“Luruh Hatiku” ke Aussie. (Melbourne)

Assalamualaikum Lady D! Allahu hampir 3 bulan baru sempat nak tampal kenangan dalam ni. Sibuk naw naw, asal dapat free time je aku lebih rela tidur atau scroll Instagram untuk rehatkan diri. Huhu paling syok kalau tidur, ganti rugi setelah 5 hari keje non-stop.  Takpelah, yang penting kenangan tu masih segar dalam ingatanku dan insyaAllah hingga ke mati.

Holiday kali ni pun sama macam sebelum ni, 2 bulan sebelum tarikh baru plan. Sepatutnya bulan 7 selepas raya tapi itulah, perancangan Allah paling tertinggi. Aku amik masa 2 bulan tu lah buat research & prepare segala keperluan. Alhamdulillah kali ni pun masih lagi atas sebab yang sama iaitu ‘kerja’ dan dengan izin-Nya, kos untuk aku ditanggung semua kecuali duit shopping la pepandai aku simpan duit gaji. Huhu… takdelah nak research sangat sebab booked dengan ejen kat sana, rakyat Malaysia so semuanya ditanggung beres. Hanya perlu sediakan tenaga & mental 😉

Sebulan sebelum tarikh, timbul isu cuti staff kena freeze sebab e-Tanah nak GoLive seminggu selepas tarikh aku berangkat. Nak minta cuti pun memang tak diluluskan, siap kena bagi attachment untuk surat mohon cuti tu. Aku memang dah down gile sbb tiket semua dah beli kottt! Berlalulah hari-hari kat ofis dengan wajah yang sugul. Muahaha… akhirnya dapat kata putus, GoLive tarikh dalam bulan Ramadhan nanti. Maka berangkatlah segerombolan manusia ke Melbourne, Australia. Details :

Tarikh : 07/05/2017-11/05/2017

Lokasi : Melbourne, Australia

Matawang : 1 AUD = RM3.28

Musim : Luruh

Suhu : 10’c ~15’c

Beza waktu antara Oz dan Malaysia, sana cepat 2 jam so takdelah aku jet-lagged sangat. Cuaca sangat indah & nyaman, tak perlu pakai jaket tebal sangat tapi aku tetap bawa satu incase aku tak tahan sejuk & satu jaket sederhana tebal untuk hari-hari biasa. Suhu masa tu dalam 10-15’c tapi tak sesejuk kat Jepun haritu, daun-daun Maple yang kekuningan ada sikit je kat beberapa tempat but then alhamdulillah got the chance to experience it and touch the leaves as I always dream about that Mohabbatein Bollymovie. Hahaha mulalah lagu-lagu dalam cerita tu berkumandang kat telinga aku ni.

Melbourne got so many tourist attractions but time constraint. Hence, we do not have much time to cover all… It’s okay babe, at least I had that opportunity. In fact, Oz has been always in my list since I can’t pursue my study there in 2008. (It’s for free guys! Just study and baby-sits 2 kids. But Allah knows best) Oklah, sambung semula cerita di Melbourne. Tempat tinggal memang selesa! 5 bintang! Apartment 2 bilik siap dengan ruang tamu, dapur, tandas. Ada balkoni mengadap pemandangan bandar yang cantik tapi sayang satu gambar pun aku tak snap. “A crystal vision in the heart of Melbourne, Marco Melbourne” (42-48 Balston Street Southbank Melbourne, Victoria Australia)

Trip yang aku discover sepanjang 5h 4m tu, antaranya :

1.       Phillip Island

2.       Great Ocean Road

3.       Melbourne City

Untuk hari pertama, 08/05/2017 ke Phillip Island. Tempat pertama yang dituju adalah Chocolate Factory. Dari Southbank hampir 2 jam jugaklah. Terus makan tengahari, aku makan chicken curry + rice. Memang berbeza sangat rasa karinya. Hahaha tapi telan jela harga RM30 kot, tak habis sebab perut sebu. Teruskan perjalanan ke Churchill Island Heritage Farm, The Nobbies, Penguin Parade, Cowrie Beach, Cowes & Summerland Scenic Route. Tak sempat masuk Phillip Island Wildlife Park sebab tutup 5pm, kami sampai dalam 5.30pm. sedih tak dapat bermesra dengan kangaru.

IMG_6281

Happy birthday kakak! May Allah shower you His blessing and mercy upon you sayang Tiya.

Hari kedua 09/07/2017, jenjalan kat Melbourne City, destinasi pertama adalah Queen Victoria Markets untuk beli souvenirs yang diidamkan sebab takut tak sempat kalau shopping hari terakhir. As usual, I bought fridge magnets, key chains and coin purse for them in Malaysia. Lepastu breakfast kat taman ala piknik katanya. Huhu.. Teruskan perjalanan ke Federation Square, Shrine of Remembrance (pic below), naik trem tapi tak ingat dari stesen apa ke stesen apa, Flinders Street Railway Station. Hari kedua ni relax sikit tak terburu-buru sebab kawasan nak lawat adalah sekitar bandar je. Waktu malam kat sini cepat pukul5 dah start gelap sebab masuk Maghrib, tapi orang Melbourne still lepak kat kawasan bandar tu sepanjang area Yarra River. Ada singgah ke Direct Factory Outlet Essendon tapi aku terlupa gilaaa waktu pagi atau petang *sigh*.

IMG_4075

Hari terakhir berjalan adalah trip ke Great Ocean Road.  Trip ni mencabar mental dan fizikal sebab perjalanan yang terlalu lama, nasib baik tak drive sendiri duduk saja pun letih weh apatah drive!!! Mula perjalanan jam 8pagi sbb takut tak sempat sampai airport untuk check-in pukul 8 malam. Sepanjang perjalanan GOR, tanah lapang penuh dengan lembu, kangaroo. Senang sangat nak nampak tapi tu lah, mungkin liar. Wallabi pun ada kat padang besar tu, kecik sikit dari kanggaru. Bila dah sampai kat destinasi, sepanjang jalan tu lautan yg luas dan biru. Dah sama macam langit. Subhanallah puas hati lepas penat makan tidur hampir 3 jam dalam van. Sesekali melayan keletah anak-anak kecil, hilang bosan 🙂 sehingga 7 malam baru sampai kat destinasi akhir iaitu GOR Memorial Arch. Turun sikit kat tepi pokok-pokok tu, terus sampai ke pantai pasir putih & halus. Senja plak tu, tengok matahari terbenam. Terus ke Melbourne Airport, Victoria. (formerly known as Tullamarine Airport). Tak silap aku, tour guide iaitu En. Amir & En. Ganteng ada cerita sikit pasal airport ni sebenarnya gantikan Essendon Airport yang dah jadi kawasan untuk aircraft yang besar je. Jadi kawasan kargo alaa macam LCCT kan sekarang dah berpindah jadi KLIA2. It is the second busiest airport in Australia.

1-Day-GreatOceanRoadTour-Route-Map

(Google)

IMG_1072

Loch Ard Gorge (ihsan dari Isma)

Begitulah percutian kali ni, pengalaman baru, negara dan musim yang berlainan, serta kenalan yang baru. Alhamdulillah rezeki aku. *tears* kali ni aku tak shopping banyak. Hanya untuk mereka yang dekat sahaja, lebih kepada menikmati masa lapang. Memula nak beli something untuk dia, tapi bila fikir balik “ahhh tak payah nak beria la Nadirah!” hurmm.

FCUN4058

I love the touch of ocean breeze on my skin

 

Breakdown kali ni tak sempat nak simpan, dah lama sangat hilang ingatan dah. huhu… Tapi kali ni aku tukar duit Malaysian Ringgit banyak jugak dalam RM2,000.00 tapi belanja sikit je. Dapat balik RM1,200 di mana aku shopping + BLD dalam RM800.00 sahaja.

Aussie – checked √

Kangaroo – checked √

Maple + Autumn – checked √

 

Hello Kitty @ Hello Johor.

Lama sangat baru nak post bercuti kat Johor Darul Takzim. Sebenarnya takde la bercuti pun, lebih kepada idea nak bawa Kakak & Adik pergi Hello Kitty Town je. Kebetulan one of my officemates buat majlis sanding kat Pontian, singgah sebentar la. Tengok adat orang Johor buat “tol” utk rombongan pengantin lelaki. hehe interesting! Lepas tu terus ke hotel untuk check-in. Alhamdulillah Hotel Ariana @ Iskandar sangat selesa and affordable. Booked without deposit at booking.com and the best part, free-cancellation in case tak jadi pergi. 23/12/2016-25/12/2016 tarikh yang dipilih sebab cuti free Isnin tu, why not? 🙂

Macam biasa, bercuti sambil menikmati lazatnya makanan tradisi/popular kat kawasan tersebut. Kononnya kena try ZZ Sup Tulang, tapi tak tahulah kenapa yang kat belakang hospital tu tutup. Samada tutup atau pindah kedai. Pusing punya pusing, masing-masing dah lapar, singgah je kat Malay Village Restaurant. Quite popular jugak sebab masa ktorang masuk macam takde orang sangat tapi lepas beberapa ketika, makin ramai group of people singgah makan. Makanan pun sedap & servis pantas. Waktu malam, pergi Kilang Bateri katanya tempat membeli belah tapi bagi aku takde apa yang best pun. Kedai baju macam kat Times Square je, kalau best pun kat food court ada banyak kedai makan yang unik. Tapi sebab padat dengan manusia, ktorang hanya beli makanan yang boleh dibawa pulang je. Terperasan jugaklah kedai Chicken Chop sedap tu, panjang betul Q nya tak sampai hati hakak nak join the line. hahaha…

Hari kedua, keluar awal pagi sarapan kat kedai yang terdekat lepastu gerak terus ke Puteri Harbour untuk grab the early bird tickets. Takut jugak kalau sold out, merajuk laaa dua anak kecik tu tak dapat masuk Hello Kitty Town. huhu… Alhamdulillah we managed to get the lower price for the package! Instead of one theme, we got both with only RM60+/person. Sangat murah banding kalau beli online. Hampir 4 jam jugaklah dalam tu dengan activities, photoshoots, shows, etc. Macam tak percaya aku masuk Hello Kitty Town padahal bukan minat pun tempat-tempat macam tu. Haritu kat Jepun pun, tak sangka masuk Disneyland. huhu rezeki. Petang tu terus pergi Johor Premium Outlet padahal takde lah nak shopping pun. Lebih kepada jalan-jalan amik angin orang Johor. Malam tu terus tuju kedai makan, cari jugaklah kedai yang recommended untuk try sup gearbox tapi tak ingatlah nama kedai tu. Sebelum balik hotel singgah Pasar Karat tapi biasa je macam uptown kat KL. Jumpa jugak roti pelangi yang teringin sangat tu. hahaha rasa sama je macam roti buku biasa tu cumanya colourful. Beli sampai 2 bungkus bawa balik tapi akhirnya tak makan habis.

Sepatutnya, bercuti 2H 1M je tapi sebab nak masukkan jugak Forest City dalam senarai, aku & Tasha extend lagi satu malam padahal aku dah start demam selesema. Sepanjang kat Johor Bahru, memang selalu hujan tapi tak lebat lah. Entah macam mana aku boleh terlembik plak kali ni kena hujan sikit-sikit tapi terus demam. huhu Allahu… Check-out hari ketiga awal sikit sebab nak pergi sarapan kat Medan Selera Bomba Larkin, nak try Kacang Pool Haji. fuuhhh memang sedap lah, rasa macam nak beli lagi tapi sebab tekak tak best tu yang terpaksa kuburkan niat. Terus ke Forest City yang kat penghujung Semenanjung tu. Mengantuk. Best jugak pergi sana, semuanya berunsurkan environmental friendly. Tengok mock-up yang dipamerkan tu, memang besar kawasan untuk ditambak dan banyak sangat rumah landed/strata yang akan dibina. Tapi rasa macam kolaborasi antara Johor-China. Entah, tak habis research pasal Forest City tu. Sebelum balik, Tasha ajak masuk 3D art gallery. Pusing dan pusing, jumpa jugak Kuso Trick Art, harga tiket dalam RM20+ tak ingat jugak. hahaha… Mula-mula tak berminat, but yeaah it’s not bad either.

Sampai rumah dalam 10 lebih, badan dah penat sangat dan akhirnya EL esoknya sebab tak boleh nak angkat kepala. Melepek lah kat rumah seharian, tidur bagi hilang penat dan pening.

IMG_9987

ummi dan cik temah & cik joyah

IMG_3001

Boleh saya jadi bidadari awak? hiks

 

Johor Bahru – checked √

Kacang Pool – checked √

Bulgogi.

Tasha ajak temankan dia tukar hp yang rosak tu (masuk air masa snorkeling kat Perhentian) kat Mid Valley. Mira pun ada sebab dia semester break jadinya kita pun berjalan-jalan orang bujang lah, while Elin dup dap dup dap kat Klate jadi tunangan orang. huhuhu… Lepas penat ulang alik, akhirnya penuhi perut dengan makanan Korea kat The Gardens. Tasha cakap birthday treat sekali untuk Mira dan aku. hahaha

Akhirnya dapat makan bbq daging sedap dan lembut tapi sayangnya tak dapat nak nikmati sangat sebab gusi hakak tak baik lagi *crying*

IMG_8245

IMG_8246

IMG_8247

IMG_8249

IMG_8263

IMG_8267

IMG_8268

IMG_8264

This is the right way to taste the juicy of lettuce and bulgogi

.

.

.

Nanti boleh datang lagi dengan yang lain jugak. Really recommended! Tak ramai orang dan servis yang cepat dan boleh makan dengan tenang ♥♥♥

 

 

Iftar 2016.

Alhamdulillah menjadi jugak spontaneous plan untuk ber-iftar sesama geng diploma. Dalam seminggu discuss dan akhirnya decided untuk perempuan je. no boys are allowed. hahaha lagipun open plan haritu dorang dah join masa Ariff belanja iftar kat Kg. Baru, tapi aku tak join la. So, dah alang-alang Hanim ajak iftar sesama aku pun ajaklah Yuni & Munirah sekali. Ajak geng kat Shah Alam jugak.

Semuanya yuni yang aturkan, akhirnya makan dan berkumpul kat restoran Thai kat Seksyen 12 kot (lupaa). Makanan dia boleh tahan sedap dan ramai jugak yang berbuka kat situ. Steamboat style tapi kitorang amik ala carte je takut tak habis, tank memasing tak muat makan banyak bulan Ramadhan ni. Tapi insyaAllah akan datang semula untuk try. 😉

Yang bagusnya, dekat dengan toilet dan surau. This one i’ll give extra credit to the area!!!

Dah sudah makan dan solat dan sembang kosong, menuju ke I-city bawa Hanim & adik dia jalan-jalan tengok lampu jelaaa. Pusing punya pusing, pukul 1 jugaklah sampai rumah. nasib safika & aishah nak tolong hantar balik. huhu me love you both!

IMG_7700

IMG_7793

Dip & Dip with loved ones.

Setelah dua hari terkurung kat rumah jaga kakak & adik bersama Acu, akhirnya kak bila mai amik lepas Zohor bawa keluar ke Mall. IOI City Mall yang dituju. hahaha mengikut destinasi aku lah sebab nak makan dip & dip semata-mata.

Sebenarnya dua hari tu ada je keluar, Acu bawa naik motor jalan amik angin petang.

Berpusing jugaklah cari cafe dip & dip tu, akhirnya jumpa jugak dan tak ramai orang. huhu…

Pilihan aku, pakai order je sebab tak tahu apa yang kena dengan selera aku sebab first time kan. Pakai tembak jelaaa…

Overall, manis macam biasalah. kan dessert, haruslah manis leting. Aku yang habiskan semuanya sebab dorang semua tak nak makan dah. haiihh nasib baik Acu yang belanja. Lepas ni kalau pergi lagi Dip & Dip, kena try yang lain plak. Tapi buat masa ni, cukuplah dulu. Dah nak masuk Ramadhan Kareem. ^_^

 IMG_7584

 

My Favourite Fs.

Food is my passion,

Friday was my birth day,

Fateha is one of my favorite person.

Akhirnya di petang Jumaat yang indah, dapat jugak jumpa seorang gadis yang sentiasa menceriakan hari-hari aku especially waktu mood aku tak okay. Kenal gadis ni sejak part 1 Diploma kat Perak dulu. Hari pertama je dah ngam walaupun dia pendiam sambil tengok je mak & kakak-kakak dia kemaskan almari, katil & beg dia. Hahahaha gile kau mena, manja betul padahal rumah kat Sungkai je!

Aku, Mena, Malin & Yuni sentiasa je contact melalui WhatsApp, walaupun jarang jumpa. Ermm rasanya tak pernah jadi plan. Last berkumpul 4 orang, masa aku dan yuni convo. *sobbing* tapi takpelah, moga semuanya dalam jagaan Allah SWT. Ameen… tapi tak bermakna tak boleh nak sudden plan jumpa lepas kerja. Yuni memang jauh la nak berkejar ke KL, malin plak tak turun KL. Jadinya, aku dan mena jelah buat short and crazy meet up.

So, sementara tunggu nak solat maghrib, kami pergi mengenyangkan perut. Aku cadangkan makan kat B.bap Korean Food. Dah lama teringin nak cuba korean food selain Dubu-Dubu, aku nak yakinkan diri apa yang sedap korean’s ni berbanding japanese’s. Mena pilih O Jing Eo Bokem (stir fried squid), aku pilih Tteok Bokki (fried rice cake) and Chicken Jajang Myeon (black bean paste with noodle). Aku saja pilih lebih, disebabkan portion besar boleh kongsi rasa dengan mena. At least, takde lah aku membazir kalau makan sorang je.

Lepas 2 3 suap untuk tiap makanan, okay aku surrender. Makanan korea bukan ikut citarasa aku. Mungkin lah, (mungkin) ada makanan korea lain yang aku tak pernah cuba lagi yang sedap. Tapi buat masa ni, aku pilih japanese’s. Akhir kata, hari jumaat tu hari yang bahagia. Kalaulah malin dan yuni pun ada, bertambah kali ganda bahagia. 🙂

Yang aku tahu B.bap Korean Food ni ada kat Nu Sentral, Avenue K, IOI City Mall Putrajaya.