Wisdom is not really ‘wise’.

Kali ni masuk dua kali dalam seumur hidup aku kena ujian sakit dibahagian geraham bongsu/geraham bijaksana/impacted tooth/wisdom tooth. Aku panggil geraham bongsu je. First time, raya tahun lepas. Tak silap aku raya ketiga start sakit, masa tu dah nak balik KL dari Kelantan. Aku expect waktu tu sakit geraham B sebab banyak makan ayam dan daging. Biasalah, raya je aku akan mengunyah rendang tak henti. Sebelum ni Alhamdulillah sihat, tapi mungkin tiba waktu aku untuk hadapi ujian sebab selama geraham B aku tumbuh, aku tak hadapi masalah melainkan tumbuh senget dan orang keliling plak mengadu sakit geraham B nak tumbuh sampai demam bengkak muka.

Rupanya sakit tu bukan sebab geraham B semata, gusi yang tutup separuh gigi geraham B aku tu bengkak. Mungkin akibat terlalu banyak kunyah dalam sehari. selama dua tiga hari tu aku ingatkan daging/sisa ayam yang tersekat celah gigi Sakit tambahan, sakit tekak walaupun masa nak telan air liur dan sakit telinga kepala masa nak tidur. Sampaikan Che Ha bagi painkiller pills aku habiskan 5 biji tu dalam seminggu tiapkali nak tidur. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

wisdomteeth

inilah yang terjadi. mungkin sebab aku banyak makan dalam sehari, sisa makanan sekitar gigi geraham B tu ada lagi tu yang bakteria buat gusi aku bengkak

Aku ada baca sikit info pasal impacted tooth itupun lepas dah sakit gini cara.hahaha nangis Kiranya ni kali kedua waktu raya jugak! Akibat makan rendang dan sate banyak sangat haritu!!! Sakit sebelah kiri je, bersyukur sangat sebab last year kena both sides memang berdenyut rahang dan kepala tiapkali kepala aku kat lantai. Sakit yang sama la, gusi tutup separuh gigi geraham B tu bengkak, tekak sakit nak telan air atau makanan.Siap pakai koyok kat pipi tapi tak jadi apa pun, sakit masa nak tarik keluar habis rambut muka aku! Ada banyak jenis jugak cara wisdom tooth ni keluar dan mine is vertical impaction (partially). So, memang akan sakit gusi yang separuh tutup gigi geraham B aku tu sebab bila gigit makanan, gigi geraham atas akan tekan gusi tu. Akhirnya bila tak dibendung dan tak gosok bebetul, jadi bengkak.

wisdom types

Solution untuk kali ni, aku hanya mampu bertahan dan kumur Oradex Antibacterial Mouthwash yang dentist suggest haritu sebab aku mengadu sakit gusi kat gigi geraham B dan ada ulser. Aku beli kat farmasi je. Kelebihan dia sebab ada Chlorhexidine (http://www.oradex.my/product.html)

AntiBac20160410

InsyaAllah, ujian yang aku terima ni dapat menghapuskan dosa-dosa aku. Semoga aku kuat! Fighting!!! *sobbing*

wisdom-teeth

Gigi sayang jangan gaduh-gaduh ye, kesian aku.

Tooth Fairy.

Ingat tak filem yang The Rock berlakon jadi pari-pari comel sebab selama ni pelakon perempuan yang bawa watak pari-pari comel curi/ambil gigi orang untuk ditukarkan kepada mimpi yang baik-baik? Alaaa itupun sebab Derek Thompson didn’t believe that such thing bila anak dia simpan gigi bawah bantal. Bila satu pagi tu dia bangun tidur, muncul plak sayap pari-pari tu. dan bermulalah cerita yang buat orang kering gusi asek tergelak je.

Takde, sebenarnya nak cerita yang akhirnya aku pergi klinik gigi untuk cuci gigi atau bahasa tinggi dipanggil Dental Scaling or Scaling Teeth buang segala plaque (karang) and tartar kat celang gigi dan gusi tu. Serik nak pergi klinik kat Bangunan Suria tu sebab punya lama aku tunggu giliran, tup tup kejap je doktor tu check lepastu kata tak perlu cuci. terus aku trauma nak pergi klinik gigi. hahaha

Survey punya survey klinik kat Kg. Baru la, kat Sri Rampai la. Akhirya kat Presint 8 ni sendiri dah ada klinik gigi, so memang tak buang masa terus aku msg nombor hp yang ada untuk tanya harga & buat appointment. Nama klinik dan logo comel jeee, buat hati hakak terkinja-kinja tak sabar nak pergi.

Alhamdulillah doktor yang bertugas masa tu Dr. Hafizah, sangat peramah dan sembang-sembang terangkan apa yang aku kena buat. Pembantu dr. masa tu aku dengar nama Baya dan Mega pun baik, senyum je takdelah aku cuak sangat. tapi yang sebenarnya masa first round treatment tu aku dah menangis sebab tahan ngilu. bukan nangis, tetibe mengalir sendiri air mata tu. hahahaha. Rezeki bulan Ramadhan, aku dapat diskaun untuk consultation and dental checkup. RM100, dapat 30% less kena bayar RM70 sahaja.

Gambar tak sempat snap sebab pertama kali lepas 6 tahun, cuak + sedih je dalam otak ni. mengada sangat! So, gambar ihsan facebook klinik ni jelaa

Klinik Pergigian Toothie Tales

https://www.facebook.com/toothietalesputrajaya/?fref=nf

toothie tales

Post Mortem. #tiyatotokyo

Alhamdulillah selesai post untuk holiday kat Tokyo, Jepun. Punyalah aku excited nak cerita itinerary & tepek gambar banyak-banyak sampai lupa nak selitkan apa yang penting untuk dibawa. Yela, itukan first time aku bercuti pada musim sejuk. Banyak yang aku kena buat research & tanyakan pada orang yang berpengalaman. Paling penting buat price comparison untuk beli barang-barang yang aku tak pernah ada, kalau tak membazir je. Memanglah ada je kawan aku nak bagi pinjam tapi mana yang aku rasa mampu beli, aku beli je sendiri. Boleh buat simpanan, kot satu hari akan datang pergi bercuti lagi masa musim sejuk. Huhuhu… Jadinya, bila aku buat extra post ni bolehlah aku rujuk semula bila diperlukan nanti. insyaAllah…

Sebelum berangkat ke Jepun haritu, aku ada masa tak sampai sebulan je. SEBULAN. Tiap hari aku survey barang kat shopping complex (menipu jee, aku pergi hari minggu lepas kerja) lepas tu aku baca blogs, aku tengok google image, etc. Yela aku buat research apa yang paling penting kena bawa, di mana boleh aku beli, berapa harga mahal ke idok. Haaa yang untungnya masa tu baru dapat gaji, tambahan duit BR1M pun masuk. Alhamdulillah sangat dipermudahkan Allah. Okaylah, aku nak terus ke ultimate points. Bagi pelancong yang pertama kali macam aku ni nak melancong masa musim sejuk, ada beberapa la perkara yang kena wajib amik tahu. (terpaksa guna ehsan atok Google untuk guna gambar sebab aku tak snap pun yang personal aku guna)

  1. Weather Forecast

Yang ini download je apps kat dalam hp, lepastu search la tempat yang akan pergi. Yang aku haritu tiap minggu check suhu kat Tokyo, kejap below 10’c kejap above 10’c. Yang penting tetap sejuklaaaa. Kat Malaysia duduk dalam bangunan yang ber air-cond pun aku tak tahan, apatah lagi yang outdoor nya nanti lagi sejuk dari yang aku biasa lalui.pwehhh cuak je tiapkali aku check the weather -_-“

  1. Currency Exchange

Yang paling penting tukar duit RM ke Yen!!! Yang ni tiap hari aku pergi kaunter money changer kat main hall tu. Nasib baiklah kerja kat bank, takdelah susah sampaikan encik yang kerja kat situ macam dah kenal aku tiap hari tanya “staff rate untuk Yen, berapa ye?” . hikhikhik… Tapi aku still pergi cek kat kedai  money changer kat Nu Sentral & Putrajaya Sentral. Nak tengok berapa beza. Tapi ya ampuuun. Masa aku tukar duit yang pertama kali kat bank tu, itulah yang paling murah aku dapat. Rupanya tiap minggu makin naik, waktu tu kan RM jatuh teruk. Adehhh…

  1. Winter Jacket

Tarikh aku ke Tokyo,Jepun tu walaupun dah nak masuk musim bunga tapi disebabkan suhu masih rendah tetap kena standby winter jacket. Biarpun taknak pakai, at least ada bila nak guna. So, aku survey harga jacket kat UT/Cosas/Travel Winter/etc. semua mahal mak datokk, akhirnya aku pinjam je dari sahabat aku ni. Tup tup dia bagi yang baru yang sama size aku, biar besar tapi aku memang puas hati pakai sepanjang kat sana. Sebab aku try pakai yang lain, aku pinjam je dari dorang tapi aku still selesa gile dengan yang merah tu. Kononnya, aku pergilah survey yang wool jacket. Nak nampak elegant la kan macam victoria beckham ke, taylor swift ke. Tapi bila aku dah alami sendiri kat negara sejuk tu, ternyata kulit dan lemak aku tak sesuai untuk berpakaian nipis macam tu *sobbing* .  macam tu juga kasut, kemahen survey nak pakai boot lah kat sana. Tapi ternyata sport shoes lagi nyaman dan enak kerana banyak berjalan dan berlari dan berdiri. Hahaha

natalie

  1. Heattech (inner & legging)

Heattech ni adalah sejenis pakaian untuk cuaca sejuk, ada inner dan legging. Boleh cari kat UNIQLO atau mana-mana kedai pakaian musim salji. Nak murah dekat UNIQLO la sebab kedai lain mencecah ratusan ringgit. Inner & legging ni pakai lepas kita pakai panty & bra. Kiranya baju dan seluar yang paling ultimate sebelum pakai t-shirt berlapis-lapis. Tapi disebabkan aku dah buat survey & tanyakan pada kawan-kawan, aku tak beli pun heattech ni. Aku just bawa inner yang biasa aku pakai dengan blouse jarang tu & bawa legging biasa jeee. Haa berkali ganda aku save duit kat situ. Akmal yang beli heattech tu pun kata still rasa je sejuk & dia pakai t-shirt berlapis lagi banyak dari aku. Huhu

140522_m_heattech_bnr

 

  1. Muffler & Glove

For some people, not really important. But for me, it just for emergency incase I can’t stand the cold around my neck & numbness in hands. Bila dah ada waktu kejadian, memang aku sangat perlukan muffler and glove other than heatpack (nanti aku buka point yang lain). Muffler memang membantu untuk tutup hidung jugak sebab dah berair jadinya sedut angin sejuk. Aku dah siap-siap belajar cara ikatan biar nampak kemas dekat leher tu. Haaa bawah ni top 2 styles that caught my attention and aku memang selalu buat kat sana.

howtowearscarf1

Simple-Scarf-Knot

Untuk glove pulak, aku tak pasti ada berapa jenis tapi yang aku tahu kalau rasa tak ada nak pergi snow-skiing/snow-boarding, lebih baik bawa wool glove. Memang tebal dan boleh tahan dari sejuk. Nak nampak elegant dan ‘sakit’, pakailah leather glove. Hahaha…

  1. Heatpack/Heat pocket

Heatpack ni sejenis pemanas yang mobile. Boleh dibawa masa nak berjalan-jalan. Yela takkan lah nak angkut heater kat guesthouse tu bawa pergi Disneyland kaaan. Hahaha… heatpack ni ada 2 jenis, jenis letak dalam poket atau selit kat muffler dan jenis yang lekat kat baju. Aku beli both types tapi aku guna letak dalam poket je sebab bila lekat kat baju, kan tak gerak benda alah tu. Panas menggletik la belakang aku. Hahaha… Nasib baik ada jual kat daiso yang hanya berharga RM5.30 (naik sebab GST. Pwehh) ada 6-8 keping. Kalau beli dekat kedai UT/Travel Time tu, mahal nak mam la padahal ada 3-4 keping je. Dalam hidup aku ni kebanyakan barang yang aku guna dari daiso jeee. Murah + comel, macam kakton. Eh. Hiihihi… Cara pakai heatpack ni mudah je, buka plastik ni lepas tu genggam-genggam . Once dah rasa haba tu, letaklah dalam poket sambil masukkan tangan dalam poket tu. Yang aku boleh faham, heatpack ni macam tak function bila aku berada kat outdoor area. Tapi bila aku masuk tandas atau mall, it’s functioning as usual dan boleh tahan up to 8 hours.

tumblr_inline_no7oh0DCvl1sphy2o_500

  1. Plug Adapter

Aku selalu standby yang universal dengan yang biasa pakai kat rumah tu. So, mula-mula lekat yang universal adapter pastu baru lekatkan yang biasa 3-pin tu. Bolehlah guna 3 socket terus nak cas hp, powerbank, kamera,etc. universal adapter ni kalau tak silap dalam RM30, boleh je cari kat D.I.Y atau mana-mana kedai yang jual electric appliances. Sebabnya, plug pin Malaysia tak sama dengan negara lain selain UK. Beli sekali je, boleh bawa ke mana-mana negara melainkan kalau hilang kenalah beli baru *sigh*

plug

  1. Travel Toiletries Bag

Untuk beg yang ni aku suka jenis yang plastik compared to canvas. Dulu balik kampung, pakai je plastik rongak tu tapi bila dah meningkat dewasa ini pakailah yang kemas sikit. Huahuahua… dekat Watson ada, dekat Guardian ada. Kalau mahal, guna je ziplock plastic yang untuk letak sayur dalam peti tu.

kit

  1. Travel Pouch

Untuk memudahkan diri sendiri, tak bersepah dan nampak sikit wanita dalam diri, aku guna beberapa pouch untuk asingkan barang ikut jenis. Untuk ubat-ubatan (minyak kapak,minyak Mastika, heatpack, vicks, pads, pantiliners) dan untuk tata rias (bedak, sikat,losyen, moisturiser, lip balm, perfume). Sekurangnya takdelah sakit kepala nak cari bila dah buka luggage tu. Hahaha…

pouch

Cakap pasal losyen, aku difahamkan dan diingatkan untuk sentiasa pakai losyen berbakul-bakul tiapkali nak mulakan perjalanan. Sebab kulit rakyat Malaysia ni dianugerahkan untuk bertahan dengan cuaca di Malaysia, tapi bagi sesiapa yang tak ada masalah kulit bila pergi bercuti pada musim sejuk, amatlah beruntung. Pada mulanya aku ni dengar cerita orang jela yang dorang alami gatal-gatal satu badan bila tak pakai losyen masa bercuti. Tapi bila aku sendiri yang alami, hanya Allah yang tahu apa aku rasa. Hari ke-2 dah muncul bintik merah dekat tangan, kaki & badan aku. Gatalnya, tak boleh nak cerita. Malam dengan pagi memang sedap aku gosok. Padahal aku tak pernah miss sapu losyen kat satu badan. Kawan-kawan aku hanya alami kering dan gatal je, tapi lepas tu hilang. Aku je ke yang kena gatal teruk macam tu? *tears*

Aku bawa stok losyen 2 botol kecik, jenama Johnson&Johnson dengan Vaseline. Aku bawa hanyalah ikut citarasa bau yang aku suka, tapi yang sebenarnya Vaseline ada keluarkan jenis yang special untuk atasi masalah ni. Ermm tapi aku cari dekat Watson dengan Guardian tak ada pun.  Ada yang jenis biasa je. Tapi bila aku buat survey, memang jenis dari jenama Vaseline ni antara yang mujarab untuk atasi kulit kering semasa musim sejuk.

Vaseline-Intensive-Care-5-day-challenge

 

  1. Head Cushion

Yang ini sepatutnya, kalau tak travel ke luar negara pun memang dah kena ada untuk simpanan sendiri. Boleh guna masa nak balik kampung ke, bawa pergi ofis ke, bawa pergi berkelah ke. Hahaha… Head cushion ni untuk bantu posisi kepala supaya tidur tak melentok habis. Kalau tak habislah terkehel kepala, sebab tu ada je orang sakit tengkuk bila bangun tido selepas berjam-jam dalam kenderaan. Haaa yang ini ma belikan untuk aku warna biru. Haruslah kan, favorite colour aku.

 

 neck pillow

Last but not least, yang lain-lain tu perkara biasa jela yang perlu diambil kira bila nak berjalan jauh dari rumah. Bilangan baju, seluar, panty, bra,socks yang selesa dan ringan. Kalau boleh. Stok kudapan untuk alas perut. Lagi satu yang penting, aku suka standby plastik untuk baju kotor. Incase baju yang dah pakai tu terkena taik burung atau tak sempat kering, bolehlah sumbat dalam plastik supaya tak bercampur dengan barang lain.