Dear Heart, Why Him?

I don’t know when.

I don’t know why.

I don’t know how.

I don’t know
But I think I may be fallin’ for you
Dropping so quickly
Maybe I should keep this to myself
Waiting ’til I know you better

Aku tak pernah kenal pun dia, apatah lagi berborak.Hanya pernah dengar nama dan terpandang wajah beberapa kali je. (yelaa masa tu kan tengah makan hati berulamkan jantung pisang dicecah sambal tempoyak. hurmm) Tak pernah terfikir langsung hari ni akan tiba. Asyik terngiang-ngiang dalam kepala aku ni lepas Adam sebut nama dia di satu masa dahulu. ooemjiee.

Bermulalah episode aku ter-follow dia kat instagram, ter-dm dia dan tersuka tanpa sengaja. So impossible everything was about TER, tiap yang berlaku mesti dengan niat kita sendiri dan niat aku memang nak kenal dia. Mulanya memang takut dan macam mengarut plak diusia aku sekarang ni nak kenal-kenal seseorang. Yela waktu ni aku tengah sibuk kumpul duit nak pergi bercuteyy. Tapi takpelah, nak kenal je kan macam kawan-kawan yang lain. Cumanya istilah kenal yang ni, upgrade sikit la. Istimewa.

Tengok gaya dia macam tak berminat dengan aku, tapi takpe.

P/s Awak, saya takkan mengalah. Saya tahu ada sesuatu yang istimewa pada awak yang buat hati saya asyik echo nama awak je.

Sunyi atau Sendiri?

Sunyi : Sepi

Sendiri : Sisih

Sebenarnya sekali faham, sama je keadaan untuk kedua-dua perkataan tu tapi bila baca bebetul maksud dan tahu contoh situasi, ianya membawa maksud yang berlainan.

Is it okay to feel lonely? Is it okay to feel alone? Kalau ikutkan keadaan aku, aku takdelah rasa sendiri sebab masih dikelilingi insan-insan yang aku sayang dan yang menyayangi aku (probably.. Haha) tapi dalam waktu tu, I feel lonely. Sadis kan? Maksud aku dalam waktu aku bersuka ria, hati ni masih lagi ada rasa tak cukup lengkap. Mungkin sebab aku belum mempunyai kekasih untuk mengisi kekosongan di hati. Atau Mungkin sebab aku masih lagi belum cukup dekat dengan Tuhan? Tiapkali aku dengar kisah cinta kawan-kawan, tengok video kahwin kat Youtube, baca update kehidupan berumahtangga selebriti, kadang-kadang terdetik rasa cemburu. Masih ada rasa bahagia sebab aku tahu walaupun aku masih belum layak untuk merasai apa yang mereka lalui tapi aku bernasib baik dikelilingi insan-insan yang sudi berkongsi bahagia, bukan hanya diwaktu susah saja 😍

Aku masih lagi seperti insan yang lain, punya perasaan dan naluri untuk menyukai seseorang padahal hanya terserempak beberapa kali ( dalam bas sebagai contoh. Hahaha) tapi bak kata Filipino, KILIG NAN AKO (it’s killing me!) haha ok salah maksud. Aku tahu perasaan itu hanya sekejap sekejap sahaja sebab bila tak terserempak, aku ok je tanpa rasa ‘suka’. Nak buat macam mana, anak muda 😌

Walaupun aku tahu sakit untuk mengingati dan sakit juga untuk melupakan. Asal sahaja sesuatu yang mengingatkan pada dia, bibir pasti tersenyum dan akan mula terasa sakit rindu. Eh? Sepatutnya sekarang ini aku dah berjaya lepaskan dia & kenangan dari hati aku. Tapi aku tahu akan tiba satu saat yang aku dengan rela hati akan menyayangi seseorang bernama lelaki bila Allah mengizinkan. InsyaAllah, biarlah lelaki itu bakal suami & menjadi suami aku.

Bila tengok pasangan kekasih yg masih remaja, aku mesti fikir nak tegur mereka. Terlalu awal untuk bercinta. Tak tahu kalau parents tengok anak-anak mereka bercinta seawal zaman persekolahan, samada tidak kisah atau sedih. Bagi aku berkawan rapat mungkin ok tapi jangan sampai berjanji. Melainkan kau betul-betul mahukan yang terbaik untuk masa depan bersama. Jawapannya, usaha sehabis baik. Jaga pergaulan, jaga hati, kejar cita-cita untuk bercinta apabila sampai waktu yang baik.

Anyhow, I will just follow the flows. Every story will have their own ups and downs, sweet and sad moments. That is how you gone to face the real life in this world. Struggle now and hopefully you will earn benefits in hereafter. 😇😊😍

Dua Puluh Lima.

Alhamdulillah diizinkan Allah SWT untuk aku terus bernafas dan mengumpul amal ibadah buat bekalan akhirat nanti. I’m blessed. truly blessed. Masih bersama insan-insan yang aku sayang, masih berupaya untuk mencari rezeki dari Allah, masih sihat tubuh badan, masih mencuba untuk menjadi Muslimah yang baik.

Semoga hutang-hutang yang menghimpit aku dan keluargaku akan diselesaikan satu persatu. insyaAllah…

Takde official gambar pun, cuma untuk kenangan yang diberi mereka 🙂

Alhamdulillah… 🙂

Harga Sebuah Penyatuan.

Hanya aku isterinya di dunia dan mungkin juga di akhirat, selagimana aku mampu menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan mampu memberi zuriat.

Memadailah dia menyintaiku seadanya dengan setiap udara yang dia sedut tanpa melebihi ketaatan dia kepada Allah, Rasul dan kedua ibubapanya. Itulah Mahar Cinta ku.

Merancang Kehidupan Untuk Lebih Teratur.

Haiii assalamualaikum 2015. heheks (macam kambing plak rasa)

Macam tahun sudah, tiap awal tahun ada je plan yang aku senaraikan untuk dilakukan sepanjang tahun. Ada je yang sampai sekarang tak dapat buat macam belajar menjahit. hahaha… Kali ni disebabkan aku dah mula kerja & boleh buat simpanan tiap bulan, plan terus apa yang nak dibuat sepanjang 2015 and maybe through the 5 years onwards. ermmm…

Mulai 2015 :

1. Travel alone/group(with family or friends or strangers at first)
2. Beli kereta
3. Mula bayar balik loan
4. Cari rumah untuk disewa/dibeli(untuk ayah ma)
5. Selesaikan hutang keluarga(kena find out!)

Forecast 2017 (approx. 2 tahun) :

1. Beli rumah ; atau
2. Kahwin ; atau
3. Sambung degree; atau
4. Umrah

Labour Day.

Happy Labour Day!!!(throwback) Untuk aku, kiranya ni kali ke-2 la. Sekali masa kerja tadika & yang kedua sekarang ni la. Masa internship tahun lepas tak sempat sebab aku habis intern seminggu sebelum masuk bulan Mei. So, tahun ni aku memegang title PEKERJA. Huahuahua…

Haaa cakap pasal hari pekerja, doludolu masa zaman tak matang semuanya aku nak jadi bila dah besar. Tiap tahun isi kat bahagian cita-cita dalam buku rekod pelajar, mesti aku bertukar-tukar cita-cita. Hahaha tak tetap pendirian betul! Sampaikan kerja SURIRUMAH pun aku nak jadikan sebagai cita-cita. Hahaha pe kes la budak kecik tu. Tapi yang pelik, still yang tu aku nak jadikan kerjaya aku bile satu hari nanti suami aku mampu masukkan duit bulanan untuk aku sekurang-kurangnya RM2,500 aku rela hati nak jadi surirumah sepenuh masa. Hikhikhik…

1. PENDIDIK

– haaa dulu aku nak jadi guru/cikgu/pendidik sebab macam best je tengok cikgu-cikgu kat sekolah aku pakai baju cantiik, kasut tinggi. Tiap kali pergi sekolah, mesti aku usha pemakaian cikgu-cikgu kat sekolah aku tu. Kalau cikgu masuk kelas, dari atas ke bawah aku tengok fesyen apa yang cikgu tu pakai. Rasanya tiap hari laaa. Sampai masuk ke Uitm dah macam habit. Hahaha. Tapi bila dah masuk high school, sembang2 dengan cikgu yang rapat macam susah je nak jadi pendidik. Besar tanggungjawab, tapi besar jugak pahala yang diperolehi kalau kita ikhlas. Haaa mampu ke aku? Aku ada pengalaman jd guru tadika jela. Penat yang amat walaupun hanya mengajar budak kecik, dorang lagi la nak membesar memacam soalan yang dilontarkan. Nak jawab kena la berhemah sebab itu akan dorang set in their minds. Tapi sebenarnya aku try jadi guru tadika sebab terpengaruh dengan novel ADAM HAWA! Konon bole berkenalan dengan pilot. Hhahahaktuihhh.

2. AKAUNTAN/PEGAWAI BANK

-yang ni sebab aku terpengaruh dengan matematik. Dari tadika kot aku suka mengira, bila buat soalan matematik Alhamdulillah cepat je tangkap. Kononnya nak la jadi peg.bank bila dah besar. Tapi bila masuk sekolah menengah, ada plak subjek add math haaa waktu ni la tunggang langgang calculation aku!!! Terus fired.

3. PEGUAM

-aku pernah ada cita-cita nak jadi peguam sebab suka tengok cerita bila pasal peguam. Suka tengok macam mana dorang berbalas kata/fakta. Waaaa brilliant betul dorang ni boleh ingat akta bagai. Pastu pergi penjara kena amik kenyataan plaintif/defenden. Kononnya aku bole la masuk penjara an tengok keadaan kat sana. Macam cerita CSI tu. Hahaha tapi bila tahu kena banyak faham mengenai sejarah, akta, apa-apa yang boleh dijadikan bahan bukti aku jadi alahaaiii Sejarah masa PMR pun aku hafal last minute. Reject reject!

4. PRAMUGARI

-inilah salah satu kerjaya yang aku gile nak jadi. Boleh pakai baju cantik, boleh pandai make up, boleh terbang dengan percuma, boleh melancong sesuka hati. Pergghhh banyak wo kelebihan ye! Aku suka tengok pramugari tarik beg dorang! Konon2 bila lalu kat depan orang ramai, jadi perhatian laaa. Kahkahkah. Tapi bila makin matang, bila dekat dengan Islam, aku terus kuburkan niat tu. Takkan la aku nak pakai tudung tapi kain aku terbelah. Takkan la aku nak pakai tudung tapi skirt pendek. Paling penting mana ada pramugari yang pakai tudung. Melainkan penerbangan ke Makkah, itu pun dorang pakai tudung/jubah masa waktu tu je. Kalau tak silap aku. Tapi kan bagus kalau dulu aku tahu yang pramugari Brunei Airlines pakai tudung, boleh la aku hantar borang penyertaan.

5.ARKITEK

-disebabkan aku terlalu obsess dengan rekabentuk rumah, aku nak jadi arkitek. Kononnya. Siap lukis plan susun atur dalam rumah. Tapi lukis yang biasa tu la. Nak lukis 3D memang hampeh la kan. Masalahnya masa sekolah rendah, tiap kali exam pendidikan seni aku suruh ma lukiskan sample. Haaa mana nak datang bakat melukis??? Masa sekolah menengah plak aku tak amik pendidikan seni untuk SPM, lagi la tak boleh nak asah bakat. Tapi sebenarnya aku memang suka tengok senibina, rasa macam ralit je walaupun aku tak faham apa istilah seni itu. Masa mulamula datang Putrajaya ikut ma g kerja (Menara Usahawan) , semuanya kosong lagi. tak banyak lagi bangunan macam sekarang. Tapi first time datang an, rasa terpegun macam mana arkitek ni boleh fikir idea rekabentuk yang lain dari biasa kita tengok. Huhu

6. JURUTERA

-bila arkitek aku tak bole nak gapai, aku beralih ke jurutera plak. Sebagai contoh aku jadikan ciksu jon sebagai role model. Memang tough, tapi bangga sebab walaupun ciksu perempuan mampu kerja dalam kalangan lelaki. Belajar kat overseas, beli kereta, beli rumah, gaji takyah cakap la, mesti masyuk an. aku pun start la sukakan subjek fizik. Tapi tiapkali exam, markah kimia aku yang lagi tinggi dari fizik padahal masa dalam kelas aku memain je belajar kimia. Adoiiii…

7. TENTERA LAUT

-yang ni pelik! Orang lain punya la nak lari dari jadi navy sebab kena isolated dari masyarakat, asek duk kat tengah laut. Tapi aku ni beria nak sangat jadi navy. Alaa sebabnya aku suka tengok abg-abg navy tu bila dorang beruniform. Nampak smart! Putih je uniform tu. Pastu aku fikir la ayah he, macam mana perwatakan ayah he sebab dia an tentera darat. Mesti seorang lelaki tu berdisplin. Selalu bangun subuh awal, pandai gosok baju, tak sepah-sepah rumah, yang penting badan dia sasa. Huuhuhu… tapi ayah dengan ma tak setuju sebab perempuan, tak elok la duduk kat tengah laut.

8. FLORIST

-kononnya nak jadi penjual bunga sebab aku boleh la gubah-gubah bunga untuk pasangan kekasih ke, hari ibu ke, hari-hari la. Bunga an warnawarni lagi laaaa aku suka! Tapi bila tangan keras, kaku tak reti nak gubah secantik yang florist sepatutnya boleh buat, terus aku taknak jadi. Jadi pembeli la gamaknya. Nak beli untuk siapa pun aku tak pasti.

9. JURUTERBANG

-masa tahun 2005 ke 2006 tah, aku ada terbaca berita wanita pertama menjadi juruterbang kat HMA, Langkawi iaitu Illyaquila Fateen Ismail. Aku tengok illya tu berpakaian juruterbang, sangat cantik + smart + karisma. Wow! Terus aku set nak jadi juruterbang. Siap tengok biasiswa, academy mana, blablabla. Aku set habis SPM aku nak apply terus. Tapi bila bincang, fikir lebih kurang semua aku tak jadi la nak apply. Kos ye terlalu lalu lalu tinggi. So, tak mampu nak gapai. Habis je SPM aku tak apply tu pun. Aku apply kos bisnes. Hahahaha

♣♣♣

Gile ahhh sampai 9 kerjaya yang aku dok berangan sepanjang sekolah dulu, at last tak jadi apo. Sekarang ni aku graduated in QUANTITY SURVEYING. Perkara yang tak pernah aku tahu back then. Tak pernah kenal. Tapi bila ayah cakap ianya sesuai untuk perempuan (sebab ada makcik kat Kelantan tu a.k.a sepupu ayah, dia kerja sebagai q.s), tambahan kak as pun cite la yang q.s ni ok tak susah mana. Kerja pun memang diperlukan dalam industry. insyaAllah aku akan proceed dengan apa yang aku dah lakukan separuh jalan. Aku dah belajar 3 tahun, takkan la aku nak kerja lain dari bidang. insyaAllah aku akan cuba kerja semampu yang boleh dalam kerjaya q.s tu nanti. Nak pulang modal dengan pengorbanan yang orang keliling aku dah lakukan untuk aku habiskan 3 tahun tu. Memang, susah + penat + sakit kepala masa internship dulu tu. Tapi kerja apa yang tak macam tu. Semuanya sama je, asalkan PASSION + PATIENCE = PAYCHECK. Kikikiki.