“Luruh Hatiku” ke Aussie. (Melbourne)

Assalamualaikum Lady D! Allahu hampir 3 bulan baru sempat nak tampal kenangan dalam ni. Sibuk naw naw, asal dapat free time je aku lebih rela tidur atau scroll Instagram untuk rehatkan diri. Huhu paling syok kalau tidur, ganti rugi setelah 5 hari keje non-stop.  Takpelah, yang penting kenangan tu masih segar dalam ingatanku dan insyaAllah hingga ke mati.

Holiday kali ni pun sama macam sebelum ni, 2 bulan sebelum tarikh baru plan. Sepatutnya bulan 7 selepas raya tapi itulah, perancangan Allah paling tertinggi. Aku amik masa 2 bulan tu lah buat research & prepare segala keperluan. Alhamdulillah kali ni pun masih lagi atas sebab yang sama iaitu ‘kerja’ dan dengan izin-Nya, kos untuk aku ditanggung semua kecuali duit shopping la pepandai aku simpan duit gaji. Huhu… takdelah nak research sangat sebab booked dengan ejen kat sana, rakyat Malaysia so semuanya ditanggung beres. Hanya perlu sediakan tenaga & mental 😉

Sebulan sebelum tarikh, timbul isu cuti staff kena freeze sebab e-Tanah nak GoLive seminggu selepas tarikh aku berangkat. Nak minta cuti pun memang tak diluluskan, siap kena bagi attachment untuk surat mohon cuti tu. Aku memang dah down gile sbb tiket semua dah beli kottt! Berlalulah hari-hari kat ofis dengan wajah yang sugul. Muahaha… akhirnya dapat kata putus, GoLive tarikh dalam bulan Ramadhan nanti. Maka berangkatlah segerombolan manusia ke Melbourne, Australia. Details :

Tarikh : 07/05/2017-11/05/2017

Lokasi : Melbourne, Australia

Matawang : 1 AUD = RM3.28

Musim : Luruh

Suhu : 10’c ~15’c

Beza waktu antara Oz dan Malaysia, sana cepat 2 jam so takdelah aku jet-lagged sangat. Cuaca sangat indah & nyaman, tak perlu pakai jaket tebal sangat tapi aku tetap bawa satu incase aku tak tahan sejuk & satu jaket sederhana tebal untuk hari-hari biasa. Suhu masa tu dalam 10-15’c tapi tak sesejuk kat Jepun haritu, daun-daun Maple yang kekuningan ada sikit je kat beberapa tempat but then alhamdulillah got the chance to experience it and touch the leaves as I always dream about that Mohabbatein Bollymovie. Hahaha mulalah lagu-lagu dalam cerita tu berkumandang kat telinga aku ni.

Melbourne got so many tourist attractions but time constraint. Hence, we do not have much time to cover all… It’s okay babe, at least I had that opportunity. In fact, Oz has been always in my list since I can’t pursue my study there in 2008. (It’s for free guys! Just study and baby-sits 2 kids. But Allah knows best) Oklah, sambung semula cerita di Melbourne. Tempat tinggal memang selesa! 5 bintang! Apartment 2 bilik siap dengan ruang tamu, dapur, tandas. Ada balkoni mengadap pemandangan bandar yang cantik tapi sayang satu gambar pun aku tak snap. “A crystal vision in the heart of Melbourne, Marco Melbourne” (42-48 Balston Street Southbank Melbourne, Victoria Australia)

Trip yang aku discover sepanjang 5h 4m tu, antaranya :

1.       Phillip Island

2.       Great Ocean Road

3.       Melbourne City

Untuk hari pertama, 08/05/2017 ke Phillip Island. Tempat pertama yang dituju adalah Chocolate Factory. Dari Southbank hampir 2 jam jugaklah. Terus makan tengahari, aku makan chicken curry + rice. Memang berbeza sangat rasa karinya. Hahaha tapi telan jela harga RM30 kot, tak habis sebab perut sebu. Teruskan perjalanan ke Churchill Island Heritage Farm, The Nobbies, Penguin Parade, Cowrie Beach, Cowes & Summerland Scenic Route. Tak sempat masuk Phillip Island Wildlife Park sebab tutup 5pm, kami sampai dalam 5.30pm. sedih tak dapat bermesra dengan kangaru.

IMG_6281

Happy birthday kakak! May Allah shower you His blessing and mercy upon you sayang Tiya.

Hari kedua 09/07/2017, jenjalan kat Melbourne City, destinasi pertama adalah Queen Victoria Markets untuk beli souvenirs yang diidamkan sebab takut tak sempat kalau shopping hari terakhir. As usual, I bought fridge magnets, key chains and coin purse for them in Malaysia. Lepastu breakfast kat taman ala piknik katanya. Huhu.. Teruskan perjalanan ke Federation Square, Shrine of Remembrance (pic below), naik trem tapi tak ingat dari stesen apa ke stesen apa, Flinders Street Railway Station. Hari kedua ni relax sikit tak terburu-buru sebab kawasan nak lawat adalah sekitar bandar je. Waktu malam kat sini cepat pukul5 dah start gelap sebab masuk Maghrib, tapi orang Melbourne still lepak kat kawasan bandar tu sepanjang area Yarra River. Ada singgah ke Direct Factory Outlet Essendon tapi aku terlupa gilaaa waktu pagi atau petang *sigh*.

IMG_4075

Hari terakhir berjalan adalah trip ke Great Ocean Road.  Trip ni mencabar mental dan fizikal sebab perjalanan yang terlalu lama, nasib baik tak drive sendiri duduk saja pun letih weh apatah drive!!! Mula perjalanan jam 8pagi sbb takut tak sempat sampai airport untuk check-in pukul 8 malam. Sepanjang perjalanan GOR, tanah lapang penuh dengan lembu, kangaroo. Senang sangat nak nampak tapi tu lah, mungkin liar. Wallabi pun ada kat padang besar tu, kecik sikit dari kanggaru. Bila dah sampai kat destinasi, sepanjang jalan tu lautan yg luas dan biru. Dah sama macam langit. Subhanallah puas hati lepas penat makan tidur hampir 3 jam dalam van. Sesekali melayan keletah anak-anak kecil, hilang bosan 🙂 sehingga 7 malam baru sampai kat destinasi akhir iaitu GOR Memorial Arch. Turun sikit kat tepi pokok-pokok tu, terus sampai ke pantai pasir putih & halus. Senja plak tu, tengok matahari terbenam. Terus ke Melbourne Airport, Victoria. (formerly known as Tullamarine Airport). Tak silap aku, tour guide iaitu En. Amir & En. Ganteng ada cerita sikit pasal airport ni sebenarnya gantikan Essendon Airport yang dah jadi kawasan untuk aircraft yang besar je. Jadi kawasan kargo alaa macam LCCT kan sekarang dah berpindah jadi KLIA2. It is the second busiest airport in Australia.

1-Day-GreatOceanRoadTour-Route-Map

(Google)

IMG_1072

Loch Ard Gorge (ihsan dari Isma)

Begitulah percutian kali ni, pengalaman baru, negara dan musim yang berlainan, serta kenalan yang baru. Alhamdulillah rezeki aku. *tears* kali ni aku tak shopping banyak. Hanya untuk mereka yang dekat sahaja, lebih kepada menikmati masa lapang. Memula nak beli something untuk dia, tapi bila fikir balik “ahhh tak payah nak beria la Nadirah!” hurmm.

FCUN4058

I love the touch of ocean breeze on my skin

 

Breakdown kali ni tak sempat nak simpan, dah lama sangat hilang ingatan dah. huhu… Tapi kali ni aku tukar duit Malaysian Ringgit banyak jugak dalam RM2,000.00 tapi belanja sikit je. Dapat balik RM1,200 di mana aku shopping + BLD dalam RM800.00 sahaja.

Aussie – checked √

Kangaroo – checked √

Maple + Autumn – checked √

 

Hello Kitty @ Hello Johor.

Lama sangat baru nak post bercuti kat Johor Darul Takzim. Sebenarnya takde la bercuti pun, lebih kepada idea nak bawa Kakak & Adik pergi Hello Kitty Town je. Kebetulan one of my officemates buat majlis sanding kat Pontian, singgah sebentar la. Tengok adat orang Johor buat “tol” utk rombongan pengantin lelaki. hehe interesting! Lepas tu terus ke hotel untuk check-in. Alhamdulillah Hotel Ariana @ Iskandar sangat selesa and affordable. Booked without deposit at booking.com and the best part, free-cancellation in case tak jadi pergi. 23/12/2016-25/12/2016 tarikh yang dipilih sebab cuti free Isnin tu, why not? 🙂

Macam biasa, bercuti sambil menikmati lazatnya makanan tradisi/popular kat kawasan tersebut. Kononnya kena try ZZ Sup Tulang, tapi tak tahulah kenapa yang kat belakang hospital tu tutup. Samada tutup atau pindah kedai. Pusing punya pusing, masing-masing dah lapar, singgah je kat Malay Village Restaurant. Quite popular jugak sebab masa ktorang masuk macam takde orang sangat tapi lepas beberapa ketika, makin ramai group of people singgah makan. Makanan pun sedap & servis pantas. Waktu malam, pergi Kilang Bateri katanya tempat membeli belah tapi bagi aku takde apa yang best pun. Kedai baju macam kat Times Square je, kalau best pun kat food court ada banyak kedai makan yang unik. Tapi sebab padat dengan manusia, ktorang hanya beli makanan yang boleh dibawa pulang je. Terperasan jugaklah kedai Chicken Chop sedap tu, panjang betul Q nya tak sampai hati hakak nak join the line. hahaha…

Hari kedua, keluar awal pagi sarapan kat kedai yang terdekat lepastu gerak terus ke Puteri Harbour untuk grab the early bird tickets. Takut jugak kalau sold out, merajuk laaa dua anak kecik tu tak dapat masuk Hello Kitty Town. huhu… Alhamdulillah we managed to get the lower price for the package! Instead of one theme, we got both with only RM60+/person. Sangat murah banding kalau beli online. Hampir 4 jam jugaklah dalam tu dengan activities, photoshoots, shows, etc. Macam tak percaya aku masuk Hello Kitty Town padahal bukan minat pun tempat-tempat macam tu. Haritu kat Jepun pun, tak sangka masuk Disneyland. huhu rezeki. Petang tu terus pergi Johor Premium Outlet padahal takde lah nak shopping pun. Lebih kepada jalan-jalan amik angin orang Johor. Malam tu terus tuju kedai makan, cari jugaklah kedai yang recommended untuk try sup gearbox tapi tak ingatlah nama kedai tu. Sebelum balik hotel singgah Pasar Karat tapi biasa je macam uptown kat KL. Jumpa jugak roti pelangi yang teringin sangat tu. hahaha rasa sama je macam roti buku biasa tu cumanya colourful. Beli sampai 2 bungkus bawa balik tapi akhirnya tak makan habis.

Sepatutnya, bercuti 2H 1M je tapi sebab nak masukkan jugak Forest City dalam senarai, aku & Tasha extend lagi satu malam padahal aku dah start demam selesema. Sepanjang kat Johor Bahru, memang selalu hujan tapi tak lebat lah. Entah macam mana aku boleh terlembik plak kali ni kena hujan sikit-sikit tapi terus demam. huhu Allahu… Check-out hari ketiga awal sikit sebab nak pergi sarapan kat Medan Selera Bomba Larkin, nak try Kacang Pool Haji. fuuhhh memang sedap lah, rasa macam nak beli lagi tapi sebab tekak tak best tu yang terpaksa kuburkan niat. Terus ke Forest City yang kat penghujung Semenanjung tu. Mengantuk. Best jugak pergi sana, semuanya berunsurkan environmental friendly. Tengok mock-up yang dipamerkan tu, memang besar kawasan untuk ditambak dan banyak sangat rumah landed/strata yang akan dibina. Tapi rasa macam kolaborasi antara Johor-China. Entah, tak habis research pasal Forest City tu. Sebelum balik, Tasha ajak masuk 3D art gallery. Pusing dan pusing, jumpa jugak Kuso Trick Art, harga tiket dalam RM20+ tak ingat jugak. hahaha… Mula-mula tak berminat, but yeaah it’s not bad either.

Sampai rumah dalam 10 lebih, badan dah penat sangat dan akhirnya EL esoknya sebab tak boleh nak angkat kepala. Melepek lah kat rumah seharian, tidur bagi hilang penat dan pening.

IMG_9987

ummi dan cik temah & cik joyah

IMG_3001

Boleh saya jadi bidadari awak? hiks

 

Johor Bahru – checked √

Kacang Pool – checked √

Bulgogi.

Tasha ajak temankan dia tukar hp yang rosak tu (masuk air masa snorkeling kat Perhentian) kat Mid Valley. Mira pun ada sebab dia semester break jadinya kita pun berjalan-jalan orang bujang lah, while Elin dup dap dup dap kat Klate jadi tunangan orang. huhuhu… Lepas penat ulang alik, akhirnya penuhi perut dengan makanan Korea kat The Gardens. Tasha cakap birthday treat sekali untuk Mira dan aku. hahaha

Akhirnya dapat makan bbq daging sedap dan lembut tapi sayangnya tak dapat nak nikmati sangat sebab gusi hakak tak baik lagi *crying*

IMG_8245

IMG_8246

IMG_8247

IMG_8249

IMG_8263

IMG_8267

IMG_8268

IMG_8264

This is the right way to taste the juicy of lettuce and bulgogi

.

.

.

Nanti boleh datang lagi dengan yang lain jugak. Really recommended! Tak ramai orang dan servis yang cepat dan boleh makan dengan tenang ♥♥♥

 

 

Wisdom is not really ‘wise’.

Kali ni masuk dua kali dalam seumur hidup aku kena ujian sakit dibahagian geraham bongsu/geraham bijaksana/impacted tooth/wisdom tooth. Aku panggil geraham bongsu je. First time, raya tahun lepas. Tak silap aku raya ketiga start sakit, masa tu dah nak balik KL dari Kelantan. Aku expect waktu tu sakit geraham B sebab banyak makan ayam dan daging. Biasalah, raya je aku akan mengunyah rendang tak henti. Sebelum ni Alhamdulillah sihat, tapi mungkin tiba waktu aku untuk hadapi ujian sebab selama geraham B aku tumbuh, aku tak hadapi masalah melainkan tumbuh senget dan orang keliling plak mengadu sakit geraham B nak tumbuh sampai demam bengkak muka.

Rupanya sakit tu bukan sebab geraham B semata, gusi yang tutup separuh gigi geraham B aku tu bengkak. Mungkin akibat terlalu banyak kunyah dalam sehari. selama dua tiga hari tu aku ingatkan daging/sisa ayam yang tersekat celah gigi Sakit tambahan, sakit tekak walaupun masa nak telan air liur dan sakit telinga kepala masa nak tidur. Sampaikan Che Ha bagi painkiller pills aku habiskan 5 biji tu dalam seminggu tiapkali nak tidur. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

wisdomteeth

inilah yang terjadi. mungkin sebab aku banyak makan dalam sehari, sisa makanan sekitar gigi geraham B tu ada lagi tu yang bakteria buat gusi aku bengkak

Aku ada baca sikit info pasal impacted tooth itupun lepas dah sakit gini cara.hahaha nangis Kiranya ni kali kedua waktu raya jugak! Akibat makan rendang dan sate banyak sangat haritu!!! Sakit sebelah kiri je, bersyukur sangat sebab last year kena both sides memang berdenyut rahang dan kepala tiapkali kepala aku kat lantai. Sakit yang sama la, gusi tutup separuh gigi geraham B tu bengkak, tekak sakit nak telan air atau makanan.Siap pakai koyok kat pipi tapi tak jadi apa pun, sakit masa nak tarik keluar habis rambut muka aku! Ada banyak jenis jugak cara wisdom tooth ni keluar dan mine is vertical impaction (partially). So, memang akan sakit gusi yang separuh tutup gigi geraham B aku tu sebab bila gigit makanan, gigi geraham atas akan tekan gusi tu. Akhirnya bila tak dibendung dan tak gosok bebetul, jadi bengkak.

wisdom types

Solution untuk kali ni, aku hanya mampu bertahan dan kumur Oradex Antibacterial Mouthwash yang dentist suggest haritu sebab aku mengadu sakit gusi kat gigi geraham B dan ada ulser. Aku beli kat farmasi je. Kelebihan dia sebab ada Chlorhexidine (http://www.oradex.my/product.html)

AntiBac20160410

InsyaAllah, ujian yang aku terima ni dapat menghapuskan dosa-dosa aku. Semoga aku kuat! Fighting!!! *sobbing*

wisdom-teeth

Gigi sayang jangan gaduh-gaduh ye, kesian aku.

Tooth Fairy.

Ingat tak filem yang The Rock berlakon jadi pari-pari comel sebab selama ni pelakon perempuan yang bawa watak pari-pari comel curi/ambil gigi orang untuk ditukarkan kepada mimpi yang baik-baik? Alaaa itupun sebab Derek Thompson didn’t believe that such thing bila anak dia simpan gigi bawah bantal. Bila satu pagi tu dia bangun tidur, muncul plak sayap pari-pari tu. dan bermulalah cerita yang buat orang kering gusi asek tergelak je.

Takde, sebenarnya nak cerita yang akhirnya aku pergi klinik gigi untuk cuci gigi atau bahasa tinggi dipanggil Dental Scaling or Scaling Teeth buang segala plaque (karang) and tartar kat celang gigi dan gusi tu. Serik nak pergi klinik kat Bangunan Suria tu sebab punya lama aku tunggu giliran, tup tup kejap je doktor tu check lepastu kata tak perlu cuci. terus aku trauma nak pergi klinik gigi. hahaha

Survey punya survey klinik kat Kg. Baru la, kat Sri Rampai la. Akhirya kat Presint 8 ni sendiri dah ada klinik gigi, so memang tak buang masa terus aku msg nombor hp yang ada untuk tanya harga & buat appointment. Nama klinik dan logo comel jeee, buat hati hakak terkinja-kinja tak sabar nak pergi.

Alhamdulillah doktor yang bertugas masa tu Dr. Hafizah, sangat peramah dan sembang-sembang terangkan apa yang aku kena buat. Pembantu dr. masa tu aku dengar nama Baya dan Mega pun baik, senyum je takdelah aku cuak sangat. tapi yang sebenarnya masa first round treatment tu aku dah menangis sebab tahan ngilu. bukan nangis, tetibe mengalir sendiri air mata tu. hahahaha. Rezeki bulan Ramadhan, aku dapat diskaun untuk consultation and dental checkup. RM100, dapat 30% less kena bayar RM70 sahaja.

Gambar tak sempat snap sebab pertama kali lepas 6 tahun, cuak + sedih je dalam otak ni. mengada sangat! So, gambar ihsan facebook klinik ni jelaa

Klinik Pergigian Toothie Tales

https://www.facebook.com/toothietalesputrajaya/?fref=nf

toothie tales

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Alhamdulillah. Syukur teramat sangat, tak sangka rezeki untuk pergi ke Pulau Perhentian akhirnya tercapai. Mulanya rancang untuk 2018 nanti masa reunion dengan geng diploma, tak sangka seawal ini dapat pergi. Huhuhu… sebenarnya perancangan awal, hanya aku tasha elin & mira. Geng the girls la ni nak release stress kat bandar, tup tup jadi percutian geng bujang sebab nabil adam amier & syazwan pun ikut sekali. All sponsored by ciksu jon sebab nak the boys ikut sekali jadi bodyguards. Hahaha… Ciksu sponsor tiket flight & pakej yang aku booked kat agensi.

Lepas aku survey kat pakcik Google, aku pilih Perhentian Kecil untuk tempat yang dituju sebab sesuai untuk backpackers yang tentunya harga murah untuk accomodation (banyak chalet), pantai yang cantik biru hijau wehhh. Paling tepat, aku nak hiking ke Windmill Station sebab dari atas boleh nampak lautan hijau biru yang macam dekat pulau-pulau mahal kat obersi sana tuh.

Survey punya survey, aku amik pakej dari @perhentiankravers yang popular kat instagram tu, aku check semua gambar yang bagi good feedback lepastu whatsapp nombor yang ada tu untuk tanya harga. Kami pilih tarikh 6-8 Mei 2015, memandangkan semua free waktu tu tapi harga antara yang mahal sebab tarikh tu dah masuk peak season. Tiap hari selama sebulan dari tarikh, asek dok sembang pasal perhentian je dalam group bujang tu. Hahaha semua dah macam angau je, especially hakak laaaa. Asek screenshot gambar kat pantai simpan jadikan idea nak snap kat Perhentian nanti. 😀

Itinerary

5 Mei 2016

9.30pm

Berkumpul kat Terminal Bersepadu Selatan, naik bas ke Jeti Kuala Besut. So, dalam 5 minit je jalan dari stesen bas ke jeti.

Harga tiket RM48.00 (Mahligai Express)

6 Mei 2016

6.30am

sampai di stesen bas Kuala Besut, cuci muka & solat kat surau yang berhampiran.

7.10am

sarapan. Fuuh sedapnya makan nasi dagang ganu. RM3.00 je amik kuah gulai ayam.

8.15am

jumpa jahid (@perhentiankravers) untuk naik bot ke pulau. Rupanya kawan nabil.

9.30am

sampai kat pulau, tapi check-in chalet pukul12. 2 jam duduk lepak kat kedai makan tepi  tu. Panas, melekit badan tak yah cerita laaa. Dah la mengantuk lagi.

12noon

check-in terus tido tapi dah inform semua 2.30pm berkumpul kat pantai nak pergi hiking. Kalau lambat naik nanti lambat turun plak. The girls keluar 1.30pm sebab nak pergi lunch dulu, malangnya tak dapat nak contact the boys sebab coverage memang tak okay + tak tahu bilik dorang kat mana.

3.00pm

baru start hiking ke Windmill Station. Mengikut research yang aku buat, katanya hiking tu kejap dalam 30 minit je. Yep memang betul kejap je, tapi azab nak mendaki tu hanya Allah je yang tahu. *crying* gile penat + menyesal + semput!!! Tapi bila dah sampai ke atas, subhanallah cantik sangat view dari atas tu ke lautan perhentian tu. *crying+joy*

6.00pm

Dah sampai semula ke pantai setelah berjam duduk selfie kat Windmill Station tu. Dah penat, tak mampu nak buat pape. Yang nak pergi kayak, dorang pergi sendiri. Yang tak, saja berjalan dipesisiran pantai amik angin petang sambil tunggu sunset.

8.30pm

Dinner kat tempat yang ada wi-fi sambil main game werewolf. Sepanjang kat perhentian ni, selain makan game ni yang menyatukan kitorang. Walaupun sakit hati main game ni asek kalah tapi yang best nya sebab banyak ketawa macam tak ada masalah je semua. Bising satu hal. Hahaha…

9.30pm

Lepak kat Long Beach sebab lifestyle kat belah sana ‘hidup’ sampai ke tengah malam. Mungkin sebab situ banyak mat salleh yang duk lepak kat bar, ada fireshow sebagai aktiviti malam. Kat belah chalet kitorang Coral Bay ni kebanyakan kedai makan tutup 10pm dan tak ada aktiviti malam.

11.45pm

Semua masuk bilik memasing untuk berehatkan badan yang seharian penat, esok ada aktiviti yang lagi memenatkan. Snorkeling!!!

7 Mei 2016

9.15am

Sarapan kat Sunset Corner lepas tu terima arahan seterusnya untuk pergi ke snorkeling point. Dalam pakej yang aku amik ni, dapat 5 points untuk snorkeling but still bergantung pada masa ke semasa kalau ada kejadian yang tak dapat dielakkan macam hujan atau semua dah penat.

10.00am

Snorkeling time!!!! 3 points sebelum lunch, berhenti lunch + solat kat Kampung Nelayan, sambung lagi 2 points sampai petang. Aku hanya mampu buat 2 points sahaja itupun setelah dipaksa. Yes i did it *sigh* aku tak suka berenang, not my thing. Hahaha… Aku nak pergi Perhentian pun sebab nak rehatkan diri jalan-jalan tepi pantai tengok sunrise, sunset. Tapi akhirnya aku berjayalah jugak melawan takut tu. Fuuuh pukul 6.30pm baru sampai semula ke Coral Bay setelah seharian berenang-renang di tengah lautan cinta Ilahi.

8.30pm

Dinner time. Makan seafood bbq kat Sunset Corner sambil main game lagi. Hahaha…

10.30pm

Lepak kat Ombak Cafe, salah sorang pekerja situ kawan Nabil jugak. Alahai adik, tahulah dulu pengerusi kolej perhentian. Kat pulau ni pun ada membe kau jugak eh.

8 Mei 2016

8.30am

Breakfast kat Sunset Corner lagi buat kali terakhir. Lepastu balik bilik kemas bag semula, ready nak pergi ke jeti untuk balik ke darat semula. Tinggallah semua syurga dunia untuk pulang semula ke realiti. Macam tak cukup je cuti 3H 2M kat perhentian tapi apakan daya, ada tanggungjawab yang sedang menanti. Lagipun kalau cuti lama-lama kat tempat yang sama je, bosan jugak. Lainlah kalau pergi merayau ke tempat lain pulak kat Terengganu tu. Mencari makanan yang sedap. Kihkihkih

4.15pm

Dah ada kat airport KB untuk bersiap sedia check-in untuk fly semula ke KL. Aku suruh tasha beli tiket 5.20pm sebab taknak terlalu awal nanti rushing, semua badmood. So, ngam ngam sampai KLIA2 dalam 6.30pm dan berpecah ke haluan masing-masing. Aku sampai rumah dalam 8.00pm terus keluarkan baju kotor untuk dibasuh. Dah bau hapak dah.

 IMG_7002

IMG_7053

IMG_7085

 

 

.

.

.

Budget ke Pulau Perhentian Kecil :

Pakej               RM300.00/pax

Tiket bas          RM48.00/pax

Tiket flight       RM69.00/pax (if i’m not mistaken)

Fridge mag.     RM14.00 (4 ketul)

Miscell.           RM150.00

 

 

So, it is….

 

Pulau Perhentian – checked √

Snorkeling – checked √