23 Tahun.

Assalamualaikum. kali ni aku dedikasi post ni buat insan tersayang yang gaduh la macam mana pun, berbalas mulut, sepak terajang pun tetap darahdaging dan akan kekal begitu hingga akhirat.

Nabil,

Kalau sehingga post ni kau terbaca semasa aku masih hidup, anggaplah ianya sebagai luahan hati dan harapan seorang kakak. Tetapi jika aku dah meninggal, anggaplah ianya sebagai wasiat. Sesungguhnya aku pun hanya manusia biasa yang banyak khilaf dan tidak sempurna.

Aku tak adalah nak bercerita panjang, tapi cuma nak share sikit perspektif aku sebagai seorang kakak yang dah hidup dengan kau hampir 23 tahun (despite of being apart 3 4 years during further our study). Aku harap kita dapat menjadi manusia yang sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan dan sama-sama tegur menegur jika tersalah laku. Aku juga berharap perkara ini berlaku dalam keluarga kita, insyaAllah dalam situasi yang aman dan bertolak-ansur.

Nabil, sebenarnya selama yang aku kenal kau sebagai seorang kakak (kawan pun boleh) kau ni seorang adik dan anak yang baik. Suka menolong. Mendengar kata. Tak buang masa dengan perkara yang negatif (kecuali merokok. ini dikira negatif hokay sebab bahayakan kesihatan kau sendiri dan orang keliling!) Kau jarang nak marah. Kau annoying suka buat lawak dan lawak bang-ang *blergghh* Banyak lagi tapi aku malas nak taip sampai 4 5 muka surat. Walaupun ada masa angin taufan kau datang, muka ketat kau akan terpampang dan bahasa kau sangat tajam tapi aku bersyukur sebab punyai adik lelaki yang tak menggunakan tangan dan kaki sebagai penyelesaian. maksud aku kau bukan jenis yang sepak terajang orang. Aku harap akan kekal begitu selama-lamanya melainkan untuk self-defense.

Aku tak kisah kalau kau nak berkasar bahasa dengan aku mahupun oranglain walaupun aku ada jugak terasa hati, tapi aku harap sangat kau boleh kawal diri daripada berkasar bahasa dengan ayah dan ma. kawal dan jaga intonasi bila bercakap, kalau ada yang kau rasa tak setuju ataupun nak protes diamkan diri dahulu dan bercakap dengan intonasi terkawal. cubalah untuk jaga riak muka dari masam dan benci kerana ia boleh buat oranglain terasa hati. Macam tu jugak kalau kau rasa nak marah/naik angin. Seboleh-bolehnya diam dan tarik nafas, Istighfar sebab itulah yang paling mujarab untuk lenyapkan api syaitan dari buat kau terus melontarkan kata-kata yang mengguris hati. Berbudi dengan ayah dan ma, walaupun kau malas nak layan kerenah aku tapi sekurang-kurangnya kau layankan ayah dan ma. Hanya dengan berbalas text/call yang dibuat ayah dan ma, pun akan buat mereka rasa senang. Kau umpamakan macam mana kau nak jaga hati kekasih kau, macam tu jugaklah kau buat pada ayah dan ma. Kau kena sentiasa ingat, bila akhirnya ditakdirkan Allah SWT ‘jemput’ semula ayah dan ma, selepas itu kau tak akan dapat atau jumpa seseorang yang sama macam mereka. Kata-kata mereka yang seumpama nasihat walaupun ada yang kau tak setuju. Pesanan mereka. Kasih sayang mereka walaupun hanya dengan berkata “Nabil makan apa tadi?” “Bila nak balik rumah?” “Bawak motor tu molek sikit, Nabil.” Aku tahu mungkin kau akan rasa rimas, tapi anggaplah semua itu adalah macam mana mereka nak tunjukkan kasih pada anak.

Nabil, apa yang aku sampaikan ini bukan semata-mata nak mengajar kau tapi lebih kepada tarbiyyah iaitu mengajak orang lain berbuat sesuatu kebaikan sekaligus mengingatkan diri sendiri jugak. Ye, aku tahu diri aku sendiri kadang-kadang terlepas berkata kasar dan tersalah laku pada ayah dan ma. Aku jugak kadang kala terlepas emosi negatif sedangkan aku tahu berdosa besar melakukan perkara yang akan memberi tanggungan beban pada ayah dan ma, tapi aku sendiri masih dan akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk membuat apa yang telah aku pesan pada kau tadi. Aku tak nak dan tak suka kalau diri aku hanya melayan baik dan bercakap lembut pada orang lain sedangkan pada ayah dan ma, aku melakukan sebaliknya. Begitu jugak aku tak nak terjadi pada kau. Sepatutnya kita lebihkan perasaan ayah dan ma daripada orang lain, tapi masih lagi dalam zon yang sama iaitu melakukan kebaikan.

Aku tak nak satu hari nanti bila aku dah bersuami, atau kau mempunyai isteri situasi yang hampir sama sebelum dan selepas kahwin berlaku membuatkan hati ayah dan ma terguris. Contoh, sebelum kahwin kau sebagai bujang selalu protes kalau ma ajak makan makanan yang dimasak tapi lepas kahwin, isteri masak je selalu habis licin padahal isteri kau masak masin gile! Kalau betul pun kau dah kenyang tapi ma da masak, cakaplah elok-elok yang kau dah kenyang ataupun jamah sesuap dua untuk jaga hati dan lelah ma dah masak fav food kau. Ataupun pesanlah jangan masak banyak sebab kau dah makan kat luar. Contoh lain pulak, sebelum kahwin kau sebagai anak tak pernah nak ucap kasih dan sayang pada ayah dan ma. Kau jelik nak peluk cium ayah dan ma tapi lepas kahwin, kemahen kau ucap kasih sayang 24jam kat pasangan. Tak cukup kat text, siap bagi voice note bagai. Lepas tu cium pipi tu sampai nak terkeluar air liur tu. Sepatutnya kau belajarlah dulu jaga hati dan hargai ayah dan ma, InsyaAllah bila dah kahwin kau pun tak rasa kekok untuk pasangan dan takde lah rasa menyesal dulu tak layan ayah dan ma macam sekarang.

Tapi apapun yang berlaku, aku tahu dalam sudut hati kecil kau dan aku semestinya ada kasih dan sayang yang infinity buat ayah dan ma cuma kadang-kadang ego kita yang membataskan kita untuk melahirkan secara lahiriah.

IMG_7490

Lots of ♥,

NNNA

 

Advertisements