Hello Kitty @ Hello Johor.

Lama sangat baru nak post bercuti kat Johor Darul Takzim. Sebenarnya takde la bercuti pun, lebih kepada idea nak bawa Kakak & Adik pergi Hello Kitty Town je. Kebetulan one of my officemates buat majlis sanding kat Pontian, singgah sebentar la. Tengok adat orang Johor buat “tol” utk rombongan pengantin lelaki. hehe interesting! Lepas tu terus ke hotel untuk check-in. Alhamdulillah Hotel Ariana @ Iskandar sangat selesa and affordable. Booked without deposit at booking.com and the best part, free-cancellation in case tak jadi pergi. 23/12/2016-25/12/2016 tarikh yang dipilih sebab cuti free Isnin tu, why not? πŸ™‚

Macam biasa, bercuti sambil menikmati lazatnya makanan tradisi/popular kat kawasan tersebut. Kononnya kena try ZZ Sup Tulang, tapi tak tahulah kenapa yang kat belakang hospital tu tutup. Samada tutup atau pindah kedai. Pusing punya pusing, masing-masing dah lapar, singgah je kat Malay Village Restaurant. Quite popular jugak sebab masa ktorang masuk macam takde orang sangat tapi lepas beberapa ketika, makin ramai group of people singgah makan. Makanan pun sedap & servis pantas. Waktu malam, pergi Kilang Bateri katanya tempat membeli belah tapi bagi aku takde apa yang best pun. Kedai baju macam kat Times Square je, kalau best pun kat food court ada banyak kedai makan yang unik. Tapi sebab padat dengan manusia, ktorang hanya beli makanan yang boleh dibawa pulang je. Terperasan jugaklah kedai Chicken Chop sedap tu, panjang betul Q nya tak sampai hati hakak nak join the line. hahaha…

Hari kedua, keluar awal pagi sarapan kat kedai yang terdekat lepastu gerak terus ke Puteri Harbour untuk grab the early bird tickets. Takut jugak kalau sold out, merajuk laaa dua anak kecik tu tak dapat masuk Hello Kitty Town. huhu… Alhamdulillah we managed to get the lower price for the package! Instead of one theme, we got both with only RM60+/person. Sangat murah banding kalau beli online. Hampir 4 jam jugaklah dalam tu dengan activities, photoshoots, shows, etc. Macam tak percaya aku masuk Hello Kitty Town padahal bukan minat pun tempat-tempat macam tu. Haritu kat Jepun pun, tak sangka masuk Disneyland. huhu rezeki. Petang tu terus pergi Johor Premium Outlet padahal takde lah nak shopping pun. Lebih kepada jalan-jalan amik angin orang Johor. Malam tu terus tuju kedai makan, cari jugaklah kedai yang recommended untuk try sup gearbox tapi tak ingatlah nama kedai tu. Sebelum balik hotel singgah Pasar Karat tapi biasa je macam uptown kat KL. Jumpa jugak roti pelangi yang teringin sangat tu. hahaha rasa sama je macam roti buku biasa tu cumanya colourful. Beli sampai 2 bungkus bawa balik tapi akhirnya tak makan habis.

Sepatutnya, bercuti 2H 1M je tapi sebab nak masukkan jugak Forest City dalam senarai, aku & Tasha extend lagi satu malam padahal aku dah start demam selesema. Sepanjang kat Johor Bahru, memang selalu hujan tapi tak lebat lah. Entah macam mana aku boleh terlembik plak kali ni kena hujan sikit-sikit tapi terus demam. huhu Allahu… Check-out hari ketiga awal sikit sebab nak pergi sarapan kat Medan Selera Bomba Larkin, nak try Kacang Pool Haji. fuuhhh memang sedap lah, rasa macam nak beli lagi tapi sebab tekak tak best tu yang terpaksa kuburkan niat. Terus ke Forest City yang kat penghujung Semenanjung tu. Mengantuk. Best jugak pergi sana, semuanya berunsurkan environmental friendly. Tengok mock-up yang dipamerkan tu, memang besar kawasan untuk ditambak dan banyak sangat rumah landed/strata yang akan dibina. Tapi rasa macam kolaborasi antara Johor-China. Entah, tak habis research pasal Forest City tu. Sebelum balik, Tasha ajak masuk 3D art gallery. Pusing dan pusing, jumpa jugak Kuso Trick Art, harga tiket dalam RM20+ tak ingat jugak. hahaha… Mula-mula tak berminat, but yeaah it’s not bad either.

Sampai rumah dalam 10 lebih, badan dah penat sangat dan akhirnya EL esoknya sebab tak boleh nak angkat kepala. Melepek lah kat rumah seharian, tidur bagi hilang penat dan pening.

IMG_9987

ummi dan cik temah & cik joyah

IMG_3001

Boleh saya jadi bidadari awak? hiks

 

Johor Bahru – checked √

Kacang Pool – checked √

Advertisements