“Luruh Hatiku” ke Aussie. (Melbourne)

Assalamualaikum Lady D! Allahu hampir 3 bulan baru sempat nak tampal kenangan dalam ni. Sibuk naw naw, asal dapat free time je aku lebih rela tidur atau scroll Instagram untuk rehatkan diri. Huhu paling syok kalau tidur, ganti rugi setelah 5 hari keje non-stop.  Takpelah, yang penting kenangan tu masih segar dalam ingatanku dan insyaAllah hingga ke mati.

Holiday kali ni pun sama macam sebelum ni, 2 bulan sebelum tarikh baru plan. Sepatutnya bulan 7 selepas raya tapi itulah, perancangan Allah paling tertinggi. Aku amik masa 2 bulan tu lah buat research & prepare segala keperluan. Alhamdulillah kali ni pun masih lagi atas sebab yang sama iaitu ‘kerja’ dan dengan izin-Nya, kos untuk aku ditanggung semua kecuali duit shopping la pepandai aku simpan duit gaji. Huhu… takdelah nak research sangat sebab booked dengan ejen kat sana, rakyat Malaysia so semuanya ditanggung beres. Hanya perlu sediakan tenaga & mental 😉

Sebulan sebelum tarikh, timbul isu cuti staff kena freeze sebab e-Tanah nak GoLive seminggu selepas tarikh aku berangkat. Nak minta cuti pun memang tak diluluskan, siap kena bagi attachment untuk surat mohon cuti tu. Aku memang dah down gile sbb tiket semua dah beli kottt! Berlalulah hari-hari kat ofis dengan wajah yang sugul. Muahaha… akhirnya dapat kata putus, GoLive tarikh dalam bulan Ramadhan nanti. Maka berangkatlah segerombolan manusia ke Melbourne, Australia. Details :

Tarikh : 07/05/2017-11/05/2017

Lokasi : Melbourne, Australia

Matawang : 1 AUD = RM3.28

Musim : Luruh

Suhu : 10’c ~15’c

Beza waktu antara Oz dan Malaysia, sana cepat 2 jam so takdelah aku jet-lagged sangat. Cuaca sangat indah & nyaman, tak perlu pakai jaket tebal sangat tapi aku tetap bawa satu incase aku tak tahan sejuk & satu jaket sederhana tebal untuk hari-hari biasa. Suhu masa tu dalam 10-15’c tapi tak sesejuk kat Jepun haritu, daun-daun Maple yang kekuningan ada sikit je kat beberapa tempat but then alhamdulillah got the chance to experience it and touch the leaves as I always dream about that Mohabbatein Bollymovie. Hahaha mulalah lagu-lagu dalam cerita tu berkumandang kat telinga aku ni.

Melbourne got so many tourist attractions but time constraint. Hence, we do not have much time to cover all… It’s okay babe, at least I had that opportunity. In fact, Oz has been always in my list since I can’t pursue my study there in 2008. (It’s for free guys! Just study and baby-sits 2 kids. But Allah knows best) Oklah, sambung semula cerita di Melbourne. Tempat tinggal memang selesa! 5 bintang! Apartment 2 bilik siap dengan ruang tamu, dapur, tandas. Ada balkoni mengadap pemandangan bandar yang cantik tapi sayang satu gambar pun aku tak snap. “A crystal vision in the heart of Melbourne, Marco Melbourne” (42-48 Balston Street Southbank Melbourne, Victoria Australia)

Trip yang aku discover sepanjang 5h 4m tu, antaranya :

1.       Phillip Island

2.       Great Ocean Road

3.       Melbourne City

Untuk hari pertama, 08/05/2017 ke Phillip Island. Tempat pertama yang dituju adalah Chocolate Factory. Dari Southbank hampir 2 jam jugaklah. Terus makan tengahari, aku makan chicken curry + rice. Memang berbeza sangat rasa karinya. Hahaha tapi telan jela harga RM30 kot, tak habis sebab perut sebu. Teruskan perjalanan ke Churchill Island Heritage Farm, The Nobbies, Penguin Parade, Cowrie Beach, Cowes & Summerland Scenic Route. Tak sempat masuk Phillip Island Wildlife Park sebab tutup 5pm, kami sampai dalam 5.30pm. sedih tak dapat bermesra dengan kangaru.

IMG_6281

Happy birthday kakak! May Allah shower you His blessing and mercy upon you sayang Tiya.

Hari kedua 09/07/2017, jenjalan kat Melbourne City, destinasi pertama adalah Queen Victoria Markets untuk beli souvenirs yang diidamkan sebab takut tak sempat kalau shopping hari terakhir. As usual, I bought fridge magnets, key chains and coin purse for them in Malaysia. Lepastu breakfast kat taman ala piknik katanya. Huhu.. Teruskan perjalanan ke Federation Square, Shrine of Remembrance (pic below), naik trem tapi tak ingat dari stesen apa ke stesen apa, Flinders Street Railway Station. Hari kedua ni relax sikit tak terburu-buru sebab kawasan nak lawat adalah sekitar bandar je. Waktu malam kat sini cepat pukul5 dah start gelap sebab masuk Maghrib, tapi orang Melbourne still lepak kat kawasan bandar tu sepanjang area Yarra River. Ada singgah ke Direct Factory Outlet Essendon tapi aku terlupa gilaaa waktu pagi atau petang *sigh*.

IMG_4075

Hari terakhir berjalan adalah trip ke Great Ocean Road.  Trip ni mencabar mental dan fizikal sebab perjalanan yang terlalu lama, nasib baik tak drive sendiri duduk saja pun letih weh apatah drive!!! Mula perjalanan jam 8pagi sbb takut tak sempat sampai airport untuk check-in pukul 8 malam. Sepanjang perjalanan GOR, tanah lapang penuh dengan lembu, kangaroo. Senang sangat nak nampak tapi tu lah, mungkin liar. Wallabi pun ada kat padang besar tu, kecik sikit dari kanggaru. Bila dah sampai kat destinasi, sepanjang jalan tu lautan yg luas dan biru. Dah sama macam langit. Subhanallah puas hati lepas penat makan tidur hampir 3 jam dalam van. Sesekali melayan keletah anak-anak kecil, hilang bosan 🙂 sehingga 7 malam baru sampai kat destinasi akhir iaitu GOR Memorial Arch. Turun sikit kat tepi pokok-pokok tu, terus sampai ke pantai pasir putih & halus. Senja plak tu, tengok matahari terbenam. Terus ke Melbourne Airport, Victoria. (formerly known as Tullamarine Airport). Tak silap aku, tour guide iaitu En. Amir & En. Ganteng ada cerita sikit pasal airport ni sebenarnya gantikan Essendon Airport yang dah jadi kawasan untuk aircraft yang besar je. Jadi kawasan kargo alaa macam LCCT kan sekarang dah berpindah jadi KLIA2. It is the second busiest airport in Australia.

1-Day-GreatOceanRoadTour-Route-Map

(Google)

IMG_1072

Loch Ard Gorge (ihsan dari Isma)

Begitulah percutian kali ni, pengalaman baru, negara dan musim yang berlainan, serta kenalan yang baru. Alhamdulillah rezeki aku. *tears* kali ni aku tak shopping banyak. Hanya untuk mereka yang dekat sahaja, lebih kepada menikmati masa lapang. Memula nak beli something untuk dia, tapi bila fikir balik “ahhh tak payah nak beria la Nadirah!” hurmm.

FCUN4058

I love the touch of ocean breeze on my skin

 

Breakdown kali ni tak sempat nak simpan, dah lama sangat hilang ingatan dah. huhu… Tapi kali ni aku tukar duit Malaysian Ringgit banyak jugak dalam RM2,000.00 tapi belanja sikit je. Dapat balik RM1,200 di mana aku shopping + BLD dalam RM800.00 sahaja.

Aussie – checked √

Kangaroo – checked √

Maple + Autumn – checked √

 

Hello Kitty @ Hello Johor.

Lama sangat baru nak post bercuti kat Johor Darul Takzim. Sebenarnya takde la bercuti pun, lebih kepada idea nak bawa Kakak & Adik pergi Hello Kitty Town je. Kebetulan one of my officemates buat majlis sanding kat Pontian, singgah sebentar la. Tengok adat orang Johor buat “tol” utk rombongan pengantin lelaki. hehe interesting! Lepas tu terus ke hotel untuk check-in. Alhamdulillah Hotel Ariana @ Iskandar sangat selesa and affordable. Booked without deposit at booking.com and the best part, free-cancellation in case tak jadi pergi. 23/12/2016-25/12/2016 tarikh yang dipilih sebab cuti free Isnin tu, why not? 🙂

Macam biasa, bercuti sambil menikmati lazatnya makanan tradisi/popular kat kawasan tersebut. Kononnya kena try ZZ Sup Tulang, tapi tak tahulah kenapa yang kat belakang hospital tu tutup. Samada tutup atau pindah kedai. Pusing punya pusing, masing-masing dah lapar, singgah je kat Malay Village Restaurant. Quite popular jugak sebab masa ktorang masuk macam takde orang sangat tapi lepas beberapa ketika, makin ramai group of people singgah makan. Makanan pun sedap & servis pantas. Waktu malam, pergi Kilang Bateri katanya tempat membeli belah tapi bagi aku takde apa yang best pun. Kedai baju macam kat Times Square je, kalau best pun kat food court ada banyak kedai makan yang unik. Tapi sebab padat dengan manusia, ktorang hanya beli makanan yang boleh dibawa pulang je. Terperasan jugaklah kedai Chicken Chop sedap tu, panjang betul Q nya tak sampai hati hakak nak join the line. hahaha…

Hari kedua, keluar awal pagi sarapan kat kedai yang terdekat lepastu gerak terus ke Puteri Harbour untuk grab the early bird tickets. Takut jugak kalau sold out, merajuk laaa dua anak kecik tu tak dapat masuk Hello Kitty Town. huhu… Alhamdulillah we managed to get the lower price for the package! Instead of one theme, we got both with only RM60+/person. Sangat murah banding kalau beli online. Hampir 4 jam jugaklah dalam tu dengan activities, photoshoots, shows, etc. Macam tak percaya aku masuk Hello Kitty Town padahal bukan minat pun tempat-tempat macam tu. Haritu kat Jepun pun, tak sangka masuk Disneyland. huhu rezeki. Petang tu terus pergi Johor Premium Outlet padahal takde lah nak shopping pun. Lebih kepada jalan-jalan amik angin orang Johor. Malam tu terus tuju kedai makan, cari jugaklah kedai yang recommended untuk try sup gearbox tapi tak ingatlah nama kedai tu. Sebelum balik hotel singgah Pasar Karat tapi biasa je macam uptown kat KL. Jumpa jugak roti pelangi yang teringin sangat tu. hahaha rasa sama je macam roti buku biasa tu cumanya colourful. Beli sampai 2 bungkus bawa balik tapi akhirnya tak makan habis.

Sepatutnya, bercuti 2H 1M je tapi sebab nak masukkan jugak Forest City dalam senarai, aku & Tasha extend lagi satu malam padahal aku dah start demam selesema. Sepanjang kat Johor Bahru, memang selalu hujan tapi tak lebat lah. Entah macam mana aku boleh terlembik plak kali ni kena hujan sikit-sikit tapi terus demam. huhu Allahu… Check-out hari ketiga awal sikit sebab nak pergi sarapan kat Medan Selera Bomba Larkin, nak try Kacang Pool Haji. fuuhhh memang sedap lah, rasa macam nak beli lagi tapi sebab tekak tak best tu yang terpaksa kuburkan niat. Terus ke Forest City yang kat penghujung Semenanjung tu. Mengantuk. Best jugak pergi sana, semuanya berunsurkan environmental friendly. Tengok mock-up yang dipamerkan tu, memang besar kawasan untuk ditambak dan banyak sangat rumah landed/strata yang akan dibina. Tapi rasa macam kolaborasi antara Johor-China. Entah, tak habis research pasal Forest City tu. Sebelum balik, Tasha ajak masuk 3D art gallery. Pusing dan pusing, jumpa jugak Kuso Trick Art, harga tiket dalam RM20+ tak ingat jugak. hahaha… Mula-mula tak berminat, but yeaah it’s not bad either.

Sampai rumah dalam 10 lebih, badan dah penat sangat dan akhirnya EL esoknya sebab tak boleh nak angkat kepala. Melepek lah kat rumah seharian, tidur bagi hilang penat dan pening.

IMG_9987

ummi dan cik temah & cik joyah

IMG_3001

Boleh saya jadi bidadari awak? hiks

 

Johor Bahru – checked √

Kacang Pool – checked √

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Alhamdulillah. Syukur teramat sangat, tak sangka rezeki untuk pergi ke Pulau Perhentian akhirnya tercapai. Mulanya rancang untuk 2018 nanti masa reunion dengan geng diploma, tak sangka seawal ini dapat pergi. Huhuhu… sebenarnya perancangan awal, hanya aku tasha elin & mira. Geng the girls la ni nak release stress kat bandar, tup tup jadi percutian geng bujang sebab nabil adam amier & syazwan pun ikut sekali. All sponsored by ciksu jon sebab nak the boys ikut sekali jadi bodyguards. Hahaha… Ciksu sponsor tiket flight & pakej yang aku booked kat agensi.

Lepas aku survey kat pakcik Google, aku pilih Perhentian Kecil untuk tempat yang dituju sebab sesuai untuk backpackers yang tentunya harga murah untuk accomodation (banyak chalet), pantai yang cantik biru hijau wehhh. Paling tepat, aku nak hiking ke Windmill Station sebab dari atas boleh nampak lautan hijau biru yang macam dekat pulau-pulau mahal kat obersi sana tuh.

Survey punya survey, aku amik pakej dari @perhentiankravers yang popular kat instagram tu, aku check semua gambar yang bagi good feedback lepastu whatsapp nombor yang ada tu untuk tanya harga. Kami pilih tarikh 6-8 Mei 2015, memandangkan semua free waktu tu tapi harga antara yang mahal sebab tarikh tu dah masuk peak season. Tiap hari selama sebulan dari tarikh, asek dok sembang pasal perhentian je dalam group bujang tu. Hahaha semua dah macam angau je, especially hakak laaaa. Asek screenshot gambar kat pantai simpan jadikan idea nak snap kat Perhentian nanti. 😀

Itinerary

5 Mei 2016

9.30pm

Berkumpul kat Terminal Bersepadu Selatan, naik bas ke Jeti Kuala Besut. So, dalam 5 minit je jalan dari stesen bas ke jeti.

Harga tiket RM48.00 (Mahligai Express)

6 Mei 2016

6.30am

sampai di stesen bas Kuala Besut, cuci muka & solat kat surau yang berhampiran.

7.10am

sarapan. Fuuh sedapnya makan nasi dagang ganu. RM3.00 je amik kuah gulai ayam.

8.15am

jumpa jahid (@perhentiankravers) untuk naik bot ke pulau. Rupanya kawan nabil.

9.30am

sampai kat pulau, tapi check-in chalet pukul12. 2 jam duduk lepak kat kedai makan tepi  tu. Panas, melekit badan tak yah cerita laaa. Dah la mengantuk lagi.

12noon

check-in terus tido tapi dah inform semua 2.30pm berkumpul kat pantai nak pergi hiking. Kalau lambat naik nanti lambat turun plak. The girls keluar 1.30pm sebab nak pergi lunch dulu, malangnya tak dapat nak contact the boys sebab coverage memang tak okay + tak tahu bilik dorang kat mana.

3.00pm

baru start hiking ke Windmill Station. Mengikut research yang aku buat, katanya hiking tu kejap dalam 30 minit je. Yep memang betul kejap je, tapi azab nak mendaki tu hanya Allah je yang tahu. *crying* gile penat + menyesal + semput!!! Tapi bila dah sampai ke atas, subhanallah cantik sangat view dari atas tu ke lautan perhentian tu. *crying+joy*

6.00pm

Dah sampai semula ke pantai setelah berjam duduk selfie kat Windmill Station tu. Dah penat, tak mampu nak buat pape. Yang nak pergi kayak, dorang pergi sendiri. Yang tak, saja berjalan dipesisiran pantai amik angin petang sambil tunggu sunset.

8.30pm

Dinner kat tempat yang ada wi-fi sambil main game werewolf. Sepanjang kat perhentian ni, selain makan game ni yang menyatukan kitorang. Walaupun sakit hati main game ni asek kalah tapi yang best nya sebab banyak ketawa macam tak ada masalah je semua. Bising satu hal. Hahaha…

9.30pm

Lepak kat Long Beach sebab lifestyle kat belah sana ‘hidup’ sampai ke tengah malam. Mungkin sebab situ banyak mat salleh yang duk lepak kat bar, ada fireshow sebagai aktiviti malam. Kat belah chalet kitorang Coral Bay ni kebanyakan kedai makan tutup 10pm dan tak ada aktiviti malam.

11.45pm

Semua masuk bilik memasing untuk berehatkan badan yang seharian penat, esok ada aktiviti yang lagi memenatkan. Snorkeling!!!

7 Mei 2016

9.15am

Sarapan kat Sunset Corner lepas tu terima arahan seterusnya untuk pergi ke snorkeling point. Dalam pakej yang aku amik ni, dapat 5 points untuk snorkeling but still bergantung pada masa ke semasa kalau ada kejadian yang tak dapat dielakkan macam hujan atau semua dah penat.

10.00am

Snorkeling time!!!! 3 points sebelum lunch, berhenti lunch + solat kat Kampung Nelayan, sambung lagi 2 points sampai petang. Aku hanya mampu buat 2 points sahaja itupun setelah dipaksa. Yes i did it *sigh* aku tak suka berenang, not my thing. Hahaha… Aku nak pergi Perhentian pun sebab nak rehatkan diri jalan-jalan tepi pantai tengok sunrise, sunset. Tapi akhirnya aku berjayalah jugak melawan takut tu. Fuuuh pukul 6.30pm baru sampai semula ke Coral Bay setelah seharian berenang-renang di tengah lautan cinta Ilahi.

8.30pm

Dinner time. Makan seafood bbq kat Sunset Corner sambil main game lagi. Hahaha…

10.30pm

Lepak kat Ombak Cafe, salah sorang pekerja situ kawan Nabil jugak. Alahai adik, tahulah dulu pengerusi kolej perhentian. Kat pulau ni pun ada membe kau jugak eh.

8 Mei 2016

8.30am

Breakfast kat Sunset Corner lagi buat kali terakhir. Lepastu balik bilik kemas bag semula, ready nak pergi ke jeti untuk balik ke darat semula. Tinggallah semua syurga dunia untuk pulang semula ke realiti. Macam tak cukup je cuti 3H 2M kat perhentian tapi apakan daya, ada tanggungjawab yang sedang menanti. Lagipun kalau cuti lama-lama kat tempat yang sama je, bosan jugak. Lainlah kalau pergi merayau ke tempat lain pulak kat Terengganu tu. Mencari makanan yang sedap. Kihkihkih

4.15pm

Dah ada kat airport KB untuk bersiap sedia check-in untuk fly semula ke KL. Aku suruh tasha beli tiket 5.20pm sebab taknak terlalu awal nanti rushing, semua badmood. So, ngam ngam sampai KLIA2 dalam 6.30pm dan berpecah ke haluan masing-masing. Aku sampai rumah dalam 8.00pm terus keluarkan baju kotor untuk dibasuh. Dah bau hapak dah.

 IMG_7002

IMG_7053

IMG_7085

 

 

.

.

.

Budget ke Pulau Perhentian Kecil :

Pakej               RM300.00/pax

Tiket bas          RM48.00/pax

Tiket flight       RM69.00/pax (if i’m not mistaken)

Fridge mag.     RM14.00 (4 ketul)

Miscell.           RM150.00

 

 

So, it is….

 

Pulau Perhentian – checked √

Snorkeling – checked √

Post Mortem. #tiyatotokyo

Alhamdulillah selesai post untuk holiday kat Tokyo, Jepun. Punyalah aku excited nak cerita itinerary & tepek gambar banyak-banyak sampai lupa nak selitkan apa yang penting untuk dibawa. Yela, itukan first time aku bercuti pada musim sejuk. Banyak yang aku kena buat research & tanyakan pada orang yang berpengalaman. Paling penting buat price comparison untuk beli barang-barang yang aku tak pernah ada, kalau tak membazir je. Memanglah ada je kawan aku nak bagi pinjam tapi mana yang aku rasa mampu beli, aku beli je sendiri. Boleh buat simpanan, kot satu hari akan datang pergi bercuti lagi masa musim sejuk. Huhuhu… Jadinya, bila aku buat extra post ni bolehlah aku rujuk semula bila diperlukan nanti. insyaAllah…

Sebelum berangkat ke Jepun haritu, aku ada masa tak sampai sebulan je. SEBULAN. Tiap hari aku survey barang kat shopping complex (menipu jee, aku pergi hari minggu lepas kerja) lepas tu aku baca blogs, aku tengok google image, etc. Yela aku buat research apa yang paling penting kena bawa, di mana boleh aku beli, berapa harga mahal ke idok. Haaa yang untungnya masa tu baru dapat gaji, tambahan duit BR1M pun masuk. Alhamdulillah sangat dipermudahkan Allah. Okaylah, aku nak terus ke ultimate points. Bagi pelancong yang pertama kali macam aku ni nak melancong masa musim sejuk, ada beberapa la perkara yang kena wajib amik tahu. (terpaksa guna ehsan atok Google untuk guna gambar sebab aku tak snap pun yang personal aku guna)

  1. Weather Forecast

Yang ini download je apps kat dalam hp, lepastu search la tempat yang akan pergi. Yang aku haritu tiap minggu check suhu kat Tokyo, kejap below 10’c kejap above 10’c. Yang penting tetap sejuklaaaa. Kat Malaysia duduk dalam bangunan yang ber air-cond pun aku tak tahan, apatah lagi yang outdoor nya nanti lagi sejuk dari yang aku biasa lalui.pwehhh cuak je tiapkali aku check the weather -_-“

  1. Currency Exchange

Yang paling penting tukar duit RM ke Yen!!! Yang ni tiap hari aku pergi kaunter money changer kat main hall tu. Nasib baiklah kerja kat bank, takdelah susah sampaikan encik yang kerja kat situ macam dah kenal aku tiap hari tanya “staff rate untuk Yen, berapa ye?” . hikhikhik… Tapi aku still pergi cek kat kedai  money changer kat Nu Sentral & Putrajaya Sentral. Nak tengok berapa beza. Tapi ya ampuuun. Masa aku tukar duit yang pertama kali kat bank tu, itulah yang paling murah aku dapat. Rupanya tiap minggu makin naik, waktu tu kan RM jatuh teruk. Adehhh…

  1. Winter Jacket

Tarikh aku ke Tokyo,Jepun tu walaupun dah nak masuk musim bunga tapi disebabkan suhu masih rendah tetap kena standby winter jacket. Biarpun taknak pakai, at least ada bila nak guna. So, aku survey harga jacket kat UT/Cosas/Travel Winter/etc. semua mahal mak datokk, akhirnya aku pinjam je dari sahabat aku ni. Tup tup dia bagi yang baru yang sama size aku, biar besar tapi aku memang puas hati pakai sepanjang kat sana. Sebab aku try pakai yang lain, aku pinjam je dari dorang tapi aku still selesa gile dengan yang merah tu. Kononnya, aku pergilah survey yang wool jacket. Nak nampak elegant la kan macam victoria beckham ke, taylor swift ke. Tapi bila aku dah alami sendiri kat negara sejuk tu, ternyata kulit dan lemak aku tak sesuai untuk berpakaian nipis macam tu *sobbing* .  macam tu juga kasut, kemahen survey nak pakai boot lah kat sana. Tapi ternyata sport shoes lagi nyaman dan enak kerana banyak berjalan dan berlari dan berdiri. Hahaha

natalie

  1. Heattech (inner & legging)

Heattech ni adalah sejenis pakaian untuk cuaca sejuk, ada inner dan legging. Boleh cari kat UNIQLO atau mana-mana kedai pakaian musim salji. Nak murah dekat UNIQLO la sebab kedai lain mencecah ratusan ringgit. Inner & legging ni pakai lepas kita pakai panty & bra. Kiranya baju dan seluar yang paling ultimate sebelum pakai t-shirt berlapis-lapis. Tapi disebabkan aku dah buat survey & tanyakan pada kawan-kawan, aku tak beli pun heattech ni. Aku just bawa inner yang biasa aku pakai dengan blouse jarang tu & bawa legging biasa jeee. Haa berkali ganda aku save duit kat situ. Akmal yang beli heattech tu pun kata still rasa je sejuk & dia pakai t-shirt berlapis lagi banyak dari aku. Huhu

140522_m_heattech_bnr

 

  1. Muffler & Glove

For some people, not really important. But for me, it just for emergency incase I can’t stand the cold around my neck & numbness in hands. Bila dah ada waktu kejadian, memang aku sangat perlukan muffler and glove other than heatpack (nanti aku buka point yang lain). Muffler memang membantu untuk tutup hidung jugak sebab dah berair jadinya sedut angin sejuk. Aku dah siap-siap belajar cara ikatan biar nampak kemas dekat leher tu. Haaa bawah ni top 2 styles that caught my attention and aku memang selalu buat kat sana.

howtowearscarf1

Simple-Scarf-Knot

Untuk glove pulak, aku tak pasti ada berapa jenis tapi yang aku tahu kalau rasa tak ada nak pergi snow-skiing/snow-boarding, lebih baik bawa wool glove. Memang tebal dan boleh tahan dari sejuk. Nak nampak elegant dan ‘sakit’, pakailah leather glove. Hahaha…

  1. Heatpack/Heat pocket

Heatpack ni sejenis pemanas yang mobile. Boleh dibawa masa nak berjalan-jalan. Yela takkan lah nak angkut heater kat guesthouse tu bawa pergi Disneyland kaaan. Hahaha… heatpack ni ada 2 jenis, jenis letak dalam poket atau selit kat muffler dan jenis yang lekat kat baju. Aku beli both types tapi aku guna letak dalam poket je sebab bila lekat kat baju, kan tak gerak benda alah tu. Panas menggletik la belakang aku. Hahaha… Nasib baik ada jual kat daiso yang hanya berharga RM5.30 (naik sebab GST. Pwehh) ada 6-8 keping. Kalau beli dekat kedai UT/Travel Time tu, mahal nak mam la padahal ada 3-4 keping je. Dalam hidup aku ni kebanyakan barang yang aku guna dari daiso jeee. Murah + comel, macam kakton. Eh. Hiihihi… Cara pakai heatpack ni mudah je, buka plastik ni lepas tu genggam-genggam . Once dah rasa haba tu, letaklah dalam poket sambil masukkan tangan dalam poket tu. Yang aku boleh faham, heatpack ni macam tak function bila aku berada kat outdoor area. Tapi bila aku masuk tandas atau mall, it’s functioning as usual dan boleh tahan up to 8 hours.

tumblr_inline_no7oh0DCvl1sphy2o_500

  1. Plug Adapter

Aku selalu standby yang universal dengan yang biasa pakai kat rumah tu. So, mula-mula lekat yang universal adapter pastu baru lekatkan yang biasa 3-pin tu. Bolehlah guna 3 socket terus nak cas hp, powerbank, kamera,etc. universal adapter ni kalau tak silap dalam RM30, boleh je cari kat D.I.Y atau mana-mana kedai yang jual electric appliances. Sebabnya, plug pin Malaysia tak sama dengan negara lain selain UK. Beli sekali je, boleh bawa ke mana-mana negara melainkan kalau hilang kenalah beli baru *sigh*

plug

  1. Travel Toiletries Bag

Untuk beg yang ni aku suka jenis yang plastik compared to canvas. Dulu balik kampung, pakai je plastik rongak tu tapi bila dah meningkat dewasa ini pakailah yang kemas sikit. Huahuahua… dekat Watson ada, dekat Guardian ada. Kalau mahal, guna je ziplock plastic yang untuk letak sayur dalam peti tu.

kit

  1. Travel Pouch

Untuk memudahkan diri sendiri, tak bersepah dan nampak sikit wanita dalam diri, aku guna beberapa pouch untuk asingkan barang ikut jenis. Untuk ubat-ubatan (minyak kapak,minyak Mastika, heatpack, vicks, pads, pantiliners) dan untuk tata rias (bedak, sikat,losyen, moisturiser, lip balm, perfume). Sekurangnya takdelah sakit kepala nak cari bila dah buka luggage tu. Hahaha…

pouch

Cakap pasal losyen, aku difahamkan dan diingatkan untuk sentiasa pakai losyen berbakul-bakul tiapkali nak mulakan perjalanan. Sebab kulit rakyat Malaysia ni dianugerahkan untuk bertahan dengan cuaca di Malaysia, tapi bagi sesiapa yang tak ada masalah kulit bila pergi bercuti pada musim sejuk, amatlah beruntung. Pada mulanya aku ni dengar cerita orang jela yang dorang alami gatal-gatal satu badan bila tak pakai losyen masa bercuti. Tapi bila aku sendiri yang alami, hanya Allah yang tahu apa aku rasa. Hari ke-2 dah muncul bintik merah dekat tangan, kaki & badan aku. Gatalnya, tak boleh nak cerita. Malam dengan pagi memang sedap aku gosok. Padahal aku tak pernah miss sapu losyen kat satu badan. Kawan-kawan aku hanya alami kering dan gatal je, tapi lepas tu hilang. Aku je ke yang kena gatal teruk macam tu? *tears*

Aku bawa stok losyen 2 botol kecik, jenama Johnson&Johnson dengan Vaseline. Aku bawa hanyalah ikut citarasa bau yang aku suka, tapi yang sebenarnya Vaseline ada keluarkan jenis yang special untuk atasi masalah ni. Ermm tapi aku cari dekat Watson dengan Guardian tak ada pun.  Ada yang jenis biasa je. Tapi bila aku buat survey, memang jenis dari jenama Vaseline ni antara yang mujarab untuk atasi kulit kering semasa musim sejuk.

Vaseline-Intensive-Care-5-day-challenge

 

  1. Head Cushion

Yang ini sepatutnya, kalau tak travel ke luar negara pun memang dah kena ada untuk simpanan sendiri. Boleh guna masa nak balik kampung ke, bawa pergi ofis ke, bawa pergi berkelah ke. Hahaha… Head cushion ni untuk bantu posisi kepala supaya tidur tak melentok habis. Kalau tak habislah terkehel kepala, sebab tu ada je orang sakit tengkuk bila bangun tido selepas berjam-jam dalam kenderaan. Haaa yang ini ma belikan untuk aku warna biru. Haruslah kan, favorite colour aku.

 

 neck pillow

Last but not least, yang lain-lain tu perkara biasa jela yang perlu diambil kira bila nak berjalan jauh dari rumah. Bilangan baju, seluar, panty, bra,socks yang selesa dan ringan. Kalau boleh. Stok kudapan untuk alas perut. Lagi satu yang penting, aku suka standby plastik untuk baju kotor. Incase baju yang dah pakai tu terkena taik burung atau tak sempat kering, bolehlah sumbat dalam plastik supaya tak bercampur dengan barang lain.

Tiya To Tokyo. #part2

Harapnya boleh settle kan semua intipati untuk Tokyo trip ni. hahaha lagi banyak aku post, lagi banyak gambar yang aku letak. hewhewhew…

4th Day (Harajuku & Shibuya)

Inilah saat yang paling aku nantikan, untuk berada dalam kawasan yang penuh dengan manusia berbaju gelap. hahaha… Seriously kat area ni memang akan nampak ramai manusia tapi dorang sukakan baju yang gelap especially kat Shibuya. Geli hati aku bila fikir kenapalah dorang semua berbaju hitam. Tour guide kata, senang nak matching. erkk memanglah hitam itu menawan, tapi kan cantik kalau berwarna-warni baju sejuk tu. hahaha (itu aku jela yang suka dengan warna pelangi)

Kat Harajuku, pergi ke Takeshita Street. Lebih kurang macam Petaling Street, ada jual souvenir tapi aku tak borong lah. Beli sikit-sikit je, harga macam biasalah. Mahal jugak. Kami banyak jalan dan perhatikan manusia je. Tapi aku  ada beli fridge magnet sikit ¥950, t-shirt 2 helai ¥3,800, tote bag ¥1,000. Itu pun dah habis ¥5,750 (RM215).

Bila sampai Shibuya, kitorang jalan-jalan petang sambil pergi Preloved Shop untuk tengok apa lagi yang boleh dibeli. hahaha…

IMG_6158

(Gambar kat Shibuya aku tak sempat snap sebab ralit record kejadian kat Shibuya Crossing – Tokyo Drift kehkehkeh)

…………………

5th Day (Asakusa)

Final day to explore Tokyo before we were gone back to Malaysia!!! Tempat yang dituju semestinya tempat tradisional masyarakat beragama Shinto ni iaitu Sensoji Temple a.k.a Asakusa Kannon Temple (the oldest and the most popular temple in Tokyo), kau akan nampak di mana sahaja orang berpakaian Yutaka a.k.a Kimono. Aku tak pakai sebab nak sewa tu mahal woo kalau tak silap dalam RM200 duit Ringgit Malaysia.

Kat Asakusa ni barulah jumpa ramai orang kampung & jiran kampung sebelah. hahaha… Bila jumpa je, senyum pastu lega rasa hati dapat jumpa orang kampung. hahaha mengada tau! Kat sini banyak deretan kedai jual souvenir macam cookies, keychain, purse, t-shirt , dll yang ternyata lebih murah daripada Takeshita Street. hahaha terkena plak kita. Takpe lah, bukan selalu dapat shopping sesuka hati. Mana yang jumpa dulu, berkenan terus beli sebab nanti tak patah balik dah tempat tu.

IMG_6207

IMG_6246

IMG_6245

Singgah lunch kat kedai Muslim, tapi tak tahu samada owner Malaysian atau Pakistan sana. Memang ramai pelancong Muslim yang rasanya Malaysian jugak, beratur tunggu turn untuk penuhi perut yang kosong. Sedap weh ramen & chicken tu! Berbaloi makan sampai kenyang!

IMG_6240

.

.

.

Sekian sudah post untuk percutian di Tokyo, Jepun. Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang telah dibuang dalam atur cara (Tokyo Tower, Tokyo Skytree, Odaiba, Tokyo Cruise, Tokyo Camii Mosque & Akihabara Electronic Town) sebab kesuntukan masa. So, mungkin ada rezeki untuk pergi dilain kali. huhu insyaAllah… Tapi yang aku respek, susah nak jumpa tong sampah melainkan kalau ada vending machine barulah ada tong sampah kat sebelah tu. Makanya beg masing-masing jadi tempat buang sampah sementara.

Breakdown perbelanjaan untuk trip ke Tokyo, Jepun :

All the tickets (transport pass+disneyland+tour guide ),Guesthouse (5D 5N)

= ¥97,400 (RM3,652.50)

Return Airasia X flight ticket

= RM1,856.10

Shopping + BLD

= ¥35,000 (RM1,312.50)

Balik Malaysia kena banyakkan puasa lunch & outing untuk cover balik duit. hahaha… Takpe pengalaman manis & belajar budaya negara orang., itu yang penting.

okay, moh la kerja overtime selalu ye! hahaha…

Jepun – checked √

Snow – checked √

Tiya To Tokyo. #part1

Alhamdulillah berjaya untuk up kan part 1 ke Tokyo ni. Huhu kena betul-betul free baru syiok untuk menaip dengan kencang!

Currency waktu aku tukar duit kat Malaysia, dari RM3.56 (¥100) hinggalah jadi RM3.80 pada tarikh 23hb. Mendadak kau naik. Jadikan cerita, aku memang berjimat cermat lah masa keluarkan duit nak beli pape kat Tokyo tu. Dah dapat pergi pun kira baik sangat, tak perlulah aku nak shopping sakan. Hewhewhew… Suhu sepanjang kat Tokyo average 0’c up to 10’c… sangat sejuk untuk aku yang tak biasa guna aircond.

Aku dan Akmal memang amik cuti siap 23hb hingga 29hb, jumpa kat KLIA2 dalam 11pagi untuk check-in apa semua sebab flight kami ke Haneda Airport jam 1440 23hb waktu Malaysia. Sejujurnya ini 2nd time aku ke luar negara & 1st time pergi jauh dari Malaysia, sehari dua sebelum tarikh kejadian memang dah rasa nervous tapi bila dah sampai ke Jepun, haruslah happy sakan ^_^

Dijangka sampai ke Haneda Airport jam 2230 waktu Jepun tapi pilot kata sampai awal 15 minit, so tunggu jela sementara dia nak takes turn kat bay. Jumpa tour guide bernama Rasydan (Dan), kami pun amik bas airport untuk ke guesthouse. Tambang tiket bas tak pasti berapa. Dalam jam 0000, 24hb Feb 2016 waktu Jepun sampai ke guesthouse kami yang terletak di Gyotoku, Chiba. Dekat sangat dengan train, so memang sepanjang kat sana naik train jela nak ke mana-mana kecuali ke Fuji, naik kereta sewa sebab jauhnya dalam 2 jam lebih. So, straight to the point …

1st & 2nd Day (Disneyland & Disney Sea)

Selama aku hidup, rasanya aku hanya tertarik dengan cerita-cerita terbitan Disney tapi tak pernah terfikir untuk ke tempat yang dikatakan syurga kanak-kanak (orang tua pun eksaited tau!). Even USS yang paling dekat tu pun aku tak terfikir nak pergi, membazir kata haku. Tapi bila ada peluang untuk pergi ni, kita pun enjoy sama la tak kira lah umur tu nak masuk 3 series pun. Hahaha…

Naik train dari Gyotoku tu sampai ke Nishi-Funabashi, tukar train plak untuk ke Hasama iaitu stesen ke Disneyland/Disney Sea. Berselirat jugaklah aliran train kat Jepun. Pening aku nak faham. Kalau pergi sendiri tanpa faham bahasa Nihongo, mahu aku menangis je tiap kali nak merayau. Hahaha…

Sampai je kat Disneyland/Disney Sea, tergamam dan terharu sangat. Tak sangka dapat jejakkan kaki ke situ. Dan seperti biasa, terpaku tengok awek-awek Nihongo yang tak reti tahan sejuk ke denga hanya berskirt pendek. Omaiii. Aku ni yang berlapis pakai t-shirt dan winter jacket dan muffler lagi tetap rasa sejuk, dorang buat relax je. Tabiklah kat awek-awek tu!

Fare for 2-day passport = ¥12,400 (RM465)

Tak semua tempat kami masuk sebab besar sangat & sejuk plak tu, memang banyak duduk & rehat perhatikan banjiran manusia berkulit putih. Hahaha

Disebabkan currency mahal, aku bawa bekal makanan ringan untuk penuhkan perut. Aku memang bawa dari Malaysia sebab takut tak sempat nak cari bila sampai kat Tokyo. Tapi tup tup kedai runcit keliling je kat kawasan guesthouse tu. Harga minimum untuk sepinggan makan adalah ¥450 (RM17). Erkkk makan kat KL jela nanti. Hahaha… tapi nasib baik sebab Akmal bukan jenis makan makanan luar, jadinya share dengan dia jela kalau nak try pape makanan.

Lagi satu masalah aku masa mula sampai sini, restroom! Aduuuh canggih sangat toilet kat Jepun! Aku bingung sangat bila waktu nak weeweee. Haha sanggup tahan weeweee kat rumah walaupun sama je design tapi sekurangnya aku dapat elakkan dari lencun seluar kalau terpancut air. Hahaha

 

IMG_5789

Belanja gambar kat Disneyland & Disney Sea 🙂

 

 

IMG_5893

IMG_6013

 

 

3rd Day (Fujiyama)

Awal pagi aku dah bangun dengan Akmal nak buat bekal untuk ke Fujiyama. Sebabnya long journey, so bawalah bekal untuk dimakan dalam kereta. Bawa nasi goreng, nasi putih + sardin + sambal hitam & sandwich kaya (specially made by Madi Dharina. hihi). Jam 0830 dah nak gerak sebab amik masa dalam 2 jam untuk sampai.Naik Kachi Kachi Yama Ropeway (kereta kabel) dari Kohan Station to Fujimidai Station to see everything from the mountain summit to the base. You can see a magnificent view of Mt. Fuji and Lake Kawaguchi. It is said that Mt. Fuji is a mountain of religion and art. (need to research about it!)

Fare ¥720 (RM27) — tapi ada discount kalau 15 orang atau lebih, dapat ¥620

 

 

Aku ada baca pamplet yang ada kat stesen tu, kat atas bukit yang kami naik ni ada la beberapa tarikan macam Tanuki Chaya (jual Tanuki dumplings a.k.a racoon. erkkk), The bell of Tenjo (power spot yang kalau kita ring the bell while watching Mt. Fuji, your wish will come true especially for love and health), Usagi Shrine (berkenaan rabbit yang dalam cerita tradisional Jepun tajuk “Mt. Kachi Kachi”), Kawarake throwing ( baling Kawarake a.k.a auspicious pottery ke dalam bulatan tali tu, pastu dorang percaya akan dapat good match. huhu nasib aku tak cuba. kalau tak, mahu berpuluh kali aku campak. hahaha)

IMG_6046

IMG_6091

IMG_2678

my first snowman

Singgah ke Gotemba Premium Outlet. Fuuhhh Johor Premium Outlet pun aku tak sampai lagi, ini dah sampai yang Jepun punya. huhu… Kalau aku ni suka shopping, mungkin aku boleh hargai perbezaan harga yang dekat mall & dekat Premium Outlet ni. So, aku tak kisah sangat kalau tak shopping pun. Cuma belikan jam Swatch untuk Nabil & Kakak sebab ada sale. Kalau tak, aku mampu tengok jelah. Aku mencari jugak jenama Fossil tapi malangnya tiada. *uhuk uhuk*

Sebelum balik guesthouse, pergi makan grilled meat!!! Aduhaaiii terasa lagi kat lidah dok mengunyah daging Wagyu yang lembut dan sedap dan menggiurkan.

 IMG_6296

to be continued…

#3905takesPenang.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar semasa program/aktiviti kami berlangsung di Pulau Pinang. Kira nasib baiklah aku tanya Azwar dulu, kononnya nak pergi dengan cousin. Tup tap tup tap gunakan knowledge tu pergi dengan Safika, Sabrina, Suhana, Ariff & Naim. Semuanya sangat last minute. Pening jugak nak dapatkan kata sepakat. huhu pengalaman sungguh.

3H 2M. Jumaat (11hb) hingga Ahad (13hb)…

Ariff pinjam kereta ayah dia, memang sangat berbakti dari awal hingga selesai. Huhu… Tentatif & gambar macam biasalah, akan diletakkan dalam diari untuk permudahkan next time kot lah nak ke PP lagi sekali. Haaa

11 Sept 2015

12.30noon tunggu dorang pick up kat KTM Padang Jawa. Terus ke masjid untuk Ariff singgah solat Jumaat. Dalam 2.30pm bertolak amik Naim di Perak. For the first time aku tak tido bila jadi co-pilot. Hahaha. Nasib kurang baik, kitorang stucked kat Slim River dalam 1 jam lebih ada lori eksiden langgar pembahagi jalan tu. Kurang lebih, sampai kat Seri Iskandar dalam 7.30pm. Lepas solat maghrib & jamak Isyak baru bertolak semula. Around 11.00pm baru sampai kat Pulau Pinang & check-in dulu baru pick up kaklong ariff terus pergi makan.

Penginapan kat Little India Heritage India (area Restoran Kapitan) RM30/person/night. Girls’ room ada toilet, boys’ je dapat shared bathroom.

Makan malam kami : MENU – NASI KANDAR MOHD RAFEE (Pulau Tikus). Balik bilik, mandi dan rehat. Esok nak guna tenaga banyakkan. Poyo! Hahaha… Lagipun banyak masa terbazir kat atas jalan, tentatif jadi carca marba terus untuk Day 1.

Nasi Kandar Mohd Rafee RM11.70 Checked!

12 Sept 2015

7.30am dah keluar cari sarapan. Pergi sarapan kat kedai makan apa tah namanya, Ariff yang suggest sebab dia biasa makan kat situ. Aku cuba nasi lemuni & apom manis, makcik tu kata daun lemuni elok untuk pelancaran darah. Aku pun beli jela walau tak tahu betul ke tak.haha… Boleh tahan rasanya, takdelah pelik walaupun warna macam pelik sikit.

Kitaorang terus gerak ke Taman Negara di Teluk Bahang. Checked! Dalam 40 minit jugak sebab bebetul kat penghujung belah kiri peta Pulau Pinang. Dah book boat untuk balik, pergi daftar nama takut pape jadi kat dalam hutan tu ke (free entrance) & pergi tandas macam biasa lepas tu selfie reramai kat signage Taman Negara baru mulakan warm up dan mulakan perjalanan dalam 10.30am. We just enjoyed the environment and the journey 🙂 Takde nak kalut mana sebab boat tunggu kat Pantai Kerachut dalam pukul 1 petang, ada masa dalam 3 jam. Dalam trekking tu ada terjumpa anak ular, sesumpah, kera, semut hitam. Kitorang trekking je sampai ke pantai, penat jugak lah habaq hang! Lepastu boat tunggu kat Pantai Kerachut untuk ke tempat seterusnya. Supposedly ktorang berhenti kat Monkey Beach tapi terpaksa dibatalkan sebab kesuntukan masa nak pergi makan tengahari lagi, nak rehat lagi. Ada je Canopy Walk tapi ditutup sebab masalah pokok tumbang belum diselesaikan lagi, jadi boleh trekking kat bawah jela. Kalau ada, kena bayar RM3.00 je. mungkin untuk insurans huhu…

Sewa boat RM80 (RM13.30 sorang)

IMG_2545

Dalam tentatif lepas pergi Taman Negara, masuk 3D Trick Art Museum tapi semua sepakat taknak pergi. Sebelum pergi Bukit Bendera, makan coconut ice-cream kat area hotel tu je. Lepas tu singgah makan mee goreng sotong + coconut shake di Esplanade (kat Padang Kota Lama) yang sepatutnya try masa lunch tapi aku bawa ke tempat yang salah. Haha waze punya pasallah tu!

Coconut Ice-cream RM7.00

Mee Goreng Sotong RM5.00 + coconut shake RM4.00 (dua kedai ni sebelah je pun) Checked!

Aktiviti malam patut naik cable car kat Bukit Bendera tengok view malam tapi unexpected, hujan pulak. Jadinya tunggu hujan berhenti lepastu derak ke Batu Feringghi nak tengok ada apa je kat Night Market tapi takde lah besar mana, tepi-tepi jalan je. Aku pun belilah sikit fridge magnet (RM20.00 x 12 pcs) untuk kenangan. Sebelum balik bilik, lepak kedai char kuey tiau kat area situ je hlangkan lapar masa hujan. hihi..

IMG_2719

13 Sept 2015

7.30am check-out, kitorang dapat semula RM20.00 deposit. Terus ke Bukit Bendera sebab nak dapatkan harga tiket promosi MyKad RM3.00 (6.30am-9.00am/8.00pm-10pm). Nasib baik tak ramai lagi yang beratur beli tiket. huhu… Sampai kat atas, apa lagi ber-love locked la ceritanya. hahaha kami conquer tempat tu sementara pelancong lain tak ramai lagi. Memasing dah penat amik gambar, rehat kejap sambil makan bekalan yang kitorang bawa yang sepatutnya nak berpiknik kat Batu Feringghi. muahaha sambil tengok orang parasailing katanya. Dalam 11.00am dah sedia untuk turun semula dan teruskan perjalanan ke Gelugor beli Jeruk Madu Pak Ali. Tapi rupanya kat bawah Bukit Bendera pun ada kedainya, beli situ jela tak singgah Glugor. Teruskan perjalanan melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang tapi silap amik lane lalu ke Jambatan Pertama, dorang sanggup patah balik masuk pulau semula dan lalu ke Jambatan Kedua. ioll is so terharu *sobbing*

IMG_2729

Jeruk Madu Pak Ali (total) RM24.70

Minyak + Tol RM70.00

Miscellaneous RM20.00

Bajet ke Pulau Pinang dalam RM237.50

Itupun kalau ada makan yang share buat rasa dan kawal perbelanjaan. hihi… Aku anggarkan dalam RM250.00, kira berjaya lah tu. All in all, aku puas hati walaupun ada beberapa yang kitorang plan tapi terpaksa dibatalkan dan ditukarkan aktiviti. Takpe, next time boleh buat lagi trip dengan geng yang lain pulak ke. atau destinasi lain ke. hehehe

Pulau Pinang – checked √