Tentang Sesuatu.

aa

Sejak akhir-akhir ni, masa aku dalam LRT nak pergi kerja atau turun ke KL  tiapkali terpandang kakak yang dukung anak ke, suami isteri yang bawa anak-anak keluar jalan, mulalah dalam hati tu berangan “macam tu ke aku nanti ye?” , “agaknya suami aku sama-sama tolong jaga anak-anak macam lelaki tu tak?” , “kalau aku nanti, aku marah-marah anak kat depan public tak?” dan ianya berterusan sampailah aku sampai ke destinasi aku. Memanglah kasih aku sekarang ni semuanya pada Kakak & Adik & anak2 sahabat aku but still satu sudut dalam hati ni nak ada zuriat yang lahir dari rahim aku sendiri, insyAllah. Selagi situasi tu ada depan mata aku, selagi tu lah macam-macam persoalan dalam kotak fikiran aku. Pernah sekali aku tunggu ma kat luar washroom dalam Sogo, sorang kakak ni jalan pegang tangan anak lelaki & adik/kakak dia pegang lagi sorang anak perempuan. Dorang lalu depan aku lah kiranya, si anak lelaki ni tak tahu la merengek nak apa lepastu si emak ni pulak mungkin letih ke tak sihat ke terus tengking anak dia supaya tak mengada-ngada lepastu dia cubit ke pukul bahu anak lelaki tu. Aku hanya mampu pandang jela dan berfikir patut ke tak patut macam tu. Yang aku pernah baca, mak ayah tak sepatutnya marah ataupun hukum anak-anak depan public sebab boleh menjatuhkan tahap self-esteem dan keyakinan si anak bila meningkat besar. Hurmmm… lepas tu terus aku tanya ma, dulu masa ma bawa aku dengan nabil keluar pernah tak ma marah-marah kami atau pukul kami depan public… aku memang tahu dah jawapannya sebab seingat aku ma tak pernah pukul atau tengking anak-anak bila kat kawasan public. Paling tak pun ma besarkan mata je bagi warning ataupun tak layan kerenah kami. Dan kami pun faham-faham sendiri laaa. Huhuhu… ok berbalik pada jawapan ma, sebelum ma bawa kami keluar memang akan alas perut dulu kat rumah so that takdelah kami mengamuk sebab lapar atau merengek. Dan ma akan pesan kat masing-masing yang kita keluar ni tak nak beli apa-apa, keluar jalan je atau keluar beli apa yang perlu je. Ye aku ingat semua tu tapi aku tahu aku masih lagi merengek minta itu ini bila keluar. Ayah selalu je cakap “kalau bawa dirah keluar, semua nak beli. Kalau boleh satu Jaya Jusco tu dia nak.” Hahahaha kenangan sangat.

Semua tu hanya angan-angan aku entah bila akan tertunai. Only Him knows when is the right time for me. Lagi beberapa hari aku akan masuk ke tahun 26, tapi masih lagi tak ada teman istimewa. Semuanya tak menjadi, tak sampai sebulan dah bawa haluan masing-masing. Aku tak tahulah samada perempuan yang sama situasi macam aku lalui ni, terfikir atau tak hal ni. Tapi aku boleh katakan hampir 80% akan berfikir yang sama sebab fitrah manusia yang ingin berpasang-pasangan, yang ingin dikasihi dan mengasihi, yang menginginkan perbualan serius mengenai masa depan bersama, yang ingin membina keluarga hingga ke syurga dan sebagainya. Tiap orang berlainan definisi kahwin mereka. Ada yang kahwin kerana cinta, ada yang kahwin kerana ingin membahagiakan orang sekeliling, ada yang kahwin kerana harta dan mungkin ada juga yang kahwin kerana takut keseorangan memandangkan orang keliling dia dah berteman/berkeluarga. Aku tak tahu apa sebenarnya definisi kahwin bagi aku, yang aku tahu aku inginkan seorang pasangan yang akan menjadi teman suka duka aku, teman pemberi semangat aku, teman pembawa aku ke jalan Allah SWT dan aku inginkan dia sebagai imam aku didunia dan akhirat. Dan aku ingin menjadi bidadari dia didunia dan akhirat. insyaAllah…

“Jangan memilih seseorang kerana dia sempurna. Tapi pilihlah seseorang yang akan buat diri kau rasa sempurna apabila bersama dia.”

Kadang-kadang orang keliling aku kata aku penakut, aku tak boleh move on, aku jual mahal, aku memilih dan macam-macam lagi. Tapi yang sebenarnya aku memang penakut, aku takut untuk kecewa. Aku takut untuk mencuba. Aku takut sebab hampir 11 tahun aku dengar cerita kawan-kawan yang putus cinta, baca mengenai perpisahan/penceraian. Semuanya hampir sama iaitu lelaki tersebut ada teman yang baru. Memang betullah hati manusia mudah untuk berubah, yang kita mampu hanyalah berdoa semoga Allah tetapkan hati kita pada perkara yang baik dan semoga hati kita tidak menghancurkan hati orang lain. Bila aku selalu diomokkan cerita-cerita sedih dan sakit ni, secara automatik aku tutup hati aku supaya tak mudah terima seseorang dalam hidup aku. Bila aku cakap kat ma, takutlah kalau nanti bila dah kahwin tup tup lelaki tu ada orang lain dalam hidup dia ataupun lelaki tu ada sejarah penyakit gila yang suka pukul orang. Ataupun lelaki tu sebenarnya orang jahat yang berpura-pura. Tapi ma pesan supaya sentiasa DOA. Berdoa supaya Allah jauhkan kita dari orang yang dengki, supaya kita jauh dari orang tak baik. Berdoa supaya Allah hadirkan seseorang atau mereka yang baik mengelilingi kita.

How can I love when I’m afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow. – A Thousand Years by Christina Perri

Bila difikirkan balik, aku sanggup ke untuk berpisah dengan ayah ma bila aku dah kahwin nanti? Buatnya aku kena pergi jauh dari keluarga untuk hidup dengan suami, mampu ke aku untuk kuat sendiri? Aku pernah baca satu artikel ni, kalau suami isteri hidup jauh dari keluarga atau kenalan, hubungan keduanya akan lebih kukuh sebab masing-masing akan berpaut sesama sendiri dan tolerate kerana keduanya yang akan sentiasa bersama semasa jatuh bangun dalam membina keluarga mawaddah wa rahmah. Semoga sang suami akan kekal menjadi nakhoda yang jujur dan penyayang, manakala sang isteri akan kekal menjadi anak kapal yang setia dan lemah lembut.

2016.

Alhamdulillah, masih Allah berikan peluang hidup hingga waktu ini. Semoga tahun 2016 memberi banyak memori yang manis untuk diingati 🙂

Permulaan 2016 ni saja dah bagi kenangan kat diri aku. huhu syok sangat sebab akhirnya berjaya unlocked pencapaian yang kononnya aku nak capai.

1. Rooftop, One City

Sempena cuti tahun baru, kononnya nak shopping untuk diri sendiri kat Bangi Sentral tu dengan Tasha. Penat tawaf keliling tu tapi banyak je yang tak berkenan. huhu akhirnya bawa balik 1 helai shawl je. Tasha bawa pergi One City, USJ  dekat kawasan Puchong tu saja cabar diri lalu kat glass floor yang terletak di ting. 10 weh! Naik lif tak gayat la tapi bila realiti lalu kat lantai tu, pwehhh ketar lutut rasa jalan atas angin je bila pandang ke bawah.

2. Victoria Station, Kota Damansara

Kebetulan sangat. Aku memang teringin nak makan steak dari beberapa minggu lepas, masa family gathering akhirnya ke restoran steak haluan kami. Pwehhh bila kira gross total ada dalam 1k makan untuk 18 kepala. Menangis tengok resit… Alhamdulillah dah lama tak berkumpul, update cerita masing-masing sambil makan sedap. heee… Aku memang tak lepaskan peluang order Rib Eye Steak (medium well) RM70++

3. Giant Bubbles at Setia City Mall

Tasha bawa jenjalan kat Setia City Mall, fuuhh besar jugak macam Mid Valley sikit. Takpun macam Alamanda. Mula nak main bowling tapi ramai plak, kena Q nama. Akhirnya ke padang luar tu, main giant bubbles. hihihi best nya!!!!! Dah lama teringin nak main kat Taman Layang-Layang tapi sampai sudah tak berkesempatan. Jakun. Sangat jakun & perangai automatik berubah jadi childish.

Akhir kata, dalam masa 3 hari tu permulaan kenangan yang buat aku gembira untuk tahun 2016 ni. Setelah melalui kemelut 2015, aku tahu masih ada lagi kekosongan dalam hidup aku untuk diisi dengan perkara-perkara yang menyenangkan hati. Syukur Ya Allah.

Dua Puluh Lima.

Alhamdulillah diizinkan Allah SWT untuk aku terus bernafas dan mengumpul amal ibadah buat bekalan akhirat nanti. I’m blessed. truly blessed. Masih bersama insan-insan yang aku sayang, masih berupaya untuk mencari rezeki dari Allah, masih sihat tubuh badan, masih mencuba untuk menjadi Muslimah yang baik.

Semoga hutang-hutang yang menghimpit aku dan keluargaku akan diselesaikan satu persatu. insyaAllah…

Takde official gambar pun, cuma untuk kenangan yang diberi mereka 🙂

Alhamdulillah… 🙂

Pandang Tepi Pandang Depan Selalu. Pandang Belakang Jika Perlu.

“Past is past.”

Sebenarnya aku tak nak coretkan sesuatu yang dah lepas atau yang tinggalkan kenangan tak berapa manis, tapi tak apalah. Mungkin ini untuk dijadikan salah satu topik dalam beribu topik sepanjang hidup NIK NADIRAH BINTI NIK AZLI. Ada je cerita lepas yang manis untuk dikenang 🙂

Hari ni boleh dikatakan genap 10 hari aku mula kerja baru. Jauh dari bidang yang aku belajar dulu. Jauh dari impian ayah & jauh dari rumahlah, semestinya. (still in KL la tapi…)

Aku sendiri tak tahu apa yang sesuai untuk diri aku. Selama hampir 8 bulan aku kerja dalam bidang yang aku belajar masa diploma, macam serba tak kena je. tak tahu sama ada sebab karier tu tak sesuai untuk aku atau aku sendiri yang tak boleh terima beban kerja.

Cuma sekarang ni aku tengah adapt diri aku untuk kerja yang lebih kepada duduk dalam ofis, hanya kontrak 6 bulan je tapi tengoklah keputusannya nanti untuk perbandingan. (tapi aku tengah tunggu November, nak apply pramugari kat Jeddah. shhh)

Banyak jugak kesilapan yang aku buat sepanjang 8 bulan yang lalu. Aku tak tahu apa yang mendorong aku untuk jadi seperti tu. Allah… Sekarang ni aku cuba untuk plan apa yang aku nak buat untuk sepanjang 4 bulan lagi dalam tahun 2015 ni. Itupun tak tahu masihkah sempat aku tunaikan dulu hasrat aku tu sebelum ajal sampai. Mungkin nanti aku dah boleh senaraikan & simpan kat sini. So that, senang aku nak refer bila terlupa. Sekarang ni aku cuma nak rancang yang terbaik untuk masa-masa hadapan dan yang pastinya nak libatkan sekali mereka yang berada di keliling aku. Keluarga & Kawan.

Hashtag sayu.

Tetibe tadi rasa macam sedih je hati. Rasa macam “kalaulah ada mesin putar masa…” “kalaulah semua orang boleh berkumpul…” “kalaulah….” and it goes repeatedly…

Sebenarnya masa tengok tv tadi dengan ayah ma, tetibe tak tahu kenapa hati rasa macam sedih je bila fikirkan sekarang ni dah susah nak berkumpul satu keluarga. Ada je yang tak cukup korum.Tapi bila waras sikit, bersyukur tiap yang berlaku ada kebaikan yang Allah berikan.

haha macam budak-budak je, tapi itulah perempuan. jiwa sensitif walau kuat mana dia, walau garang mana dia.

Mungkin sebab sindrom tak sihat ni jiwa cepat sangat rasa cengeng dan mengada-ngada.