Tentang Sesuatu.

aa

Sejak akhir-akhir ni, masa aku dalam LRT nak pergi kerja atau turun ke KL  tiapkali terpandang kakak yang dukung anak ke, suami isteri yang bawa anak-anak keluar jalan, mulalah dalam hati tu berangan “macam tu ke aku nanti ye?” , “agaknya suami aku sama-sama tolong jaga anak-anak macam lelaki tu tak?” , “kalau aku nanti, aku marah-marah anak kat depan public tak?” dan ianya berterusan sampailah aku sampai ke destinasi aku. Memanglah kasih aku sekarang ni semuanya pada Kakak & Adik & anak2 sahabat aku but still satu sudut dalam hati ni nak ada zuriat yang lahir dari rahim aku sendiri, insyAllah. Selagi situasi tu ada depan mata aku, selagi tu lah macam-macam persoalan dalam kotak fikiran aku. Pernah sekali aku tunggu ma kat luar washroom dalam Sogo, sorang kakak ni jalan pegang tangan anak lelaki & adik/kakak dia pegang lagi sorang anak perempuan. Dorang lalu depan aku lah kiranya, si anak lelaki ni tak tahu la merengek nak apa lepastu si emak ni pulak mungkin letih ke tak sihat ke terus tengking anak dia supaya tak mengada-ngada lepastu dia cubit ke pukul bahu anak lelaki tu. Aku hanya mampu pandang jela dan berfikir patut ke tak patut macam tu. Yang aku pernah baca, mak ayah tak sepatutnya marah ataupun hukum anak-anak depan public sebab boleh menjatuhkan tahap self-esteem dan keyakinan si anak bila meningkat besar. Hurmmm… lepas tu terus aku tanya ma, dulu masa ma bawa aku dengan nabil keluar pernah tak ma marah-marah kami atau pukul kami depan public… aku memang tahu dah jawapannya sebab seingat aku ma tak pernah pukul atau tengking anak-anak bila kat kawasan public. Paling tak pun ma besarkan mata je bagi warning ataupun tak layan kerenah kami. Dan kami pun faham-faham sendiri laaa. Huhuhu… ok berbalik pada jawapan ma, sebelum ma bawa kami keluar memang akan alas perut dulu kat rumah so that takdelah kami mengamuk sebab lapar atau merengek. Dan ma akan pesan kat masing-masing yang kita keluar ni tak nak beli apa-apa, keluar jalan je atau keluar beli apa yang perlu je. Ye aku ingat semua tu tapi aku tahu aku masih lagi merengek minta itu ini bila keluar. Ayah selalu je cakap “kalau bawa dirah keluar, semua nak beli. Kalau boleh satu Jaya Jusco tu dia nak.” Hahahaha kenangan sangat.

Semua tu hanya angan-angan aku entah bila akan tertunai. Only Him knows when is the right time for me. Lagi beberapa hari aku akan masuk ke tahun 26, tapi masih lagi tak ada teman istimewa. Semuanya tak menjadi, tak sampai sebulan dah bawa haluan masing-masing. Aku tak tahulah samada perempuan yang sama situasi macam aku lalui ni, terfikir atau tak hal ni. Tapi aku boleh katakan hampir 80% akan berfikir yang sama sebab fitrah manusia yang ingin berpasang-pasangan, yang ingin dikasihi dan mengasihi, yang menginginkan perbualan serius mengenai masa depan bersama, yang ingin membina keluarga hingga ke syurga dan sebagainya. Tiap orang berlainan definisi kahwin mereka. Ada yang kahwin kerana cinta, ada yang kahwin kerana ingin membahagiakan orang sekeliling, ada yang kahwin kerana harta dan mungkin ada juga yang kahwin kerana takut keseorangan memandangkan orang keliling dia dah berteman/berkeluarga. Aku tak tahu apa sebenarnya definisi kahwin bagi aku, yang aku tahu aku inginkan seorang pasangan yang akan menjadi teman suka duka aku, teman pemberi semangat aku, teman pembawa aku ke jalan Allah SWT dan aku inginkan dia sebagai imam aku didunia dan akhirat. Dan aku ingin menjadi bidadari dia didunia dan akhirat. insyaAllah…

“Jangan memilih seseorang kerana dia sempurna. Tapi pilihlah seseorang yang akan buat diri kau rasa sempurna apabila bersama dia.”

Kadang-kadang orang keliling aku kata aku penakut, aku tak boleh move on, aku jual mahal, aku memilih dan macam-macam lagi. Tapi yang sebenarnya aku memang penakut, aku takut untuk kecewa. Aku takut untuk mencuba. Aku takut sebab hampir 11 tahun aku dengar cerita kawan-kawan yang putus cinta, baca mengenai perpisahan/penceraian. Semuanya hampir sama iaitu lelaki tersebut ada teman yang baru. Memang betullah hati manusia mudah untuk berubah, yang kita mampu hanyalah berdoa semoga Allah tetapkan hati kita pada perkara yang baik dan semoga hati kita tidak menghancurkan hati orang lain. Bila aku selalu diomokkan cerita-cerita sedih dan sakit ni, secara automatik aku tutup hati aku supaya tak mudah terima seseorang dalam hidup aku. Bila aku cakap kat ma, takutlah kalau nanti bila dah kahwin tup tup lelaki tu ada orang lain dalam hidup dia ataupun lelaki tu ada sejarah penyakit gila yang suka pukul orang. Ataupun lelaki tu sebenarnya orang jahat yang berpura-pura. Tapi ma pesan supaya sentiasa DOA. Berdoa supaya Allah jauhkan kita dari orang yang dengki, supaya kita jauh dari orang tak baik. Berdoa supaya Allah hadirkan seseorang atau mereka yang baik mengelilingi kita.

How can I love when I’m afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow. – A Thousand Years by Christina Perri

Bila difikirkan balik, aku sanggup ke untuk berpisah dengan ayah ma bila aku dah kahwin nanti? Buatnya aku kena pergi jauh dari keluarga untuk hidup dengan suami, mampu ke aku untuk kuat sendiri? Aku pernah baca satu artikel ni, kalau suami isteri hidup jauh dari keluarga atau kenalan, hubungan keduanya akan lebih kukuh sebab masing-masing akan berpaut sesama sendiri dan tolerate kerana keduanya yang akan sentiasa bersama semasa jatuh bangun dalam membina keluarga mawaddah wa rahmah. Semoga sang suami akan kekal menjadi nakhoda yang jujur dan penyayang, manakala sang isteri akan kekal menjadi anak kapal yang setia dan lemah lembut.

Advertisements