Hello Kitty @ Hello Johor.

Lama sangat baru nak post bercuti kat Johor Darul Takzim. Sebenarnya takde la bercuti pun, lebih kepada idea nak bawa Kakak & Adik pergi Hello Kitty Town je. Kebetulan one of my officemates buat majlis sanding kat Pontian, singgah sebentar la. Tengok adat orang Johor buat “tol” utk rombongan pengantin lelaki. hehe interesting! Lepas tu terus ke hotel untuk check-in. Alhamdulillah Hotel Ariana @ Iskandar sangat selesa and affordable. Booked without deposit at booking.com and the best part, free-cancellation in case tak jadi pergi. 23/12/2016-25/12/2016 tarikh yang dipilih sebab cuti free Isnin tu, why not? 🙂

Macam biasa, bercuti sambil menikmati lazatnya makanan tradisi/popular kat kawasan tersebut. Kononnya kena try ZZ Sup Tulang, tapi tak tahulah kenapa yang kat belakang hospital tu tutup. Samada tutup atau pindah kedai. Pusing punya pusing, masing-masing dah lapar, singgah je kat Malay Village Restaurant. Quite popular jugak sebab masa ktorang masuk macam takde orang sangat tapi lepas beberapa ketika, makin ramai group of people singgah makan. Makanan pun sedap & servis pantas. Waktu malam, pergi Kilang Bateri katanya tempat membeli belah tapi bagi aku takde apa yang best pun. Kedai baju macam kat Times Square je, kalau best pun kat food court ada banyak kedai makan yang unik. Tapi sebab padat dengan manusia, ktorang hanya beli makanan yang boleh dibawa pulang je. Terperasan jugaklah kedai Chicken Chop sedap tu, panjang betul Q nya tak sampai hati hakak nak join the line. hahaha…

Hari kedua, keluar awal pagi sarapan kat kedai yang terdekat lepastu gerak terus ke Puteri Harbour untuk grab the early bird tickets. Takut jugak kalau sold out, merajuk laaa dua anak kecik tu tak dapat masuk Hello Kitty Town. huhu… Alhamdulillah we managed to get the lower price for the package! Instead of one theme, we got both with only RM60+/person. Sangat murah banding kalau beli online. Hampir 4 jam jugaklah dalam tu dengan activities, photoshoots, shows, etc. Macam tak percaya aku masuk Hello Kitty Town padahal bukan minat pun tempat-tempat macam tu. Haritu kat Jepun pun, tak sangka masuk Disneyland. huhu rezeki. Petang tu terus pergi Johor Premium Outlet padahal takde lah nak shopping pun. Lebih kepada jalan-jalan amik angin orang Johor. Malam tu terus tuju kedai makan, cari jugaklah kedai yang recommended untuk try sup gearbox tapi tak ingatlah nama kedai tu. Sebelum balik hotel singgah Pasar Karat tapi biasa je macam uptown kat KL. Jumpa jugak roti pelangi yang teringin sangat tu. hahaha rasa sama je macam roti buku biasa tu cumanya colourful. Beli sampai 2 bungkus bawa balik tapi akhirnya tak makan habis.

Sepatutnya, bercuti 2H 1M je tapi sebab nak masukkan jugak Forest City dalam senarai, aku & Tasha extend lagi satu malam padahal aku dah start demam selesema. Sepanjang kat Johor Bahru, memang selalu hujan tapi tak lebat lah. Entah macam mana aku boleh terlembik plak kali ni kena hujan sikit-sikit tapi terus demam. huhu Allahu… Check-out hari ketiga awal sikit sebab nak pergi sarapan kat Medan Selera Bomba Larkin, nak try Kacang Pool Haji. fuuhhh memang sedap lah, rasa macam nak beli lagi tapi sebab tekak tak best tu yang terpaksa kuburkan niat. Terus ke Forest City yang kat penghujung Semenanjung tu. Mengantuk. Best jugak pergi sana, semuanya berunsurkan environmental friendly. Tengok mock-up yang dipamerkan tu, memang besar kawasan untuk ditambak dan banyak sangat rumah landed/strata yang akan dibina. Tapi rasa macam kolaborasi antara Johor-China. Entah, tak habis research pasal Forest City tu. Sebelum balik, Tasha ajak masuk 3D art gallery. Pusing dan pusing, jumpa jugak Kuso Trick Art, harga tiket dalam RM20+ tak ingat jugak. hahaha… Mula-mula tak berminat, but yeaah it’s not bad either.

Sampai rumah dalam 10 lebih, badan dah penat sangat dan akhirnya EL esoknya sebab tak boleh nak angkat kepala. Melepek lah kat rumah seharian, tidur bagi hilang penat dan pening.

IMG_9987

ummi dan cik temah & cik joyah

IMG_3001

Boleh saya jadi bidadari awak? hiks

 

Johor Bahru – checked √

Kacang Pool – checked √

Advertisements

Bulgogi.

Tasha ajak temankan dia tukar hp yang rosak tu (masuk air masa snorkeling kat Perhentian) kat Mid Valley. Mira pun ada sebab dia semester break jadinya kita pun berjalan-jalan orang bujang lah, while Elin dup dap dup dap kat Klate jadi tunangan orang. huhuhu… Lepas penat ulang alik, akhirnya penuhi perut dengan makanan Korea kat The Gardens. Tasha cakap birthday treat sekali untuk Mira dan aku. hahaha

Akhirnya dapat makan bbq daging sedap dan lembut tapi sayangnya tak dapat nak nikmati sangat sebab gusi hakak tak baik lagi *crying*

IMG_8245

IMG_8246

IMG_8247

IMG_8249

IMG_8263

IMG_8267

IMG_8268

IMG_8264

This is the right way to taste the juicy of lettuce and bulgogi

.

.

.

Nanti boleh datang lagi dengan yang lain jugak. Really recommended! Tak ramai orang dan servis yang cepat dan boleh makan dengan tenang ♥♥♥

 

 

Iftar 2016.

Alhamdulillah menjadi jugak spontaneous plan untuk ber-iftar sesama geng diploma. Dalam seminggu discuss dan akhirnya decided untuk perempuan je. no boys are allowed. hahaha lagipun open plan haritu dorang dah join masa Ariff belanja iftar kat Kg. Baru, tapi aku tak join la. So, dah alang-alang Hanim ajak iftar sesama aku pun ajaklah Yuni & Munirah sekali. Ajak geng kat Shah Alam jugak.

Semuanya yuni yang aturkan, akhirnya makan dan berkumpul kat restoran Thai kat Seksyen 12 kot (lupaa). Makanan dia boleh tahan sedap dan ramai jugak yang berbuka kat situ. Steamboat style tapi kitorang amik ala carte je takut tak habis, tank memasing tak muat makan banyak bulan Ramadhan ni. Tapi insyaAllah akan datang semula untuk try. 😉

Yang bagusnya, dekat dengan toilet dan surau. This one i’ll give extra credit to the area!!!

Dah sudah makan dan solat dan sembang kosong, menuju ke I-city bawa Hanim & adik dia jalan-jalan tengok lampu jelaaa. Pusing punya pusing, pukul 1 jugaklah sampai rumah. nasib safika & aishah nak tolong hantar balik. huhu me love you both!

IMG_7700

IMG_7793

My Favourite Fs.

Food is my passion,

Friday was my birth day,

Fateha is one of my favorite person.

Akhirnya di petang Jumaat yang indah, dapat jugak jumpa seorang gadis yang sentiasa menceriakan hari-hari aku especially waktu mood aku tak okay. Kenal gadis ni sejak part 1 Diploma kat Perak dulu. Hari pertama je dah ngam walaupun dia pendiam sambil tengok je mak & kakak-kakak dia kemaskan almari, katil & beg dia. Hahahaha gile kau mena, manja betul padahal rumah kat Sungkai je!

Aku, Mena, Malin & Yuni sentiasa je contact melalui WhatsApp, walaupun jarang jumpa. Ermm rasanya tak pernah jadi plan. Last berkumpul 4 orang, masa aku dan yuni convo. *sobbing* tapi takpelah, moga semuanya dalam jagaan Allah SWT. Ameen… tapi tak bermakna tak boleh nak sudden plan jumpa lepas kerja. Yuni memang jauh la nak berkejar ke KL, malin plak tak turun KL. Jadinya, aku dan mena jelah buat short and crazy meet up.

So, sementara tunggu nak solat maghrib, kami pergi mengenyangkan perut. Aku cadangkan makan kat B.bap Korean Food. Dah lama teringin nak cuba korean food selain Dubu-Dubu, aku nak yakinkan diri apa yang sedap korean’s ni berbanding japanese’s. Mena pilih O Jing Eo Bokem (stir fried squid), aku pilih Tteok Bokki (fried rice cake) and Chicken Jajang Myeon (black bean paste with noodle). Aku saja pilih lebih, disebabkan portion besar boleh kongsi rasa dengan mena. At least, takde lah aku membazir kalau makan sorang je.

Lepas 2 3 suap untuk tiap makanan, okay aku surrender. Makanan korea bukan ikut citarasa aku. Mungkin lah, (mungkin) ada makanan korea lain yang aku tak pernah cuba lagi yang sedap. Tapi buat masa ni, aku pilih japanese’s. Akhir kata, hari jumaat tu hari yang bahagia. Kalaulah malin dan yuni pun ada, bertambah kali ganda bahagia. 🙂

Yang aku tahu B.bap Korean Food ni ada kat Nu Sentral, Avenue K, IOI City Mall Putrajaya.

Sunway Putra Mall.

Kuala Lumpur ataupun lebih dekat dengan hatiku adalah Setapak region. Mungkin sebab lahir kat General Hospital & membesar selama hampir 20 tahun, dah sebati dengan diri aku. Mana tak nya, semua kenalan aku memang kat kawasan situ jela. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan tempat dagu kena sagat jalan raya. hahaha *pwehhh*

Tak ada apa pun nak cerita, cumanya nak rasa excited sebab kat Jalan Pekeliling dah ada tarikan utama selain PWTC. Iaitu sebuah mall yang ada banyak kedai untuk dicuci mata. hahaha yang paling penting dekatlah dengan kawasan Setapak & Lrt Station. Hoyeaahhh!!!

Pertama kali pergi, singgah makan Boat Noodle dengan Tasha. Lepas tu, berkali-kali la singgahnya dengan orang lain. Tak payah nak pergi jauh ke Times Square nun. Banyak cafe/restoran yang ada kat SPM tu, kita slowly cuba satu per satu ye. Boat Noodle dah. DC Comics Restaurant pun dah. Nanti nak cuba Seoul Garden plak.

.

.

.

~DC Comics Restaurant~

 IMG_5498

Overall, harga untuk secangkir kopi agak mahal. Mungkin kos untuk lukis logo itu kot. hahaha *sigh*

Yang penting aku dah jumpa pemilik hatiku. acececehhh

IMG_5511

Kuantan, Pahang.

Sabtu lepas (26 September 2015) aku & Akmal temankan Lynda ke majlis kahwin kawan dia kat Kuantan, Pahang. Semuanya last minute. Aku pun setuju, takde plan pape dengan family. Tapi kak nany sekeluarga still kat rumah la, cuti Raya Haji. Lepas pick-up Akmal, ktorang gerak dari IJN dalam 8 lebih. Sampai kat Kuantan tu dalam 11.30am. Sampai lewat sikit sebab patutnya Linda nak tengok kawan dia tu nikah, tapi takpelah asalkan semuanya berjalan lancar yedokk.

Linda nak singgah ke rumah sewa adik dia yang belajar kat UMP, tapi ktorang lepak kat Kula Cakes dulu. Sebab viral pasal Mango Cheesecake dorang yang sedap meletop letop tuuu. Maakaihhh panjang jugak weh beratur! Tapi kuatkan semangatlah, beratur sampai berjaya ke kaunter. haha… Sedap! Sekali air Pandan Cooler dorang makan masa cuaca terik, memang refreshing weh! Rasa macam nak lagi waktu tu tapi dah tak sanggup nak beratur aihhh.

IMG_3016

IMG_3018

Beli 2 set yang berbeza, share 3 orang. manis gituuu…

Sebelum sampai ke UMP, Gambang pergi beli KFC kat Teluk Cempedak. Terjumpa plak Nina (coursemate masa Uitm), aku ternampak dia post gambar kat tempat yang sama. haha coincidence sangaaat.

IMG_3048

Cantik sangat Teluk Cempedak! Subhanallah langit cerah, pasir putih, angin menyepoi-nyepoi. hahaha memang seronok lah bergambar kat sini ^_^

Bertolak semula ke KL dalam 7.30pm, tup tup jammed. Kat Lanchang & Karak. Sampai sakit nak terkencing tetiga anak dara niii. huhuhu… Akhirnya aku teman Linda tidur kat rumah dia sebab dah lewat sangat sampai rumah, dalam 11 lebih.