluar dan mine is vertical impaction (partially). So, memang akan sakit gusi yang separuh tutup gigi geraham B aku tu sebab bila gigit makanan, gigi geraham atas akan tekan gusi tu. Akhirnya bila tak dibendung dan tak gosok bebetul, jadi bengkak.

wisdom types

Solution untuk kali ni, aku hanya mampu bertahan dan kumur Oradex Antibacterial Mouthwash yang dentist suggest haritu sebab aku mengadu sakit gusi kat gigi geraham B dan ada ulser. Aku beli kat farmasi je. Kelebihan dia sebab ada Chlorhexidine (http://www.oradex.my/product.html)

AntiBac20160410

InsyaAllah, ujian yang aku terima ni dapat menghapuskan dosa-dosa aku. Semoga aku kuat! Fighting!!! *sobbing*

wisdom-teeth

Gigi sayang jangan gaduh-gaduh ye, kesian aku.

Nak Jadi Artis.

Hahahaha tajuk macam spekulasi je padahal tak ada bakat pun!

Actually kalau ikut yang aku faham, Artis ni bukan saja maksudnya selebriti/pelakon. Apa saja seni yang kau buat tu boleh dipanggil artis. Kalau kau pelukis pun dipanggil artis jugak. So, istilah artis yang aku guna untuk tajuk ni aku nak jadi pelukis muka. Muka sendiri jela, nak tonyoh alat solek kat muka. hihihi

Keinginan nak belajar seni make-up ni dah lama ada sejak setahun dua yang lalu tapi hanya mampu tengok video kat youtube dan tengok gambar orang lain jela. Nak try memang tak ada seni dan tak ada pun barang-barang, yang ada dalam simpanan aku hanyalah seketul lip balm, seketul lipstick, seketul bedak kompak, seketul olay, seketul mascara dan eyeliner. semua tu aku beli 2 3 tahun sekali (kecuali olay dan mascara, cepat habis sebab selalu guna). bagi aku macam tak berbaloi habiskan duit kat alat solek walaupun aku memang suka pergi Sephora. itupun saja cuci mata. duit tu baik habiskan kat makan, lagi berbaloi. hahahaha

Tapi bila dah selalu sangat survey harga untuk kelas make-up, akhirnya aku decided untuk join. kebetulan tasha dan nabilah nak join kelas @pinboxcereal sebelum raya haritu, aku pun on lah sama. padahal raya tahun ni aku tak prepare apa-apa pun, baju raya pun pakai yang buat untuk pergi kerja. hahaha…

Bila dah joined the class, dah faham what to dos’ & don’ts untuk make-up kat muka. ada jugaklah ilmu yang aku dapat walaupun aku rasa macam rugi je. hahaha bazir duit. tapi takpelah, once in a lifetime (think positive, pls)

IMG_7855

IMG_7854

Tooth Fairy.

Ingat tak filem yang The Rock berlakon jadi pari-pari comel sebab selama ni pelakon perempuan yang bawa watak pari-pari comel curi/ambil gigi orang untuk ditukarkan kepada mimpi yang baik-baik? Alaaa itupun sebab Derek Thompson didn’t believe that such thing bila anak dia simpan gigi bawah bantal. Bila satu pagi tu dia bangun tidur, muncul plak sayap pari-pari tu. dan bermulalah cerita yang buat orang kering gusi asek tergelak je.

Takde, sebenarnya nak cerita yang akhirnya aku pergi klinik gigi untuk cuci gigi atau bahasa tinggi dipanggil Dental Scaling or Scaling Teeth buang segala plaque (karang) and tartar kat celang gigi dan gusi tu. Serik nak pergi klinik kat Bangunan Suria tu sebab punya lama aku tunggu giliran, tup tup kejap je doktor tu check lepastu kata tak perlu cuci. terus aku trauma nak pergi klinik gigi. hahaha

Survey punya survey klinik kat Kg. Baru la, kat Sri Rampai la. Akhirya kat Presint 8 ni sendiri dah ada klinik gigi, so memang tak buang masa terus aku msg nombor hp yang ada untuk tanya harga & buat appointment. Nama klinik dan logo comel jeee, buat hati hakak terkinja-kinja tak sabar nak pergi.

Alhamdulillah doktor yang bertugas masa tu Dr. Hafizah, sangat peramah dan sembang-sembang terangkan apa yang aku kena buat. Pembantu dr. masa tu aku dengar nama Baya dan Mega pun baik, senyum je takdelah aku cuak sangat. tapi yang sebenarnya masa first round treatment tu aku dah menangis sebab tahan ngilu. bukan nangis, tetibe mengalir sendiri air mata tu. hahahaha. Rezeki bulan Ramadhan, aku dapat diskaun untuk consultation and dental checkup. RM100, dapat 30% less kena bayar RM70 sahaja.

Gambar tak sempat snap sebab pertama kali lepas 6 tahun, cuak + sedih je dalam otak ni. mengada sangat! So, gambar ihsan facebook klinik ni jelaa

Klinik Pergigian Toothie Tales

https://www.facebook.com/toothietalesputrajaya/?fref=nf

toothie tales

Pertama Kali Pergi Konsert. (PKPK)

Seumur hidup aku tak pernah pergi konsert untuk spesifik artis, walaupun kadang-kadang terasa nak pergi. Especially masa Backstreet Boys nak buat comeback tahun lepas kot, tapi tiket mahal dan rasa macam membazir je tu yang abaikan je rasa teringin tu. Tapi, tak tahu nak cakap macam mana, baru-baru ni ‘rezeki’ dapat pas masuk percuma untuk konsert Siti Nurhaliza.wehhh kesayangan Malaysia tuh, excited la bila Tasha ajak temankan dia. Ni gara-gara dia join contest Xpax. Dapat plak seat yang antara kat depan tu, huhu…

IMG_6557

 

Wondermilk with Wonderpeople.

Luangkan masa dengan QS berjaya dua orang ni, susah nak dapatkan hari sabtu yang tiga-tiga free. Aku ajak berjalan kat Publika jela saja nak try makan apa yang best kat situ. Survey punya survey, banyak yang recommend Journal by Plan b. Sebenarnya nak try The Red Beanbag tapi entah macam mana tukar ke Journal (http://thebiggroup.co/planb/) . memang sesuai sangat misi Plan b “always have a plan b”…hahaha

Makanan sedap, portion memang besar la sesuai dengan rege. Rugi rasa dihati tak order for 2 pax only & share tiga orang. memang tak habis citenyee… lepak punya lama semata nak habiskan sikit-sikit. sambil tu memasing cerita & luahkan perasaan. itu perkara biasa bila dah lama tak jumpa.

Menu banyak sangat sampai tak tahu nak pilih apa, at last semua amik makanan yang lain pastu macam biasa, sharing is caring.

Then, aku yang kononnya hardcore nak try coffee dari kebiasaannya pilih la Macchiato. Dahla harga mahal dari kopi pak amad, pastu ala kecik comel je cawan ye. tak tambah rasa lagi, pahit tak sedap! erghhh… pastu kena bantai gelak dengan dorang berdua.

Lepas dah penat jalan, cari last pit stop untuk merasa dessert plak. Haaaa rupanya ada Wondermilk (http://ilovewondermilk.com/) kat Publika tu. Apa lagi, ktorang singgah sahur la kat situ. haha… Decoration memang tip top, comel sangat! Tapi tak sempat nak snap, just mesmerized dengan deco. and cupcakes. haha

Overall, Publika is quite a good hang out place with some good food. It’s not excellent, but it’s good enough to make you drop by yet another time.

IMG_8376

Sang Arjuna Permata Hati Adinda

Hahahaha rasanya ni first time tajuk utama aku menggelikan hati, jantung, usus, etc.etc.etc. Ada apa pada tajuk? Aahhh abaikan rasa geli tu, sekarang ni aku nak berdrama swasta penerbitan imaginasi aku sendiri. Hihi.

Millenium ini (cehhh dah macam nak buat karangan Pengajian Am), kita yang perempuan single mingle, solo molo ni dah terlalu banyak di-omok-kan dengan ciri-ciri lelaki idaman yang-boleh-dibuat-suami. Dalam novel, drama kat tv, suami bloggers, blah blah blah blah blah. Tu belum cakap dalam drama melayu, ciri dia mesti anak jutawan, ada kereta sport, pakai hp nak up-to-date, romantik, ramai peminat. Dalam novel pun sama je, sampai meleyleh air liur baca ciri-ciri tu. Haha okkk tu tipu. Dalam drama korea, muka hero tak payah cakap la. Yang buat plastic surgery, da macam barbie doll muka hero ye. Cantik okkk kulit dorang, kalah kulit aku. Drama omputeh, hero mestilah berbadan ketak-ketak sebab banyak lawan orang jahat kaaan. Drama tamil/hindustan, hero kena pandai menari, nak beromantik dengan makwe kenalah menyanyi & menari. Hahaha.

Semuaaaa tu buat perempuan kat luar sana berangan tak sudah, termasuklah aku.

A.K.U

Wehhh kemon laaahh. Mana wujud manusia yang perfecto, sexy, suave, straight. Itu semua hanya lakonan semata-mata. Wake up NADIRAH!!! Kalau betul pun ada, pasti akan ada kekurangan dirinya yang hanya dia dan Allah saja yang tahu. Tapi mungkin sebab dia tahu diri dia ada kekurangan, dia perhebatkan kelebihan dia yang lain untuk menutup kekurangannya itu. Macam diri aku jugak, aku tahu aku ni jenis cepat marah tapi aku tutup dengan perbanyakkan membaca kata-kata positif supaya aku tak mudah marah lagi. Eh.

Haaa membaca tu boleh dikategori kelebihan ke? Sebab aku kan suka membaca.

Apa-apa pun, aku tak kisah lah. Dunia ni makin kekurangan manusia yang berjaya luar dan dalam. Mata boleh menipu pandangan kita, yang penting dia tahu mana letak Iman dan Islam dalam diri dia. Aku nak describe lebih pasal lelaki idaman hati adinda pun, tak boleh jugak. Aku ni bukanlah kategori idaman hati kekanda. Hahaha.

Yang paling penting arjuna itu mampu menyesuaikan dirinya dalam kalangan keluarga aku. Kalau dia tak selesa, aku akan cuba bantu dia jadi selesa supaya dia buat yang sama kalau aku dalam situasi tu. Asal punya usaha. Yang kedua penting arjuna itu mampu membantu aku melaksanakan hal rumahtangga. Kalau dia tak reti, apa dia ingat aku ni terlebih reti? Haha maksud aku sesama la bantu-membantu. Aku ni bukan robot boleh buat kerja 24/7. Memanglah isteri solehah adalah isteri yang tak banyak merungut, tapi tak salah kalau meringankan mulut aku untuk memuji “kaulah arjuna permata hati adinda” tiapkali dia menolong melakukan tugasan rumahtangga. Yang ketiga penting arjuna itu mempunyai kehidupan yang sihat jasmani, rohani dan minda. Secara tak langsung aku akan terikut dengan cara kehidupan dia dan ianya amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Haha fikiran yang maju kehadapan!

Rupa paras, kewangan, kerjaya, aset semua tu dah seem to be the hardest part. Siapa yang taknak rupa yang menawan, siapa yang taknak kewangan yang stabil, siapa yang taknak kerjaya yang mantap dan siapa yang taknak aset bernilai. Asal rupa sang arjuna bisa membuat hati ini tenang dan tak jemu mata ini memandang, asal kewangan sang arjuna boleh menampung kehidupan sekarang, asal kerjaya sang arjuna mengenal siang dan malam, asal aset sang arjuna tidak membuatkan dia mahu ‘menambah’ lagi seorang. Itu semua sudah cukup bagi adinda.

C.U.K.U.P

(kalau dapat semua itu bonus dunia yang Allah beri. Harap menjadi bonus menuju akhirat sana)

Kalau nak ikutkan ciri lelaki idaman, aku nak rupa yang macam arjun rampal, badan & tinggi lampai macam zac efron, romantik macam tik jesadapon, jutawan muda macam sm faliq. Haaa hado ke lelaki macam ni? Hahaha nan hado ek! Imaginasi tinggi sangat, takut jatuh tak ada tilam kat darat. Sia-sia sakit kudrat.

P/s : agak-agak ada tak lelaki yang anti-social media tapi family oriented. Biar aku je yang layan facebook, instagram, twitter, blogging. Dia hanya layan aku je. Eh. Hahaha maksud aku dia tak buang masa la surfing usha perempuan lain kat facebook, insta. kehkehkeh

Floria @ Putrajaya.

Akhirnya Tahun 2014 baru aku dapat pergi ke Putrajaya Flower & Garden Festival. wuwuwuu… Tahun ni bertemakan ‘Mesmerizing Colours’ memang terbaiklah. Tapi tak boleh nak compare la dengan tahun-tahun sebelum ini sebab aku pun baru !st time. hakhak…

Kononnya planned nak pergi banyak kali sebab nak merayau satu persatu. Tapi tak tercapai dek akal. Kat Presint 4, mana ada bas lalu. Kalau ada pun kena amik shuttle bus kat Sentral. aaahhhh taknak aku buat keje 2 3 kali. So, at last dapat pergi sekali je. Itupun malam, nampak tak nampak je bunga. 😦

Kebetulan, kak nany nak bawa anak2 dia. Aku pun joined together. heee… Aku macam terpaku plak tengok banyak sangat bunga, hiasan, dekorasi. MashaAllah , tetibe rasa macam jatuh hati dengan bunga. hahaha peliks. Hari tu beria kata bukan minah bunga, kan dah terkena. Bila dah rasa ala princess, mulalah aku dok berangan kejenye. haha…

IMG_2635